Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 26 Ogos 2018

Misi wajib menang PKNP



Misi wajib menang PKNP




KUANTAN: Misi wajib menang pada baki dua perlawanan menjadi fokus utama PKNP FC selepas sekadar meraih empat mata daripada empat perlawanan Kumpulan D Piala Malaysia 2018.



Biarpun peluang itu agak tipis, pengendali Abu Bakar Fadzim berkata, tiada yang mustahil bagi merealisasikan hasrat ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.








“Bagi saya masih ada ruang buat PKNP layak ke suku akhir dengan syarat memenangi perlawanan bertemu Sabah dan Selangor,” katanya.




Mengulas keputusan seri tanpa jaringan dengan Pahang, Abu Bakar berkata, tuan rumah mempunyai segala kelebihan dan mereka juga belum tewas dalam tiga perlawanan yang memberi tekanan kepada pelawat.



“Kami pula tewas dalam dua perlawanan berturut-turut kepada Pahang dan Sabah sekali gus menyebabkan kami kehilangan mata.



“Namun, kejayaan mengikat Pahang ini masih membuka ruang dan mengharapkan jentera serangan lebih berbisa untuk merobek gawang Sabah dan Selangor nanti.



“Ketumpulan jentera serangan juga menyebabkan kami gagal untuk membolosi gawang Pahang biarpun penyerang import, Karl Max sudah kembali,” katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog