Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 26 Ogos 2018

Semangat juang tinggi faktor kebangkitan Sabah

Semangat juang tinggi faktor kebangkitan Sabah




Kesungguhan dan semangat juang tinggi menjadi faktor kemenangan Sabah ke atas Selangor dalam aksi kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Likas, malam tadi.

Pengendali pasukan, Jelius Ating, menjelaskan pemain-pemainnya tidak berputus asa walaupun ketinggalan satu gol dan usaha mereka ternyata berbaloi apabila akhirnya memenangi perlawanan itu.

"Pemain-pemain sekali lagi membuktikannya, mereka tidak putus asa selagi wisel penamat belum dibunyikan pengadil dan akhirnya kami berjaya memenangi perlawanan walaupun di penghujung permainan.

"Kemenangan ke atas Selangor juga sangat manis buat saya kerana kita tahu pasukan ini sangat sinonim dengan Piala Malaysia. Mereka (Selangor) bermain baik malam ini tapi kami berjaya mengatasi tekanan yang diberikan mereka," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Dalam aksi malam tadi, dua pemain gantian, Rahman Shah Marajeh dan Ricco Nigel Milus, menjadi wira Sabah apabila masing-masing meledak gol pada minit ke-82 serta masa kecederaan, sekali gus memastikan kemenangan bergaya pasukan itu.

Bagaimanapun, Sabah dipaksa 'bermandi peluh' apabila The Red Giant terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan Sean Eugene Selvaraj pada minit ke-79.

Sementara itu, Jelius berkata walaupun mereka mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Piala Malaysia setakat ini, masih ada lagi ruang yang perlu diperbaiki.

"Memang secara keseluruhan saya berpuas hati dengan persembahan pasukan dalam tiga perlawanan lalu, termasuk ketika seri dengan Pahang di Kuantan, namun, kami harus memperkuatkan lagi bahagian tengah.

"Jika kita tengok perlawanan malam ini (malam tadi), kami terlalu banyak memberi ruang kepada Selangor di bahagian tengah sehingga membolehkan mereka menguasai bola, kami harus tingkatkan lagi kualiti di bahagian ini," tambah Jelius.

Kemenangan malam tadi menyaksikan Sabah kekal di tangga kedua, namun berkongsi tujuh mata dengan Pahang yang kini mendahului Kumpulan D dengan kelebihan jaringan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog