Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 4 Disember 2018

Jordan Ollerenshaw bersemangat beraksi bersama Harimau Malaya

Photo: FAM

Jordan Ollerenshaw bersemangat beraksi bersama Harimau Malaya 



Anak kepada bekas penyerang import Sabah, Scott Ollerenshaw iaitu Jordan Ollerenshaw bersemangat beraksi bersama Harimau Malaya dan akan memberikan yang terbaik supaya menjadi pilihan jurulatih OKS.

Jordan sekarang menyertai sesi latihan skuad B-21 kebangsaan bagi menghadapi Piala Newspaper yang bermula 10 Disember ini. Panggilan ini merupakan peluang keemasan untuk merebut tempat dalam skuad bawah 23 tahun negara bagi menghadapi kelayakan AFC B-23 tahun depan. 

Jordan sekarang bermain bersama kelab Australia, St. George, beraksi di posisi sayap kiri walaupun boleh bermain di bahagian tengah atau kanan. Kelajuan merupakan aset utama kepada pemain ini.

Menurut Stadium Astro, pemain berusia 20 tahun itu tidak mahu berasa sebarang tekanan walaupun pasti ramai pihak akan membandingkannya dengan Scott. Scott merupakan penyerang legend dengan pasukan Sabah dan gandingannya bersama Matlan Marjan adalah gandingan yang paling digeruni satu masa dulu. Gandingan ini telah meletakkan Sabah sebaris dengan pasukan gergasi bola sepak Malaysia.

“Ia bukan tentang membawa nama bapa saya tetapi untuk membina nama sendiri. Walaupun wujud beban besar membawa nama itu, saya cuba yang terbaik. 

“Cita-cita saya ingin menyertai skuad senior Malaysia dan dalam masa sama menikmati bola sepak di setiap peringkat kebangsaan,” kata Jordan. Pengalaman beraksi di setiap peringkat adalah keutamaannya kerana penting sebagai pengalaman untuk mematangkan permainannya dan memahami gaya bola sepak Asia.

Sementara itu, jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee, beberapa muka baharu yang dipanggil masih dalam proses untuk memahami taktikal yang ingin diterapkan olehnya. 

OKS lebih cenderung dengan permainan formasi 3-4-3 dilihat masih satu sistem asing kepada majoriti pemain yang hadir daripada skuad Piala Presiden atau Belia. Formasi ini telah digunakan oleh pasukan England di Piala Dunia 2018 tetapi tumpas diperingkat suku akhir kepada Belgium.


“Bagi mereka, ia satu sistem baru. Jurang masa agak singkat tetapi saya percaya mereka mampu memahami untuk melakukan perkara yang tepat. Ia akan mengambil masa sehingga bermula saingan Piala Newspaper di Vietnam nanti,” ujar Kim Swee. 

Pasukan muda negara bakal menghadapi Kejuaraan Piala Newspaper B-21 dan mereka akan berlepas ke Vietnam pada 10 Disember sebelum kembali ke tanah air pada 19 Disember ini.


Kali terakhir Malaysia bertanding pada Piala Newspaper adalah pada tahun 2014. Malaysia juga berjaya menjulang kejuaraan tersebut pada tahun 2012, ketika itu di bawah kendalian Kim Swee. 


Tambah Kim Swee, beliau lebih berminat untuk melihat perkembangan pemain-pemain baharu dipanggil menyertai pa­sukan kebangsaan berbanding memikirkan sentimen Vietnam terhadap Malaysia. Ramai muka baru yang telah dipanggil oleh OKS untuk latihan pusat pada kali ini.

Sebagai rekod, Vietnam berjaya layak ke pusingan akhir AFC B-23, tetapi tewas kepada Uzbe­kistan 1-2 pada masa tambahan. 

“Saya tidak mahu memban­dingkan bola sepak Vietnam dengan Malaysia kerana saya mahu tumpukan kepada persiapan kita ke pusingan akhir AFC B-23 di Thailand nanti. 

“Jadi, fokus saya kepada pemain-pemain dan prestasi pasukan. Sudah tentu kita mahukan keputusan positif bermain di sana, tetapi pada masa sama kita perlu merancang dengan baik pembangunan pasukan muda negara,” katanya.

Sangat diharapkan pada satu masa ini, Jordan Ollerenshaw beraksi bersama pasukan Sabah FA dan membantu Sabah untuk layak ke Liga Super. Perkembangan baik Jordan ini juga diharap diikuti rapat oleh pihak pengurusan Safa yang baru supaya nanti pemain ini tidak terus di sambar oleh pasukan lain.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog