Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 28 September 2018

Sabah ada strategi atasi Kelantan di Likas

Sabah ada strategi atasi Kelantan di Likas




Baca juga:

Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024
Gaji Teong Kim RM175,000 sebulan
Neymar Jr. Kedah diintai tiga kelab besar
Maxius Musa diharap beri aksi bertenaga di pusingan kedua
JDT mahu ikat Akhyar?


Pengendali Sabah, Jelius Ating, berkata pasukannya memiliki strategi tersendiri untuk cuba mengatasi Kelantan dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, malam esok.

"Selepas aksi lalu, kami telah melihat semula rakaman video perlawanan dan saya harap apa yang telah kami rancang akan dilaksanakan dengan baik oleh pemain.

"Kelantan sebuah pasukan yang baik, barisan muda mereka begitu bekerja keras, namun kami ada cara kami sendiri untuk mengatasi mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jurulatih berusia 47 tahun itu turut berharap penyokong pasukan itu akan memberi bantuan kepada mereka sebagai 'pemain ke-12', malam esok.

"Kita telah nampak di Kota Bharu dalam perlawanan lalu, kehadiran penyokong yang sangat ramai telah memberi impak kepada permainan Kelantan kerana mereka 'disuntik' oleh sorakan bersemangat penyokong mereka.

"Kalau mereka (penyokong Kelantan) boleh berbuat demikian (menaikkan semangat pemain), saya juga yakin penyokong kita dapat melakukan perkara sama. Saya harap Stadium Likas akan dibanjiri penyokong malam esok," katanya.

Jelius berkata persiapan pasukannya untuk menghadapi perlawanan esok berjalan lancar dengan kesemua pemain bebas daripada sebarang kecederaan.

"Kami akan mengekalkan kesebelasan utama seperti sebelum ini kecuali menggantikan Randy Baruh yang digantung perlawanan selepas mengutip kad merah di Kota Bharu, Sabtu lalu.

"Setakat ini, tempat Randy dijangka diisi oleh Dendy Lowa, namun saya masih memilliki beberapa pilihan lain, " katanya.

Dalam perlawanan malam esok, pasukan yang popular dengan gelaran Sabah Rhinos itu perlu sekurang-kurangnya mengatasi Kelantan dengan satu gol tanpa balas untuk melangkah ke separuh akhir kerana memiliki kelebihan satu gol di tempat lawan walaupun tewas 1-2 dalam suku akhir pertama itu.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog