Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 30 Ogos 2018

Patrick Vieira kini menjadi jurulatih


Patrick Vieira kini menjadi jurulatih





PARIS: Pelantikan Patrick Vieira sebagai jurulatih Nice sebelum Ligue 1 bermula dianggap ‘pembelian’ terbaik kelab Perancis itu tetapi bekas pemain tengah Arsenal itu sudah pun dibebani tekanan tinggi selepas tiga perlawanan.



Nice perlu mengharungi perlawanan sukar di laman lawan menentang Lyon, esok selepas dimalukan 0-4 di laman sendiri menentang Dijon minggu lalu.



Setakat ini, kelab dari Cote d’Azur itu hanya mengumpul satu mata daripada tiga sekali gus menghuni tangga ketiga tercorot Ligue 1.




Prestasi buruk menentang Dijon yang mengakibatkan ejekan daripada penyokong sendiri di Allianz Riviera selepas Nice tewas di gelanggang sendiri kepada kelab baru dinaikkan pangkat, Reims pada hari pembukaan diikuti keputusan seri 1-1 dengan Caen.



Vieira, 42 dilantik pada Julai lalu bagi menggantikan Lucien Favre yang berhijrah menyertai kelab Jerman, Borussia Dortmund dengan reputasinya di arena pengurusan menjadi taruhan selepas pengalaman singkat dua tahun di Amerika Syarikat sebelum ini.



“Kamu perlu benar-benar menilai karektor pemain-pemain kamu apabila masa menjadi sukar. Ia cabaran yang hebat. Saya mempercayai pemain-pemain ini,” kata Vieira. “Kami akan mengubah situasi ini, tanpa ada sebarang keraguan.”



Minggu lalu, Vieira menggelar wartawan sebagai ‘nakal’ apabila bertanya kepadanya sama ada beliau perlu bimbang mengenai masa depannya bersama kelab itu.



Begitupun, apa yang jelas kunjungan ke Lyon boleh dianggap medan terbaik untuk membuktikan dirinya. - AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog