Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 2 Disember 2018

Taktik Thailand menjadi di Stadium Nasional Bukit Jalil



Malaysia seri 0-0 dengan Thailand di peringkat separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Peluang demi peluang dilepaskan pasukan Malaysia terutamanya pada separuh masa pertama walaupun menguasai keseluruhan perlawanan sejak sepak mula.

Ramai yang beranggapan pasukan Thailand "Parking bus" semalam tetapi bagi admin itulah perancangan keseluruhan pasukan Thailand yang mana beraksi away game di hadapan lebih 80 ribu penyokong Malaysia. Dari segi mutu permainan Thailand masih mengatasi Harimau Malaya jika melihat kepada mutu kawalan bola, hantaran, dan visi ketika menyerang. Walaupun di lihat banyak peluang yang terhidang pasukan Malaysia tetapi gagal dimanafaatkan dan peluang seperti itu akan jelas terhad ketika separuh akhir kedua AFF Suzuki Cup 2018. Keputusan seri tanpa jaringan memberi kelebihan kepada Thailand yang akan menanti kunjungan Harimau Malaya di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 5 Disember 2018.
Baca Juga:
Hamid presiden sementara Safa yang baru 
Mana silapnya bakat Leopold Alfonso Otong? 
Malaysia turun ranking ke-167 FIFA 
Peluang bertemu Didier Drogba 
Shahrul sedia rantai penjaring terbanyak Thailand 

Pemain Import Malaysia Sumareh seharusnya meletakkan Harimau Malaya seawal minit masa pertama jika sepakannya sedikit tersasar walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Thailand.

Kebanyakan peminat bola sepak meluahkan kekesalan kepada pemain paling bernila Liga Malaysia 2018, Safawi Rashid di mana rentetan peluang terhidang dilepaskan dengan sepakan ke langit yang jelas mengecewakan ribuaan penonton yang hadir ke stadium.

Perlawanan semalam harus memberi pujian kepada dua center back Harimau Malaya Aidil dan Sharul Saad yang beraksi cukup cemerlang mengelakkan gawang Malaysia dibocori oleh serangan balas merbahaya Thailand.

Pastinya tugas sukar menanti Harimau Malaya yang akan beraksi di tempat lawan yang pasti memberi kelebihan kepada pasukan Thailand.

Peminat di media sosial juga mempersoalkan mengapa TCH tidak memasukkan Messi Kedah di kala Malaysia memerlukan jaringan. Ketiadaan Sumareh di babak kedua jelas menunjukkan bahagian serangan nampak buntu untuk masuk ke kawasan kotak penalti Thailand. 





Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog