Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 4 Februari 2020

BOBBY GONZALES DIGUGURKAN OLEH SARAWAK UNITED



BOBBY GONZALES DIGUGURKAN OLEH SARAWAK UNITED


Bekas penyerang Sabah, Bobby Gonzales telah dikhabarkan digugurkan oleh pasukan Sarawak United untuk saingan Liga Malaysia 2020. Sebagai rekod pada musim lalu, Bobby Gonzales merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana kategori penyerang tempatan.

Dikhabarkan pasukan Liga Super PerĂ k sedang memantau penyerang berbisa ini untuk menguatkan jentera serangan Perak.
Share:

JADUAL PENUH PERLAWANAN PIALA GUBERNUR JAWA TIMUR 2020



JADUAL PENUH PERLAWANAN PIALA GUBERNUR JAWA TIMUR 2020

Pertandingan ini akan bermula pada 10 Februari hinggah 20 Februari yang semua perlawanan di adakan di Indonesia.

Perlawanan ini sebagai persiapan pasukan Sabah FA dalam saingan Liga Super 2020.


Pertandingan ini akan di sertai oleh beberapa pasukan terkenal Liga Indonesia. Pasukan pasukan yang bertanding seperti dalam gambar di atas.

Share:

Rabu, 7 Ogos 2019

Sabah tewas lagi di Pulau Pinang


Sabah tewas lagi di Pulau Pinang


Sabah tewas 1-2 kepada Pulau Pinang dalam perlawanan kedua Piala Malaysia 2019 kumpulan C. Sabah menceriakan penyokong Sang Badak melalui gol dari sepakan penalti. Bagaimanapun 10 minit terakhir kesilapan Evan Wensley yang telah tertampan bola ke gawang sendiri.

Dalam perlawanan pertama pasukan Sabah tewas kepada naib juara Piala FA 2019, Perak. Sabah belum lagi mengutip sebarang mata dalam dua perlawanan.
Share:

Selasa, 6 Ogos 2019

Sabah perlu bangkit



Kekalahan perlawanan pembukaan saingan Piala Malaysia 2019 mencetuskan kegusaran di kalangan penyokong bola sepak Sang Badak. Persaiapan yang memberangsangkan selepas mencapai kemenangan ke atas UKM FC dalam dua siri perlawanan persahabatan. Ianya tidak cukup dan terpaksa akur tewas 0-3 kepada Perak.


Sabah perlu bangkit


Esok Sabah akan menentang pasukan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Kedua-dua pasukan tewas di perlawanan pertama dan Sabah perlu bangkit. Kebangkitan ini perlu sekiranya mahu menjadi dua pasukan terbaik dalam kumpulan C.

Perlawanan ini dijangka bermula pada jam 9 malam. Kepada penyokong Sabah yang berhampiran supaya datang beramai-ramai memberi sokongan kepada Sanga Badak. Pemain ke 12 sangat ditagih di kala mengahadapi saingan Piala Malaysia yang mencabar.



Pulau Pinang bermain baik sewaktu bertemu Pahang. Walaupun tewas 1-3 tetapi Pulau Pinang memberi aksi melawan yang baik. Cuma bahagian serangan gagal menyudahkan setiap peluang yang terhidang. Hal ini harus diambil perhatian oleh Sabah. Jika permainan Sabah di Ipoh diaplikasikan bertemu Pulau Pinang, besar kemungkinan akan mengalami kekalahan kedua.


Share:

Isnin, 8 Julai 2019

Kepimpinan Peter di sebalik kejayaan Sang Badak

Kepimpinan DPA di sebalik kejayaan Sang Badak

DATUK Peter antara ribuan penyokong memberi sokongan kepada Tambadau Sabah menentang JDT II di Stadium Pasir Gudang Johor, Jumaat lalu. Tambadau menang perlawanan itu 1-0 sekaligus mengesahkan tempat ke Ligaa Super musim depan.

"Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk peter Anthony adalah di sebalik kejayaan pasukan Tambadau Sabah layak ke Liga Super," kata ketua jurulatih Jelius Ating.

Jelius berkata, sejak memangku tugas presiden SAFA penghujung tahun lalu, Peter telah berkerja-keras memastikan keperluan pasukan dan kebajikan pemain sentiasa terjaga.

"Ia membolehkan setiap anggota pasukan dapat fokus sepenuhnya kepada tugas masing-masing terutama dalam persiapan dan cabaran menghadapi perlawanan...tidak ada gangguan seperti memikirkan soal kebajikan," kata Jelius ketika dihubungi di Johor pada Ahad.

Jelius berkata, kerja keras Peter yang Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah termasuklah turun padang melihat pasukan berlatih setiap ada kesempatan dan turut datang dalam setiap perlawanan bagi memberi sokongan moral kepada pasukan.

"Kepimpinan Datuk (Peter) adalah motivasi dan dorongan untuk kami di bahagian teknikal iaitu pegawai, jurulatih dan pemain sentiasa berkerja keras terutama untuk cuba merealisasikan sasaran utama yang ditetapkan Datuk (Peter) iaitu membawa Sabah kembali ke Liga Super.


"Sasaran utama itu telah tercapai selepas kemenangan ke atas JDT II di Pasir Gudang Johor, Jumaat lalu. Tahniah kepada pemain tetapi semua pencinta bola sepak Sabah sewajarnya berterima kasih kepada Datuk (Peter) kerana kepimpinan beliaulah sebenarnya di sebalik kejayaan pertama itu," kata Jelius.

Jelius berkata, secara peribadi beliau juga berterima kasih kepada Peter kerana telah memberikan kepercayaan kepadanya melatih pasukan sehingga kini.

"Sasaran utama iaitu naik ke Liga Super sudah tercapai tetapi perjuangan belum selesai kerana masih ada tiga baki perlawanan dan kita sedang memburu gelaran juara Liga Premier pula," katanya.

Tambadau Sabah yang kini berada di puncak liga dengan 37 mata iaitu empat mata di atas JDT II yang juga pesaing tunggalnya untuk gelaran juara.

Apapun, Tambadau Sabah hanya perlukan tiga mata dari baki tiga perlawanannya untuk bergelar juara dengan 40 mata kerana JDT II yang hanya berbaki dua perlawanan hanya mampu mengumpul maksima 39 mata.

Selain menerusi tambahan tiga mata, gelaran juara juga akan Tambadau Sabah rangkul walaupun tiada sebarang tambahan mata jika JDT II tewas salah satu dari baki perlawanannya.

Tambadau Sabah akan meneruskan cabaran menentang UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam esok (Selasa).

"Walaupun tanpa tiga pemain dari kesebelasan utama sebelum ini termasuk dua import iaitu Park (Tae Su) dan (Ahmet) Atayev serta Randy (Baruh) yang menjalani penggantungan permainan, kami akan cuba yang terbaik dan rangkul gelaran juara itu dengan menewaskan UiTM," kata Jelius.


Park dan rakannya di pertahanan kanan, Randy digantung dua permainan kerana telah mengumpul kad kuning keenam semasa menentang JDT II manakala Atayev digantung satu permainan untuk tiga layangan kad kuning.

Sehubungan dengan itu, Jelius telah memanggil Mohd Azizan Nordin yang sebelum ini direhatkan kerana kecederaan, Ummareng Bacok dan Mazlan Yahya menyertai senarai 18 pemain menentang UiTM.

DATUK Peter (kiri) mengucapkan tahniah kepada Jelius selepas perlawanan menentang JDT II di Stadium Pasir Gudang.

Bagaimanapun, hanya Azizan dijangka akan bermula sebagai kesebelasan utama mengambil tempat Atayev di tengah manakala Mafry akan mengambil tugas Park di bahagian pertahanan utama dan Dendy isi tempat Randy di pertahanan kanan.

"Ketiadaan tiga pemain termasuk dua import itu tentunya dirasai tetapi saya fikir ia tidak sampai menjejaskan pasukan kerana tiga pemain yang akan mengambil tempat mereka juga selalu bermula sebagai kesebelasan sebelum ini.

"Selain tiga pemain itu, pemain lain `ok'. Kami akan berlatih di sini (Johor) hari ini (Ahad) dan akan meneruskan persiapan di Selangor esok (hari ini)," kata Jelius.

Sebagai rekod pertemuan antara Tambadau Sabah dan UiTM FC pada pusingan pertama di Stadium Likas berkesudahan seri 1-1.
Share:

Khamis, 9 Mei 2019

Tiada pemain Sabah dalam senarai 32 pemain sertai latihan pusat B-18

KETUA Jurulatih skuad bola sepak bawah 18 tahun (B-18) negara, Bojan Hodak. - Foto BERNAMA

Tiada pemain Sabah dalam senarai 32 pemain sertai latihan pusat B-18


Ketua Jurulatih skuad bola sepak bawah 18 tahun (B-18) negara, Bojan Hodak menyenaraikan 32 pemain untuk menjalani sesi latihan pusat di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, bermula 14 hingga 24 Mei ini. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan latihan selama 11 hari itu adalah sebagai persiapan dan persediaan bagi menghadapi Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 18 Ogos.

Lapan pemain pula disenarai untuk menggantikan mana-mana pemain daripada senarai asal sekiranya mengalami kecederaan. Mereka yang terpilih itu adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Ali Amran Sukari, Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Raimi Shamsul, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Firdaus Ramli, Muhamad Umar Hakeem Suhar Redzuan, Aiman Haikhal Azman (AMD).
Turut disenaraikan adalah T Saravanan, Muhammad Firdaus Abdul Razak, Muhammad Iqmal Ramlan (Selangor), Muhammad Wazif Nazarail, Muhammad Yazid Nor Azmi dan Muhammad Adam Malique Daniel Ady (FELDA United). Selain itu, Firdaus Irman Mohd Fadhil, Muhd Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Hakimi Mat Isa (PKNP); Muhammad Ilham Syukri Jamaluddin, Chia Ruo Han (Johor Darul Ta'zim); Muhammad Azim Al-Amin Kamaruddin, Muhammad Irfan Faiz Mohd Saharudin (Kuala Lumpur).
Akmal Hazim Ismail, Sairul Ikram Shafri (Perak); Muhammad Azam Azmi Murad, Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid (Terengganu); Muhammad Shafi Azswad Sapari (Melaka); Muhammad Aikmal Roslan (Negeri Sembilan), Mohd Aiman Afif Md Afizul (Kedah). Disamping itu, Muhammad Riezman Irfan Mohd Nadzri (Pahang), Mohd Daniel Irfan Mohd Nadzri (Pulau Pinang), Nik Umar Nik Aziz (PKNS) dan Gideon Apoi Ganang (Sarawak). Lapan pemain simpanan adalah Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Firdaus Kaironnisam (AMD); Muhammad Aidil Azuan (PKNP); Muhammad Faris Kamardin (Selangor); Alan Lagang Keryer (Sarawak). Disamping itu, Ahmad Azraf Ahmad Azam, Muhammad Syafiq Sabaruddin (PKNS) dan Amirul Naim Shahruddin (SSBJ)



-- BERNAMA
Share:

Sabtu, 20 April 2019

Siaran langsung perlawanan Sabah vs UKM FC



Siaran langsung perlawanan Sabah vs UKM FC


Perlawanan seterusnya Liga Perdana Malaysia 2019 esok sabtu menemukan Sabah dan UKM FC. Perlawanan dijangka menarik dengan pasukan Sabah dan UKM FC masing-masing mencari kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Khusus kepada Tambadau Sabah yang suda menerima amaran dari pemangku presiden SAFA Datuk Peter Anthony agar kembali menemui rentak kemenangan.

Siaran langsung perlawanan Sabah vs UKM FC  


Akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 20 April 2019 pada jam 8.15 malam. Bagi peminat yang tidak berkesempatan untuk datang ke Stadium Likas, admin kongsikan link live perlawanan ini. Link ini akan mula diaktifkan 30 minit sebelum perlawanan bermula.

Share:

Isnin, 15 April 2019

Penyudah tumpul punca Tambadau Sabah gagal kutip mata penuh di Likas

Penyudah tumpul punca Tambadau Sabah gagal kutip mata penuh di Likas


Penyudah tumpul punca Tambadau Sabah gagal kutip mata penuh di Likas. Kelemahan ketara ini menyebabkan Sabah berkongsi mata ketika bertemu UiTM FC di Stadium Likas pada 13.04.2019 yang lalu. Kegagalan barisan serangan menyempurnakan peluang jaringan turut diakui oleh pengendali Sabah Jelius Ating.

Jika barisan serangan menafaatkan segala peluang yang ada, Sabah boleh memenangi perlawanan tersebut. Jelius Ating juga menyarankan agar pemain import harus menunjukkan permainan bermutu selaku status pemain import. Pemain import seharusnya mempunyai mutu permainan yang tinggi berbanding pemain tempatan. Hal ini merujuk kepada penyerang import Sabah Luiz Junior dan Rodoljub.

Kehadiran penyokong ke Stadium Likas juga amat mendukacitakan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa keputusan SAFA yang membelakangi peminat Rhinos.

Perlawanan seterusnya buat pasukan Sabah adalah bertemu UKM FC di Stadium Likas pada jam 8.15 malam.
Share:

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog