Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 30 Ogos 2018

Henry tolak tawaran Bordeaux



Henry tolak tawaran Bordeaux




BORDEAUX: Thierry Henry menolak tawaran untuk menjadi jurulatih Bordeaux kerana situasi kelab yang masih tidak menentu, kata presiden kelab Stephane Martin.



Bordeaux semalam mengesahkan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Arsenal dan Perancis berusia 41 tahun itu menolak tawaran untuk memulakan karier sebagai pengurus bersama juara enam kali Perancis itu.



Martin berkata, ada beberapa sebab keputusan Henry enggan menggantikan Gustavo Poyet, tetapi mengakui kelab itu sedang dalam proses untuk dibeli oleh konsortium dari Amerika Syarikat




"Ia banyak berkaitan dengan ketidakpastian di dalam kelab, tempoh perubahan yang mana ia tidak begitu positif,” kata Martin.



General American Capital Partners (GACP) dijangka melengkapkan pembelian kelab itu daripada konglomerat media Perancis, MG hujung bulan depan.



“Dia sangat meminati bola sepak,” kata Martin merujuk kepada Henry yang menjadi penolong jurulatih Belgium ketika Piala Dunia lalu.



“Dia mahu menjadi jurulatih dalam satu tempoh yang panjang. Ia bukan sekadar mahu mendapat perhatian saja.



“Pemain hebat sepertinya mahukan karier yang hebat juga sebagai jurulatih. Jadi mereka pasti mmembuat keputusan sebaik-baiknya.” – AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog