Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 1 Mac 2018

Amaran keras kepada penjual dan pemilik tiket palsu

AHLI Majlis Tertinggi SAFA, Predeep Shamsuddin menunjuk perbezaan antara tiket tulen (kiri) dan palsu yang digunakan ketika aksi liga antara Sabah dan Sarawak di Stadium Likas, Sabtu lalu. - Foto Ryan Stanley

Amaran keras kepada penjual dan pemilik tiket palsu

Amaran tegas telah dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi SAFA, Predeep Shamsuddin kepada mana-mana penjual dan pemilik tiket palsu. Hal ini kerana pada pertemuan Sabah menentang Sarawak, tiket palsu telah dikesan dibeberapa pintu masuk ke stadium.

Pintu masuk yang dikesan tempat masuk oleh mereka ialah pintu masuk ke stadium yang gelap, di mana kurang terang. Oleh itu pihak SAFA telah mengatasi permasalahan ini dengan menambah lampu di tempat berkenaan.

Bagi pertemuan pusingan kedua Piala FA Sabah vs. JDT, pihak SAFA akan menjual sebanyak 21k tiket. 10k tiket akan dijual bermula 2 Mac jam 10am hinggah 9pm manakala selebihnya akan dijual pada keesokan harinya.

Orang ramai dinasihatkan membeli tiket awal dan seboleh-bolehnya mengelak membawa anak kecil ke stadium kerana kita jangka stadium akan sesak dan jika mahu bawa (anak kecil) mereka terpaksa membeli tiket untuk anak mereka,

Hanya 10 tiket dibenarkan untuk setiap individu di kaunter tiket bagi mengelak aktiviti 'ulat tiket'.


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog