Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 28 Ogos 2018

Zubir mahu Pahang isi slot suku akhir



Zubir mahu Pahang isi slot suku akhir




KUANTAN: Skuad Pahang mahu memastikan tiada lagi keputusan seri di Stadium Darul Makmur apabila melayan kunjungan Selangor dalam aksi Kumpulan D, Piala Malaysia, Sabtu ini.



Dalam dua perlawanan di laman sendiri sebelum ini, Tok Gajah gagal merekodkan kemenangan apabila sekadar seri dengan Sabah dan PKNP FC.



Sebaliknya, skuad kendalian Dollah Salleh itu melakar dua kemenangan di tempat lawan hasil kejayaan menewaskan Selangor 2-0 dan PKNP (1-0).




Justeru, pemain pertahanan, Zubir Azmi bersama rakan sepasukan akan memastikan tiga mata menjadi milik Pahang sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir piala berprestij itu.



“Sepatutnya, kami boleh meraikan kejayaan layak ke suku akhir jika menewaskan PKNP tetapi gagal berbuat demikian dan terpaksa menunggu pertemuan dengan Selangor.



“Saya harap dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, kami tidak lagi mempersia-siakan peluang yang ada walaupun Selangor pasti mahu menebus kekecewaan mereka,” katanya.



Ditanya kepercayaan yang diberi Dollah dalam kesebelasan utama sejak tiga perlawanan lalu, Zubir mengaku bertambah yakin untuk membantu pasukan merekodkan kejayaan membanggakan musim ini.



Katanya, sokongan dan kerjasama rakan sepasukan meningkatkan lagi motivasi kepadanya untuk tampil dengan prestasi terbaik.



“Setakat ini, saya gembira dengan corak permainan yang dipersembahkan dalam tiga perlawanan ketika menang dengan Selangor dan PKNP sebelum seri dengan kelab dari Perak itu.



“Saya harap jurulatih akan terus memberi kepercayaan apabila bertemu Selangor, Sabtu ini,” katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog