Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 28 Ogos 2018

Piala Malaysia: Sabah singkir Selangor



Piala Malaysia: Sabah singkir Selangor


Juara terbanyak Piala Malaysia, Selangor menjadi pasukan pertama tersingkir daripada saingan itu musim ini selepas tewas 2-1 kepada Sabah di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.



Selangor yang juga juara 33 kali piala tertua dalam kancah liga tempatan itu gagal meraih sebarang kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut, sekali gus menyaksikan mereka menghuni kedudukan tercorot Kumpulan D, tanpa sebarang mata.




Bagi Sabah pula, kemenangan itu membolehkan mereka naik ke tangga teratas kumpulan selepas mengumpul 10 mata, dua mata di depan Pahang di tangga kedua.



Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Selangor yang terdesak mencari kemenangan dikejutkan dengan jaringan pembukaan pelawat menerusi Hector Omar Lebron yang menyudahkan hantaran Rodoljub Paunovic pada minit ke-52.



Tersentak dengan jaringan itu, Selangor menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan namun kegagalan jentera serangan yang diketuai Rufino Segovia menyudahkan beberapa peluang terhidang menyaksikan tiada jaringan dapat dihasilkan.



Sebaliknya Sabah menambah jaringan kedua menerusi percubaan jarak dekat Paunovic pada minit ke-86.



Selangor akhirnya berjaya memecah kebuntuan dalam masa kecederaan selepas Segovia menyempurnakan sepakan penalti, namun sudah terlambat untuk membuka kembali peluang Red Giants ke suku akhir.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog