Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 29 Januari 2019

Tambadau ikat dua import baharu

Tambadau ikat dua import baharu



PETER memegang jersi nombor 10 dengan Milunovic manakala Pengurus Pasukan Henry Saimpon memegang jersi nombor 6 dengan Park di padang sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Sabah dapat dua import baharu Luka Milunovic, 26, dari Serbia dan Park Taesu, 29, (Korea Selatan) bagi menghadapi Liga Malaysia musim ini.

Milunovic bermain di posisi penyerang tengah manakala Park di pertahanan.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony mengumumkan pengambilan dua import itu ketika ditemui semasa menyaksikan pasukan berlatih di padang sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu, hari ini.

Katanya, dua import baharu itu adalah antara usaha terkini memantapkan pasukan Sabah yang kini bergelar Tambadau menggantikan gelaran Badak sebelum ini.
Baca juga: Rahsia Samurai terbongkar
Perkembangan itu bakal menyaksikan skuad Tambadau di bawah bimbingan Jelius Ating diperkuatkan dengan tiga import apabila memulakan cabaran Liga Premier menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Likas, Sabtu ini (2 Februari).

Satu lagi import ialah penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic, 33, yang dikekalkan dari skuad musim lalu.

Park yang kali terakhir beraksi untuk Hwaseong FC di negaranya tahun lalu sudah bersama pasukan semasa kunjungan untuk dua perlawanan persahabatan di Filipina minggu lalu.

Milunovic yang tiba penghujung minggu lalu bermain untuk Melaka United sebagai pasukan terakhirnya musim lalu.

"Masih ada satu kuota import. Ini kita akan isi apabila dapat pemain yang sesuai.

"Buat masa ini kita guna apa ada. Perlawanan pertama Sabtu ini kita ada tiga import. Saya yakin skuad Tambadau kita ini sudah bersedia menghadapi JDT II," katanya.

Peter berkata, sama ada ketiga-tiga import itu dalam kesebelasan utama akan terpulang kepada ketua jurulatih.

oleh VITALIS G. BINGKASAN

Sumber: utusanborneo
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog