Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 30 November 2018

Mana silapnya bakat Leopold Alfonso Otong?



Mana silapnya bakat Leopold Alfonso Otong?


Pemain ini pernah berlatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) seawal usia muda. Dianggap sebagai antara pemain penyerang yang sangat berbakat. Telah pun masuk dalam skuad senior pada usia yang muda.

Leopold Alphonso (lahir pada 9 Jun1991) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Sabah dalam Liga Perdana Malaysia.
Baca Juga:
Malaysia turun ranking ke-167 FIFA 
Peluang bertemu Didier Drogba 
Shahrul sedia rantai penjaring terbanyak Thailand 
Siapa lagi kebal? 
Strategi Rajevac jadikan Thailand lebih sistematik 
Di awal aksi pemain ini diletakkan sebagai seorang penyerang, dan beraksi dengan cukup baik. Leopold Alfonso Otong satu-satunya pemain tempatan yang menjaringkan gol dalam 3 perlawanan berturut-turut di Liga Perdana.

Leopold dilihat mempunyai pakej seorang penyerang yang baik dengan fizikal yang mantap, larian yang laju, kawalan bola menarik di samping peka terhadap peluang menjaringkan gol. Akan tetapi entah di mana silapnya kebelakangan ini  keadaan fizikal Leopold semakin berisi dengan menjadi kecaman sesetengah penyokong bola sepak Rhinos. Dikritik kerana mempunyai berat badan yang dilihat berlebihan dan mutu permainan yang mengecewakan. Dalam aksi saingan Liga Perdana musim 2018, Leopold dilihat beraksi di posisi pertahanan kanan. Dari aspek bertahan Leopold cemerlang tetapi dari aspek ketika pasukan menyerang pemain ini agak tidak membantu. Sikap baran dan agresif pemain ini dilihat menengelamkan bakat semulajadi pemain ini.


Sabah tidak pernah ketandusan bakat bola sepak, lihat saja sekarang ini Sabah memiliki pemain berbakat seperti Rawilson Batuil, Azizan Nordin, Sabri Sahar dan ramai lagi. Apa yang menjadi persolannya adalah bagaimana Safa mengolah pemain ini supaya mencapai kemuncak kecemerlangan permainan. Sekarang ini ada dua pemain Sabah yang telah pun beraksi bersama pasukan Harimau Malaya iaitu pertahanan kental Rawilson Batuil dan pemain tengah bertahan Azizan Nordin. 

Kita tidak mahu pemain berbakat seperti ini disia-siakan tanpa ada pengurusan yang mantap dari Safa. Lebih malang lagi jika pemain berbakat ini di sambar oleh pasukan lain. Yang paling penting adalag dari diri pemain itu sendiri. Jika mahukan kejayaan, kena buang budaya tumpung dan sogirit. Kalau tidak naik badan dan lemah lutut cepat pancit.




Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog