Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 27 Ogos 2018

Preview Perlawanan Piala Malaysia 2018, Selangor vs Sabah



Preview Perlawanan Piala Malaysia 2018, Selangor vs Sabah


Perlawanan Piala Malaysia 2018 di antara pasukan Selangor menentang Sabah yang dijangka sengit dan menghiburkan.

Tarikh: 28 Ogos 2018
Masa: 9pm
Tempat: Stadium Shah Alam

Perlawanan pusingan kedua Piala Malaysia ini menyaksikan pada pertemuan pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu pasukan Sabah menang 2-1.

Kemenangan lewat Sang Badak terhasil apabila pemain gantian Rahman Shah dan Rico menjadi hero Sabahan.

Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan bagi mencerahkan peluang untuk layak ke pusingan seterusnya.

Bagi pasukan Sang Badak diharapkan terus fokus dalam perlawanan dan elakkan melakukan kesilapan mudah. Pertahanan kental Sabah, Rawilson yang kerap melakukan kesilapan mudah di bahagian benteng diharapkan dapat beraksi dengan lebih baik. Kesilapannya dalam pertemuan pertama dengan Selangor hampir membuatkan pasukan Sabah diaibkan.

Posisi Right Back & Left Back dalam pasukan Sabah dilihat amat longgar. Kerap di bocori oleh pemain sayap yang mempunyai pace yang laju. Sangat diharapkan agar JA dapat menangani permasalahan ini kerana kedua-dua pemain yang bermain dalam posisi ini adalah di luar best posisi mereka.

Bagi rekod Sabah mencatat 2 kemenangan dan seri sekali. Manakala Selangor telah tewas dalam 3 perlawanan dalam Kumpulan D.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog