G. Torairaju bakal mengendalikan skuad Badak musim 2019?
G. Torairaju bakal mengendalikan skuad Badak musim 2019? itulah khabar angin yang bertiup kencang saat ini. Perkhabaran yang kurang menyenangkan taktala Sabah masih dibelenggu krisis pengurusan Safa. Ramai penyokong bola sepak Sabah jelas tidak menyokong langkah ini yang dilihat gandingan Jelius Ating dan Buruhan Ajui mampu pergi jauh jika diberikan peluang untuk musim 2019. Cuma apa yang membuatkan momentum merudum adalah akibat daripada isu tungakan gaji pemain.
Baca Juga:
JDT Offer RM 65 000.00 sebulan Rawilson Batuil?
Taktik Thailand menjadi di Stadium Nasional Bukit Jalil
Hamid presiden sementara Safa yang baru
Mana silapnya bakat Leopold Alfonso Otong?
Malaysia turun ranking ke-167 FIFA
Peluang bertemu Didier Drogba
Terdapat khabar angin kononnya pengurusan baru bercadang utk menggugurkan Ketua Jurulatih Jelius Ating dan menggantikannya dgn jurulatih veteran G. Torairaju. Sebabnya, gaji jurulatih ini jauh lebih murah. Dikhabarkan gaji pemain juga hinggah kini masih belum dibayar. Siapa pun yang akan mengendalikan pasukan Sabah sekiranya isu gaji tidak diselesaikan, kemajuan dan pencapaian tidak akan tercapai.
Jelius Ating telah melakukan tugas yang baik musim ini. Dengan membawa Sabah hinggah separuh akhir Piala Malaysia. Pemain sudah serasi dgn cara beliau. Mengekalkan Jelius untuk musim hadapan adalah tindakan yg bijak sebaliknya jika SAFA melantik G.Torairaju adalah langkah yang sangat-sangat tidak bijak dan pastinya penyokong akan tidak senang. Toraiaraju yg sudah lanjut usia dan tiada rekod kecermelangan Torairaju sepanjang menjadi jurulatih.
0 comments:
Catat Ulasan