Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 26 Ogos 2018

Selangor rampas Piala Sultan Selangor


PASUKAN pilihan Selangor meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan pilihan Singapura dalam perlawanan Piala Sultan Selangor 2018 di Stadium Shah Alam. - Foto Mohd Yusni Ariffin


SULTAN Sharafuddin berkenan menyampaikan Piala Sultan Selangor selepas skuad Pilihan Selangor menewaskan Pilihan Singapura di Stadium Shah Alam. - Foto Mohd 

Selangor rampas Piala Sultan Selangor





SHAH ALAM: Skuad Pilihan Selangor merampas kembali Piala Sultan Selangor selepas menundukkan Pilihan Singapura 5-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.



Pemenang terpaksa ditentukan menerusi penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90 minit permainan.



Pemain kelahiran Singapura, Faris Ramli muncul wira Red Giants apabila menyempurnakan sepakan terakhir selepas Mohd Irfan Najeed gagal menyudahkan sepakan ketiga Singapura.




Singapura menjuarai dua edisi terakhir dengan keputusan 4-3 (penentuan sepakan penalti) dan 3-2 di Stadium Nasional, tahun lalu.



Pada aksi sebentar tadi, Selangor dikejutkan dengan jaringan pembukaan Singapura seawal minit kelapan hasil percubaan jarak dekat Shuhei Hoshino selepas pertahanan Selangor gagal mengeluarkan bola dari kawasan penalti.



Bagaimanapun, jaringan itu hanya bertahan enam minit apabila Rufino Segovia menyamakan kedudukan buat Selangor dan keputusan itu kekal hingga tamat babak pertama.



PENYERANG Selangor, Rufino Segovia (kanan) meraikan jaringannya selepas meledak gol ketika menentang Singapura pada saingan Piala Sultan Selamgor di Stadium Shah Alam. - Foto Mohd Yusni Ariffin

PEMAIN Singapura, Ong Yu Mcm n Emmeric (kanan) cuba menghalang pemain Selangor, Amri Yahyah pada aksi di Stadium Shah Alam. - Foto Syarafiq Abd Samad



Babak kedua berlangsung lebih rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan percubaan terbaik Selangor hadir pada minit ke-58 menerusi rembatan deras Romel Morales yang berjaya diselamatkan penjaga gol Singapura, Zaiful Nizam Abdullah.



Singapura juga memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan, namun gagal disempurnakan jentera serangan yang diketuai Hoshino.



Terdahulu, skuad veteran Selangor menundukkan veteran Singapura 3-2, juga menerusi penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.



Pada aksi sebelah petang, skuad bawah 16 (B-16) tahun Selangor turut merangkul Piala Cabaran Sekolah Selangor-Singapura selepas menundukkan skuad B-16 Singapura 2-0.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog