Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 7 Ogos 2019

Sabah tewas lagi di Pulau Pinang


Sabah tewas lagi di Pulau Pinang


Sabah tewas 1-2 kepada Pulau Pinang dalam perlawanan kedua Piala Malaysia 2019 kumpulan C. Sabah menceriakan penyokong Sang Badak melalui gol dari sepakan penalti. Bagaimanapun 10 minit terakhir kesilapan Evan Wensley yang telah tertampan bola ke gawang sendiri.

Dalam perlawanan pertama pasukan Sabah tewas kepada naib juara Piala FA 2019, Perak. Sabah belum lagi mengutip sebarang mata dalam dua perlawanan.
Share:

Selasa, 6 Ogos 2019

Sabah perlu bangkit



Kekalahan perlawanan pembukaan saingan Piala Malaysia 2019 mencetuskan kegusaran di kalangan penyokong bola sepak Sang Badak. Persaiapan yang memberangsangkan selepas mencapai kemenangan ke atas UKM FC dalam dua siri perlawanan persahabatan. Ianya tidak cukup dan terpaksa akur tewas 0-3 kepada Perak.


Sabah perlu bangkit


Esok Sabah akan menentang pasukan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Kedua-dua pasukan tewas di perlawanan pertama dan Sabah perlu bangkit. Kebangkitan ini perlu sekiranya mahu menjadi dua pasukan terbaik dalam kumpulan C.

Perlawanan ini dijangka bermula pada jam 9 malam. Kepada penyokong Sabah yang berhampiran supaya datang beramai-ramai memberi sokongan kepada Sanga Badak. Pemain ke 12 sangat ditagih di kala mengahadapi saingan Piala Malaysia yang mencabar.



Pulau Pinang bermain baik sewaktu bertemu Pahang. Walaupun tewas 1-3 tetapi Pulau Pinang memberi aksi melawan yang baik. Cuma bahagian serangan gagal menyudahkan setiap peluang yang terhidang. Hal ini harus diambil perhatian oleh Sabah. Jika permainan Sabah di Ipoh diaplikasikan bertemu Pulau Pinang, besar kemungkinan akan mengalami kekalahan kedua.


Share:

Isnin, 8 Julai 2019

Kepimpinan Peter di sebalik kejayaan Sang Badak

Kepimpinan DPA di sebalik kejayaan Sang Badak

DATUK Peter antara ribuan penyokong memberi sokongan kepada Tambadau Sabah menentang JDT II di Stadium Pasir Gudang Johor, Jumaat lalu. Tambadau menang perlawanan itu 1-0 sekaligus mengesahkan tempat ke Ligaa Super musim depan.

"Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk peter Anthony adalah di sebalik kejayaan pasukan Tambadau Sabah layak ke Liga Super," kata ketua jurulatih Jelius Ating.

Jelius berkata, sejak memangku tugas presiden SAFA penghujung tahun lalu, Peter telah berkerja-keras memastikan keperluan pasukan dan kebajikan pemain sentiasa terjaga.

"Ia membolehkan setiap anggota pasukan dapat fokus sepenuhnya kepada tugas masing-masing terutama dalam persiapan dan cabaran menghadapi perlawanan...tidak ada gangguan seperti memikirkan soal kebajikan," kata Jelius ketika dihubungi di Johor pada Ahad.

Jelius berkata, kerja keras Peter yang Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah termasuklah turun padang melihat pasukan berlatih setiap ada kesempatan dan turut datang dalam setiap perlawanan bagi memberi sokongan moral kepada pasukan.

"Kepimpinan Datuk (Peter) adalah motivasi dan dorongan untuk kami di bahagian teknikal iaitu pegawai, jurulatih dan pemain sentiasa berkerja keras terutama untuk cuba merealisasikan sasaran utama yang ditetapkan Datuk (Peter) iaitu membawa Sabah kembali ke Liga Super.


"Sasaran utama itu telah tercapai selepas kemenangan ke atas JDT II di Pasir Gudang Johor, Jumaat lalu. Tahniah kepada pemain tetapi semua pencinta bola sepak Sabah sewajarnya berterima kasih kepada Datuk (Peter) kerana kepimpinan beliaulah sebenarnya di sebalik kejayaan pertama itu," kata Jelius.

Jelius berkata, secara peribadi beliau juga berterima kasih kepada Peter kerana telah memberikan kepercayaan kepadanya melatih pasukan sehingga kini.

"Sasaran utama iaitu naik ke Liga Super sudah tercapai tetapi perjuangan belum selesai kerana masih ada tiga baki perlawanan dan kita sedang memburu gelaran juara Liga Premier pula," katanya.

Tambadau Sabah yang kini berada di puncak liga dengan 37 mata iaitu empat mata di atas JDT II yang juga pesaing tunggalnya untuk gelaran juara.

Apapun, Tambadau Sabah hanya perlukan tiga mata dari baki tiga perlawanannya untuk bergelar juara dengan 40 mata kerana JDT II yang hanya berbaki dua perlawanan hanya mampu mengumpul maksima 39 mata.

Selain menerusi tambahan tiga mata, gelaran juara juga akan Tambadau Sabah rangkul walaupun tiada sebarang tambahan mata jika JDT II tewas salah satu dari baki perlawanannya.

Tambadau Sabah akan meneruskan cabaran menentang UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam esok (Selasa).

"Walaupun tanpa tiga pemain dari kesebelasan utama sebelum ini termasuk dua import iaitu Park (Tae Su) dan (Ahmet) Atayev serta Randy (Baruh) yang menjalani penggantungan permainan, kami akan cuba yang terbaik dan rangkul gelaran juara itu dengan menewaskan UiTM," kata Jelius.


Park dan rakannya di pertahanan kanan, Randy digantung dua permainan kerana telah mengumpul kad kuning keenam semasa menentang JDT II manakala Atayev digantung satu permainan untuk tiga layangan kad kuning.

Sehubungan dengan itu, Jelius telah memanggil Mohd Azizan Nordin yang sebelum ini direhatkan kerana kecederaan, Ummareng Bacok dan Mazlan Yahya menyertai senarai 18 pemain menentang UiTM.

DATUK Peter (kiri) mengucapkan tahniah kepada Jelius selepas perlawanan menentang JDT II di Stadium Pasir Gudang.

Bagaimanapun, hanya Azizan dijangka akan bermula sebagai kesebelasan utama mengambil tempat Atayev di tengah manakala Mafry akan mengambil tugas Park di bahagian pertahanan utama dan Dendy isi tempat Randy di pertahanan kanan.

"Ketiadaan tiga pemain termasuk dua import itu tentunya dirasai tetapi saya fikir ia tidak sampai menjejaskan pasukan kerana tiga pemain yang akan mengambil tempat mereka juga selalu bermula sebagai kesebelasan sebelum ini.

"Selain tiga pemain itu, pemain lain `ok'. Kami akan berlatih di sini (Johor) hari ini (Ahad) dan akan meneruskan persiapan di Selangor esok (hari ini)," kata Jelius.

Sebagai rekod pertemuan antara Tambadau Sabah dan UiTM FC pada pusingan pertama di Stadium Likas berkesudahan seri 1-1.
Share:

Khamis, 9 Mei 2019

Tiada pemain Sabah dalam senarai 32 pemain sertai latihan pusat B-18

KETUA Jurulatih skuad bola sepak bawah 18 tahun (B-18) negara, Bojan Hodak. - Foto BERNAMA

Tiada pemain Sabah dalam senarai 32 pemain sertai latihan pusat B-18


Ketua Jurulatih skuad bola sepak bawah 18 tahun (B-18) negara, Bojan Hodak menyenaraikan 32 pemain untuk menjalani sesi latihan pusat di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, bermula 14 hingga 24 Mei ini. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan latihan selama 11 hari itu adalah sebagai persiapan dan persediaan bagi menghadapi Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 18 Ogos.

Lapan pemain pula disenarai untuk menggantikan mana-mana pemain daripada senarai asal sekiranya mengalami kecederaan. Mereka yang terpilih itu adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Ali Amran Sukari, Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Raimi Shamsul, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Firdaus Ramli, Muhamad Umar Hakeem Suhar Redzuan, Aiman Haikhal Azman (AMD).
Turut disenaraikan adalah T Saravanan, Muhammad Firdaus Abdul Razak, Muhammad Iqmal Ramlan (Selangor), Muhammad Wazif Nazarail, Muhammad Yazid Nor Azmi dan Muhammad Adam Malique Daniel Ady (FELDA United). Selain itu, Firdaus Irman Mohd Fadhil, Muhd Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Hakimi Mat Isa (PKNP); Muhammad Ilham Syukri Jamaluddin, Chia Ruo Han (Johor Darul Ta'zim); Muhammad Azim Al-Amin Kamaruddin, Muhammad Irfan Faiz Mohd Saharudin (Kuala Lumpur).
Akmal Hazim Ismail, Sairul Ikram Shafri (Perak); Muhammad Azam Azmi Murad, Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid (Terengganu); Muhammad Shafi Azswad Sapari (Melaka); Muhammad Aikmal Roslan (Negeri Sembilan), Mohd Aiman Afif Md Afizul (Kedah). Disamping itu, Muhammad Riezman Irfan Mohd Nadzri (Pahang), Mohd Daniel Irfan Mohd Nadzri (Pulau Pinang), Nik Umar Nik Aziz (PKNS) dan Gideon Apoi Ganang (Sarawak). Lapan pemain simpanan adalah Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Firdaus Kaironnisam (AMD); Muhammad Aidil Azuan (PKNP); Muhammad Faris Kamardin (Selangor); Alan Lagang Keryer (Sarawak). Disamping itu, Ahmad Azraf Ahmad Azam, Muhammad Syafiq Sabaruddin (PKNS) dan Amirul Naim Shahruddin (SSBJ)



-- BERNAMA
Share:

Sabtu, 20 April 2019

Siaran langsung perlawanan Sabah vs UKM FC



Siaran langsung perlawanan Sabah vs UKM FC


Perlawanan seterusnya Liga Perdana Malaysia 2019 esok sabtu menemukan Sabah dan UKM FC. Perlawanan dijangka menarik dengan pasukan Sabah dan UKM FC masing-masing mencari kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Khusus kepada Tambadau Sabah yang suda menerima amaran dari pemangku presiden SAFA Datuk Peter Anthony agar kembali menemui rentak kemenangan.

Siaran langsung perlawanan Sabah vs UKM FC  


Akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 20 April 2019 pada jam 8.15 malam. Bagi peminat yang tidak berkesempatan untuk datang ke Stadium Likas, admin kongsikan link live perlawanan ini. Link ini akan mula diaktifkan 30 minit sebelum perlawanan bermula.

Share:

Isnin, 15 April 2019

Penyudah tumpul punca Tambadau Sabah gagal kutip mata penuh di Likas

Penyudah tumpul punca Tambadau Sabah gagal kutip mata penuh di Likas


Penyudah tumpul punca Tambadau Sabah gagal kutip mata penuh di Likas. Kelemahan ketara ini menyebabkan Sabah berkongsi mata ketika bertemu UiTM FC di Stadium Likas pada 13.04.2019 yang lalu. Kegagalan barisan serangan menyempurnakan peluang jaringan turut diakui oleh pengendali Sabah Jelius Ating.

Jika barisan serangan menafaatkan segala peluang yang ada, Sabah boleh memenangi perlawanan tersebut. Jelius Ating juga menyarankan agar pemain import harus menunjukkan permainan bermutu selaku status pemain import. Pemain import seharusnya mempunyai mutu permainan yang tinggi berbanding pemain tempatan. Hal ini merujuk kepada penyerang import Sabah Luiz Junior dan Rodoljub.

Kehadiran penyokong ke Stadium Likas juga amat mendukacitakan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa keputusan SAFA yang membelakangi peminat Rhinos.

Perlawanan seterusnya buat pasukan Sabah adalah bertemu UKM FC di Stadium Likas pada jam 8.15 malam.
Share:

Khamis, 11 April 2019

Datuk Peter mahu Tambadau Sabah bangkit

Datuk Peter mahu Tambadau Sabah bangkit


PETER ANTHONY

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Datuk Peter Anthony mahu skuad utama Tambadau Sabah segera dapatkan semula rentak kemenangan. Datuk Peter telah sama-sama menyaksikan perlawanan bertemu Selangor United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Menurutnya kekalahan berpunca kesilapan pemain sendiri dan bahagian serangan gagal menyempurnakan peluang gol yang ada.

Kekalahan dengan Selangor United adalah kekalahan kedua berturut-turut selepas disingkirkan oleh Kelantan United FC dalam saingan Piala FA pusingan kedua. Datuk Peter mahu penyerang harus tajam dan bijak mengambil peluang. Jika tidak pasukan akan dihukum oleh pihak lawan.

Ada yang mengakatakan ketiadaan perancang tengah Sabah, Sabri Sahar punca pasukan tewas. Bahagian tengah Sabah banyak dikritik atas persembahan yang kurang bersemangat. Hanya Azizan Nordin pemain senior yang berpengalaman beraksi di bahagian tengah. Ricco yang diberi peluang beraksi bersama Azizan dilihat harus meningkatkan permainannya.

Keputusan suku akhir Champion League


Tambadau Sabah akan meneruskan cabaran menentang UiTM FC di Stadium Likas, Sabtu ini dan sekali lagi menjadi tuan rumah menentang UKM FC minggu depan.

Tambadau Sabah kini di kedudukan kedua selepas mengumpul 14 mata dari lapan perlawanan dengan rekod empat menang, dua seri dan dua kalah iaitu satu mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) yang telah mengumpul 15 mata dari tujuh perlawanan.

Lawan Sabah Sabtu ini, UiTM FC memberi tekanan di tangga ketiga dengan 13 mata. Selangor United juga 13 mata di kedudukan keempat manakala Terengganu FC II (TFC II) mengekori rapat di tangga kelima dengan 12 mata.
Share:

Keputusan suku akhir Champion League







Keputusan suku akhir Champion League


Awal pagi tadi menyaksikan perlawanan di antara Man United bertemu pasukan gergasi Barcelona. Manakala satu lagi perlawanan menemukan Ajax melayan kunjungan Juventus. Peminat bole sepak pasti teruja menyaksikan perlawanan hebat ini.

Berikut keputusan suku akhir Champion League 11 April 2019:


Di Old Trafford

Man United 0-1 Bercelona

Luke Shaw (og) 12'



Di Amsterdam Arena

Ajax 1-1 Juventus

Cristiano Ronaldo 45'
David Neres 46'
Share:

Selasa, 9 April 2019

Peluang pemain muda Tambadau Sabah diturunkan



Peluang pemain muda Tambadau Sabah diturunkan


Krisis dalam pasukan Sabah yang mengalami kemerosotan prestasi memberi kebaikan kepada pemain muda untuk diturunkan. Pemain muda berbakat seperti Evan Wensley dan Ariusdius Jais telah tiba masanya diberi peluang untuk beraksi dalam skuad senior pasukan Sang Badak.

Evan Wensley dan Ariusdius Jais telah pun beraksi bersama skuad Harimau Malaya B-23 dibawah Datuk OKS. Evan Wensley yang boleh beraksi di mana-mana posisi pertahanan melakukan debut pertamanya ketika tewas kepada Selangor United 1-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Manakala Ariusdius Jais pula merupakan pemain serangan yang boleh beraksi di mana-mana bahagian serangan. Boleh memberi kelajuan ketika menyerang dan mempunyai kemahiran individu yang menarik.

Suda tiba masanya pengendali Sabah Jelius Ating menggunakan kudrat pemain muda yang berpotensi bagi mengantikan tempat pemain senior dalam pasukan. Perlawanan seterusnya pasukan Sabah adalah menentang UiTM FC pada 13 April 2019 di Stadium Likas jam 8.15 malam. Perlawanan wajib menang bagi membolehkan terus bersaing layak ke Liga Super 2020.
Share:

Live : Sabah FA vs UITM FC

Live : Sabah FA vs UITM FC




Saksikan perlawanan secara langsung diantara Sabah dan UiTM FC dalam perlawanan kelapan saingan Liga Perdana Malaysia 2019. Sabah yang sekarang ini berada di tangga kedua liga harus menanang. Setelah tewas dalam perlawanan minggu lalu kepada Selangor United FC. Misi wajib menang Tambadau Sabah bagi mengelakkan dipintas oleh UiTM FC dalam kedudukan liga.

Live: Sabah vs UiTM FC berlangsung pada 13 April 2019 pada jam 8.15 malam di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Bagi peminat bola sepak Sabah bolehlah datang beramai-rami memberikan sokongan padu. Ketiadaan Sabri Sahar di bahagian tengah Sabah pasti dirasai dan Jelius Ating pasti ada ramuan tersendiri bagi mengatasi masalah ini. Diharapkan pemain muda berbakat ini diberikan waktu bermain yang cukup untuk pengalaman dan menjadi pelapis pemain senior skuad Tambadau Sabah.

Alto Linus yang telah menjaringkan gol tunggal Sabah bertemu Selangor United hampir pasti akan diturunkan di Likas kerana kekurangan pilihan terbaik di bangku simpanan. Peminat teruja jika pemain muda Evan Wensley diberikan aksi permulaan kerana memiliki pengalaman beraksi bersama skuad Harimau Malaya B-23. Seorang lagi pemain muda yang perlu diberi perhatian ialah pemain sayap lincah Ariusdius Jais.
Share:

Isnin, 8 April 2019

Tewas kali kedua berturut-turut Tambadau Sabah

Tewas kali kedua berturut-turut Tambadau Sabah



Sabah mengalami kekalahan kedua berturut-turut ditangan Selangor United 1-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dalam saingan Liga Perdana Malaysia 2019. Seminggu selepas kekalahan di saingan pusingan kedua Piala FA kepada Kelantan United FC. Kekalahan yang telah mengundang pelbagai reaksi dikalangan peminat bola sepak di media sosial.

Kekalahan ini pasti membantut usaha Sabah untuk layak ke Liga Super 2020. Walaupun saingan liga masih panjang tetapi konsisten pasukan seharusnya dimiliki oleh Tambadau Sabah. Di musim yang lalu Sabah seperti kebiasaan memulakan kempen liga dengan baik pada awalnya dan memasuki pertengahan liga form Sabah semakin merudum. Fenomena ini tidak mahu berulang lagi bagi peminat setia pasukan Rhinos.

Dalam perlawanan bertemu Selangor United beberapa pemain yang jarang beraksi telah bermain. Antaranya Alto Linus dan Evan Wensley. Alto Linus beraksi di posisi ML. Evan Wensley yang mewakili Malaysia B23 turut diturunkan. Peluang bagi pemain seperti ini menunjukkan yang terbaik kepada Jelius Ating.
Share:

Ahad, 7 April 2019

Robson Rendy Rining Penjaga Gol Tambadau Sabah



Robson Rendy Rining Penjaga Gol Tambadau Sabah


Penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining, dipilih sebagai pemain terbaik Liga Perdana bagi bulan Februari oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan asiana.my (PFAM-asiana.my).


Kedudukan penjaga gol utama Sabah adalah perebutan bersama dengan Rozami Rohim. Rozaimi Rohim sekarang ini dalam form terbaiknya. Pasukan Sabah ini berada di tangga kedua Liga Perdana Malaysia 2019 di belakang JDT ll.

Robson masih muda dan ada peluang cerah dihadapannya jika terus mendapat bimbingan. Mempunyai pakej lengkap menjadi seorang penjaga gol yang baik.
Share:

Hazard selangkah sertai Real Madrid

Hazard selangkah sertai Real Madrid


Eden Hazard.

BINTANG Chelsea Eden Hazard dijangka memuktamadkan perpindahan ke Real Madrid dalam tempoh beberapa hari lagi. Keputusan itu dimuktamadkan selepas dipersetujui Zinedine Zidane. Pemain berusia 28 tahun itu berhasrat menyertai Real pada musim panas lalu tetapi Maurizio Sarri menyakinkannya untuk kekal di Stamford Bridge selama satu musim lagi.

Namun pemain sayap itu mempunyai baki kontrak selama 15 bulan dan memberi bayangan bahawa dia tidak akan memperbaharui kontraknya meskipun menerima kenaikan gaji sekitar 300,000 pound sterling seminggu. Hazard tidak pernah merahsiakan minatnya untuk bekerjasama dengan Zidane dan kepulangan semula pengendali dari Perancis itu menguatkan lagi hasratnya untuk berhijrah ke Bernabeu.

Menurut Marca, Chelsea dan Madrid semakin hampir untuk mempersetujui syarat perpindahan Hazard dan perjanjian itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Ketika ditanya mengenai Hazard pada Jumaat, Zidane enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Saya tidak akan memberikan pendapat peribadi saya mengenai apa yang akan berlaku kerana musim belum berakhir tetapi saya sentiasa menghargainya," kata Zidane. - Metro.co.uk
Share:

Skandal FAS: Posa tidak akan mohon maaf, tarik balik tuduhan

Skandal FAS: Posa tidak akan mohon maaf, tarik balik tuduhan




Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais hari ini bertegas tidak akan memohon maaf dan menarik balik tuduhan pecah amanah beliau terhadap bekas Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu dalam laman sesawang rasmi FAS bagi membalas tuntutan Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) itu pada sidang media pada Sabtu.

Posa dalam kenyataan itu menyebut, pihak FAS menunggu tindakan susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah menyerahkan bukti-bukti skandal pecah amanah Razali Dolhan pada 2017 kepada SPRM pada pagi Jumaat.

Tindakan ini adalah untuk membersihkan FAS daripada individu yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi terhadap persatuan berkenaan.

Razali menerusi peguamnnya, Dominique Ng pada Sabtu akan mengeluarkan surat tuntutan terhadap Posa esok (Isnin) untuk menarik balik tuduhan pecah amanah terhadapnya yang disiarkan di media sosial dan cetak dalam tempoh tujuh hari.

Menurutnya, tuduhan itu adalah tidak berasas dan ia jelas fitnah bertujuan mencemarkan nama beliau.

Share:

Khamis, 4 April 2019

Tambadau Sabah tewas mengejut Pusingan Kedua Piala FA Malaysia 2019

Tambadau Sabah tewas mengejut Pusingan Kedua Piala FA Malaysia 2019


Tambadau Sabah tewas mengejut kepada kelab Kelantan United FC yang beraksi dalam liga divisyen 3. Jaringan sepakan percuma Fakhrul Zaman minit ke-6 membawa kepada penyingkiran Sabah. Bermain dihadapan penyokong sendiri memberi kelebihan kepada Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad ke-4.

Pada tahun lalu Sabah turut tersingkir awal dalam saingan Piala FA kepada pasukan JDT di Stadium Likas. Pada perlawanan tersebut JDT mandi peluh sebelum mencapai kemenangan 2-1. Pertahanan kental Sabah Rawilson Batuil dan Francis Kasonde telah beraksi dengan cukup baik. Sehinggahkan Rawilson telah dipanggil dalam skuad Harimau Malaya.
Share:

Rabu, 3 April 2019

Live: Kelantan United FC vs Sabah FA

Live: Kelantan United FC vs Sabah FA


Perlawanan Pusingan kedua Piala FA antara pasukan Liga Perdana Sabah menentang Kelantan United FC pada jam 9 malam ini. Perlawanan ini diadakan di Stadium Muhammad ke-IV. Bagi peminat bola sepak khususnya di Sabah yang tidak sempat datang ke Kelantan, admin kongsikan link live perlawanan ini. Link live akan diupdate dari masa ke semasa.

Live: Kelantan United FC vs Sabah FA

[Link]
Share:

Selasa, 2 April 2019

PASUKAN SABAH FA BUKAN MILIK PERSENDIRIAN ATAU KRONI



PASUKAN SABAH FA BUKAN MILIK PERSENDIRIAN ATAU KRONI


Pasukan bola sepak Sabah FA bukan milik individu ataupun pihak tertentu. Bola sepak Sabah adalah milik semua rakyat Sabah. Kepimpinan SAFA yang baru di bawah pimpinan pemangku Datuk Peter Anthony teah membuat beberapa perubahan yang membelakangi peminat Rhinos sebelum ini. Keputusan ini menyebabkan kehadiran penonton ke Stadium Likas jatuh teruk hanya sekitar 2 500 yang hadir. Walaupun pasukan Sabah sekarang ini memimpin Liga Perdana.

North Borneo Ultras telah ditubuhkan pada 5.4.2011 bertujuan untuk menyemarakkan lagi sokongan pada pasukan Sabah FA. Base fan ini paling terkesan dengan beberapa keputusan SAFA apabila dilarang membawa banner dan alat muzik masuk ke stadium menyaksikan pasukan Badak beraksi.
Share:

Khamis, 28 Mac 2019

Tambadau battle ready

Tambadau battle ready


SERBIAN CONNECTION … Rodoljub Paunovic scores Tambadau’s winning goal against Selangor PKNS FC in a friendly match last Saturday. At right is his countryman Luka Milunovic.
It has been a fruitful trip for the Tambadau to Peninsular Malaysia last week. Head coach Jelius Ating said the trip has done the team good in their preparations to face the remainder of their challenge in the Premier League.

“I think those three matches that we have played during this international break were the right thing to do as it helped the team to remain competitive and also helped the players maintain their momentum.

“It also presented us with the opportunities to test ourselves against Super League sides such as Melaka United FC and Selangor United FC.

“For that, on behalf of the team, I wish to thank the management, especially our acting president Datuk Peter Anthony, for giving us this opportunity. It has been a pretty useful and meaningful trip for the team,” said Jelius, when contacted yesterday.

According to Jelius, the matches against the two sides have helped him a lot in preparing the team ahead of their clash against Penang at the Likas Stadium, this Saturday.

For the record, Tambadau played twice against Melaka United FC and once against Selangor PKNS FC during the week-long trip. They lost 0-2 in the first game against Melaka United before bouncing back by registering victory with an identical scoreline against the same side.

They ended the tour edging Selangor PKNS FC at the MBPJ Stadium last Saturday.

Serbian striker Rodoljub Paunovic scored the solitary goal of the match.

“It has been a good test for the team against two good sides from the Super League. They have so many experienced players, including former internationals. Nevertheless, we showed that we can compete against them in all the matches,” he said.

“I’m also happy to note the positive attitude shown by our players. They have shown good improvement and I hope the players will continue to improve as a team or individually,” he said.

He also revealed that all his players will be available for options when they resume their challenge this Saturday.

“Our Korean defender Park Tae Su is the only player that will not see action this Saturday because he will be serving his one-match suspension after collecting his third yellow card in our tie against Negeri Sembilan in our last game prior to the break. The rest are all available, including our Brazilian striker Luiz Carlos Junior,” he said.

“Although he (Junior) was not part of the team during our tour to the Peninsula, he has recovered from his injury on his thigh. However, he is still not at his best just yet.

“Last night (Monday) I played him for 70 minutes when we played against our Under-21 side, and he seemed to be alright,” said Jelius.

For the record, during the trip to Peninsular Malaysia, Jelius brought a total of 24 players namely Rozaimie Rohim, Robson Rendy Rining, Mafry Balang, Rawilson Batuil, Dendy Lowa, Muhammad Mohd Safar, Mohd Azizan Nordin, Alto Linus, Melky, Jenius Karib, Randy Baruh Samson, Justin Samaan, Mohd Azwan Abd Fattah, Ricco Nigel Milus, Maxsius Musa, Elias Sulaiman, Sabri Sahar, Rahman Shah Marajeh, Stanley, Mazlan Yahya, Ranilson Batuil, Park Tae Su, Paunovic and Luka Milunovic.

Youngster, Ariusdius Jais, joined the team after being dropped from the national Under-22 squad.--- The New Sabah Time
Share:

Bekas Presiden PFA diberi tempoh 14 hari

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie. - Foto Asyraf Hamzah

Bekas Presiden PFA diberi tempoh 14 hari


Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie diberi masa 14 hari, iaitu sehingga 9 April bagi menyelesaikan hutang PFA atau tindakan saman akan diambil ke atasnya.

Pemangku Presiden PFA, Mohamad Abdul Karim Khan Mansur Ahmad Khan, berkata jumlah hutang yang perlu dibayar Ahmad Amizal kepada PFA adalah berjumlah RM3 juta.

“Tindakan (tuntutan) ini dibuat berdasarkan segala kerosakan dan memberi imej buruk kepada PFA yang dilakukan sebelum ini sehinggakan PFA disingkirkan oleh MFL dari beraksi dalam Liga Perdana 2019.

“Sekiranya dia gagal menjelaskan hutang berkenaan, saman akan dikeluarkan terhadap beliau oleh pihak kami,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Abdul Karim berkata, jumlah tuntutan itu juga termasuk ganti rugi atas kemungkiran Ahmad Amizal dalam perjanjian penajaan kepada PFA yang dibuat antara mereka sewaktu perlantikan Ahmad Amizal tahun lalu.

Beliau berkata, PFA akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada April ini bagi memilih Presiden yang baharu.

“Ini bagi memilih Presiden baharu yang mampu menerajui dan menyelesaikan segala tanggungan hutang PFA yang menjangkau lebih RM 4 juta.

“Ia juga seperti yang tertakluk pada syarat yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk membolehkan pasukan beraksi semula dalam dalam kancah liga,” katanya.

Sementara itu, PFA menerusi Naib Presiden 1, Ismasuhaimi Shariff sudah menghadap Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bagi menerangkan situasi sebenar PFA pada 20 Mac lalu di Istana Arau.

“Tuanku menyarankan agar PFA terus menjadi badan bola sepak negeri yang menguruskan aktiviti sukan itu di negeri ini selain menyarankan agar diadakan semula Liga Bola Sepak Perlis,” katanya.
Share:

Rabu, 27 Mac 2019

KEHADIRAN PENYOKONG TAMBADAU SABAH KURANG MEMBERANGSANGKAN



KEHADIRAN PENYOKONG TAMBADAU SABAH KURANG MEMBERANGSANGKAN



Kalau kita cerita persembahan, memang tidak dinafikan semangat pasukan berada dilandasan terbaik. Kalau kita cerita stamina pemain, memang sabah menjaga kualiti pemain sediada. Tahniah barisan kejurulatihan. Tapi kalau kita cerita berkenaan penyokong, sepatutnya penyokong boleh melebihi 10k - 13k untuk beberapa perlawanan HOME yang lepas memandangkan perlawanan jatuh pada hari cuti. 
Cuma disebabkan sikap sombong pengurusan baru yang tidak mesra penyokong sebelum liga bermula dan perlawanan pertama musim ini menjadikan kempen  BOIKOT untuk pelawanan HOME dijalankan dan ianya memaksa pengurusan bertindak secara terpaksa memberi kemasukan percuma penyokong tambadau ke stadium likas selain menarik perhatian pemberian tshirt percuma. Tapi, ianya masih tidak dapat membawa kehadiran yang menggalakkan. Kelibat beberapa kelab penyokong tegar di stadium likas juga amat dirindui sebahagian penyokong yang masih hadir. 

KEHADIRAN PENYOKONG TAMBADAU SABAH KURANG MEMBERANGSANGKAN

Tiada apa yang dibanggakan dengan jumlah kehadiran penonton dibawah ini kerana kehadiran 3,470 ketika menentang PDRM adalah kehadiran biasa pada musim-musim lepas dikala prestasi pasukan suam-suam kuku.

Kiriman penyokong Sang Badak. Goodluck Sabahku !!!
Share:

SAKSIKAN VIDEO PEMAIN SABAH FA EVAN WENSLEY



SAKSIKAN VIDEO PEMAIN SABAH FA EVAN WENSLEY


Pemain berpotensi besar untuk menjadi pemain yang bernilai telah ditemui oleh pasukan Sabah FA. Evan Wensley telah dipanggil oleh Datuk OKS dalam saingan kelayakan AFC U23. Telah diturunkan semasa menentang Laos dalam peringkat kumpulan. Bermain di posisi pertahanan yang mempunyai penjagaan posisi yang sangat baik. Evan dipanggil bersama Ariusdius Jais dalam skuad Datuk OKS tetapi diketepikan pada saat akhir.

Hiddink puji Malaysia U23


SAKSIKAN VIDEO PEMAIN SABAH FA EVAN WENSLEY. Sila share info ini kepada rakan-rakan.

Share:

Hiddink puji skuad Kim Swee

JURULATIH pasukan China B23, Guus Hiddink. - Foto Sairien Nafis
Hiddink puji skuad Kim Swee

Kematangan pemain bawah 23 tahun (B-23) China jelas membantu negara Tembok Besar itu memastikan slot ke pusingan akhir Kejuaraan AFC B-23 di Bangkok, Thailand tahun depan.

Aspek itu diakui sendiri pengendalinya, Guus Hiddink selepas menyaksikan anak buahnya dua kali ketinggalan sebelum bangkit mengikat skuad B-23 negara 2-2 di Stadium Shah Alam, semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan China muncul juara Kumpulan J, hanya dipisahkan dengan jumlah jaringan berbanding Malaysia yang turut kekal tanpa kalah selepas tiga perlawanan.


Sambil mengakui kemahiran dimiliki pemain negara, Hiddink yang pernah membimbing Real Madrid, Chelsea, Russia dan Korea Selatan itu menyatakan ketenangan dimiliki anak buahnya jadi kunci kepada kejayaan mereka layak secara automatik.

"Sebagai jurulatih, saya perlu siap sedia dengan situasi ini dan sebelum ini juga kami juga pernah menghadapi perkara sama. Kami tidak panik. Kami tahu apa yang harus buat selepas ketinggalan," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Walaupun skuad negara 'berputih mata' untuk ke Bangkok, Thailand tahun depan, ada perkembangan positif dilontarkan jurulatih berpengalaman dari Belanda yang memuji kualiti yang dimiliki pemain muda negara.

"Daripada saya lihat, jika berlaku situasi satu lawan satu, pemain Malaysia mampu mengatasi pemain saya. Mereka memiliki kualiti daripada segi kemahiran individu yang boleh menyukarkan kami.

"Kalau dilihat pada perlawanan ini (kelmarin), tahap intensiti cukup tinggi," katanya.

Share:

SESA perkenal Liga Sukan Elektronik Sarawak

SESA perkenal Liga Sukan Elektronik Sarawak



Pemenang bergambar kenangan bersama Snowdan (tengah), Afiq (kiri) dan Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan menyambut baik inisiatif Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA) untuk menganjurkan Liga Sukan Elektronik Sarawak.

Menurut Snowdan, liga julung kali diadakan itu amat bertepatan dalam usaha melahirkan atlet sukan elektronik yang boleh mewakili Sarawak di kejohanan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Pada tahun depan, SUKMA akan diadakan di Johor pada pertengahan Julai dan salah satu acara dipertandingkan ialah sukan elektronik. Selain daripada itu, sukan elektronik juga akan dipertandingkan pada Sukan SEA di Filipina pada November depan di mana ia akan menawarkan lima pingat emas.

“Sebab itulah pihak SESA ketika ini giat mencari atlet berkelayakan yang terbaik di seluruh Sarawak untuk menyertai sesi pemilihan di Kuala Lumpur bagi mewakili negara.

“Saya juga memberi sokongan sepenuhnya kepada SESA untuk menganjurkan liga sukan elektronik di seluruh Sarawak. Kita mahu mencari hanya yang terbaik,” ujar Snowdan semasa berucap pada majis penutupan Pertandingan FIFA19 PS4 sempena E-Games Pavillion di Tebingan Kuching, malam Selasa.

Pada masa sama, Snowdan menyeru kelab-kelab sukan elektronik di seluruh negeri untuk berdaftar dan menjadi ahli SESA bagi membolehkan mereka dibantu.

Beliau turut mengumumkan tajaan berjumlah RM10,000 sebagai hadiah kepada pemenang liga di mana juara akan meraih RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan ketiga RM2,000. 

Terdahulu, Presiden SESA Afiq Fadhli Narawi dalam ucapannya memberitahu liga yang akan bermula dalam masa terdekat akan diadakan di setiap bahagian negeri di mana mereka akan menghantar wakil di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Tambahnya, sesi pemilihan awal atlet untuk ke Sukan SEA akan diadakan serentak di Kuching dan Miri pada 5-7 April manakala pemilihan terakhir akan diadakan dari 12-14 April di Pusat Beli Belah City One.

Sementara itu, penuntut UNIMAS Ardil Afiz Azri dinobat johan Pertandingan FIFA19 PS4 untuk menggondol hadiah wang tunai RM1,200, trofi dan medal.

Tempat kedua milik Awang Raad Awang Khalik untuk menerima RM800, trofi dan medal. 

Hazwan Faiz di tempat ketiga untuk meraih RM600, trofi dan medal manakala Ashraf Zakariz tempat keempat untuk menggondol RM400, trofi dan medal.
Share:

Skuad Kim Swee tak layak ke Thailand

Pemain Malaysia, Muhammad Danial Haqim (kiri) merembat kencang menghasilkan gol kedua ketika menentang pasukan China pada pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam. - Foto Sairien Nafis

Skuad Kim Swee tak layak ke Thailand


Keputusan seri 2-2 menentang China, semalam menyaksikan peluang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk beraksi di pusingan akhir Piala AFC B-23 2020 terkubur apabila menghuni tangga ketujuh kedudukan kedua terbaik peringkat kumpulan.

Selepas semua aksi kelayakan berakhir awal pagi tadi, Malaysia yang bersaing dalam Kumpulan J hanya menduduki tempat ketujuh kedua terbaik dengan empat slot yang diberikan diisi Australia, Iran, Syria dan Arab Saudi. 

Perkembangan mengecewakan itu diperoleh menerusi status laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 1.30 pagi tadi yang mengesahkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tidak berjaya mengulangi pencapaian dua tahun lalu.

Penyerang Malaysia B-23 Muhammad Hadi Fayyadh (dua, kiri) diasak pemain China B-23 Lin Liangming (kiri) sewaktu perlawanan Pusingan Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam, semalam. - Foto BERNAMA

Dalam aksi semalam, Malaysia hampir melayakkan diri secara automatik apabila mendahului 2-1 namun enam minit sebelum perlawanan tamat China yang dikendalikan Guus Hiddink itu berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan Jiang Shenlong.

Sebagai rekod, Australia muncul pasukan kedua terbaik apabila berjaya mengikat Korea Selatan 2-2 pada aksi terakhir Kumpulan H, manakala Iran pula seri tanpa jaringan menentang Iraq (Kumpulan C).

Syria mara menjadi pasukan kedua terbaik Kumpulan E apabila mereka seri 1-1 ketika bertemu Jordan, manakala slot kedua terbaik terakhir diisi Arab Saudi dibantu dengan seri 1-1 menentang juara Kumpulan D, Emiriah Arab Bersatu.
Share:

Cium wartawan semasa temu bual, juara heavyweight dikecam

Cium wartawan semasa temu bual, juara heavyweight dikecam


Perbuatan Pulev dikecam netizen.

PETINJU Kubrat Pulev dikecam selepas mencium seorang wartawan semasa sesi temu bual selepas kemenangannya pada malam Sabtu lalu.

Juara heavyweight itu ditemu bual wartawan tinju berpengalaman, Jenny Sushe mengenai kejayaannya menewaskan lawannya, Bogdan Dinu.

Sushe bertanya kepada Pulev mengenai peluang bertemu dengan Tyson Fury sebelum petinju berusia 37 tahun itu tiba-tiba memegang wajahnya lalu menciumnya.

Perlakuan tidak senonoh itu menyebabkan sesi temu bual itu ditamatkan dan Pulev berlalu pergi.


Akibatnya Pulev yang sudah berkahwin dikritik hebat peminat sukan tinju di media sosial.

Pulev menundukkan lawannya, Dinu.

Rata-rata netizen menyifatkan insiden itu sebagai serangan seksual.

Ia bukan kali pertama bintang sukan dikritik kerana tidak menghormati wartawan wanita.

Pulev menandatangani kontrak bersama Top Rank pada Disember lalu dalam usaha untuk menaikkan reputasinya selepas prestasi tidak menentu dalam kategori heavyweight.

Atlet kelahiran Bulgaria itu disebut-sebut bakal bertemu lawannya Tyson Fury. - Metro.co.uk
Share:

Selasa, 26 Mac 2019

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN KELAYAKAN AFC B-23 MALAYSIA VS CHINA



SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN KELAYAKAN AFC B-23 MALAYSIA VS CHINA


Siaran langsung perlawanan kelayakan AFC B-23 Malaysia vs China akan diadakan pada:-

Malaysia vs China 
26 Mac 2019
8.45 malam
Stadium Shah Alam

Perlawanan ini dianggap final bagi pasukan Malaysia supaya mendapat slot automatik layak ke final AFC B-23 yang akan berlangsung di Thailand tahun 2020. Kedudukan dalam kumpulan menyaksikan China di tempat pertama diikuti Malaysia yang berkongsi 6 mata. Perbezaan jaringan gol membezakan antara Malaysia dan China.


Siaran langsung perlawanan:




Live Match Malaysia U23 vs China U23. Silakan share kepada kawan-kawan. Mampukah Malaysia U23 menewaskan kuasa baru bola sepak Asia China. Sama-sama kita saksikan. Live akan bermula pada jam 8.45 malam. Harap maklum.

Share:

Kunjungan berbaloi, Sabah di landasan baik

Kunjungan berbaloi, Sabah di landasan baik


JELIUS


Ketua jurulatih Jelius Ating yakin skuad Tambadau Sabah kekal dengan momentum baiknya apabila meneruskan saingan Liga Premier menentang Pulau Pinang di Stadium Likas, Sabtu ini.

"Walaupun saingan berehat kira-kira tiga minggu, tiga perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Super di Semenanjung minggu lalu membantu mengekalkan momentum pasukan.

"Terima kasih kepada pengurusan terutama Presiden Safa Datuk Peter Anthony kerana membolehkan pasukan mendapat perlawanan persahabatan yang diperlukan itu. Ia adalah kunjungan yang sangat berbaloi," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Menurutnya, dua pertemuan dengan Melaka United dan sekali dengan Selangor PKNS FC banyak membantu terutama dalam persediaan Tambadau Sabah meneruskan saingan sebenar.
Dua perlawanan dengan Melaka United menyaksikan pasukan utama Tambadau Sabah tewas 2-0 perlawanan pertama tetapi pasukan kedua menebusnya dengan kemenangan jaringan sama pada pertemuan kedua.

Pasukan utama juga kemudiannya menunjukkan mereka masih dengan momentum baik apabila menundukkan Selangor PKNS 1-0 pada perlawanan persahabatan terakhir.


Gol Tambadau Sabah ketika menentang Melaka dijaringkan Stanley Sulong dan Melky Balang manakala gol tunggal ketika menentang PKNS dijaringkan Rodoljub Paunovic.

"Kita mendapat ujian baik pada perlawanan persahabatan itu kerana lawan adalah dari Liga Super yang dibarisi ramai pemain berpengalaman termasuk bekas pemain kebangsaan. Bagimanapun, pasukan kita dapat menyaingi mereka.

"Saya gembira dengan sikap dan perkembangan prestasi ditunjukkan pemain yang saya percaya petanda positif untuk pasukan meneruskan saingan sebenar nanti," katanya.

Jelius berkata, baki tempoh yang ada akan dimanfaatkan untuk memantapkan pasukan dengan memperbaiki kelemahan.

"Seperti yang saya kata pada awalnya, keputusan perlawanan adalah perkara kedua dalam kunjungan ke Semenanjung itu. Apa yang penting ialah kita dapat menguji pemain dan saya gembira kerana berpeluang menurunkan semua yang dibawa dalam kunjungan itu," katanya.

Dua puluh empat pemain dibawa dalam kunjungan itu iaitu Rozaimie Rohim, Robson Rendy Rining, Mafry Balang, Rawilson Batuil, Dendy Lowa, Muhammad Mohd Safar, Mohd Azizan Nordin, Alto Linus, Melky, Jenius Karib, Randy Baruh Samson, Justin Samaan, Mohd Azwan Abd Fattah, Ricco Nigel Milus, Maxsius Musa, Elias Sulaiman, Sabri Sahar, Rahman Shah Marajeh, Stanley, Mazlan Yahya, Ranilson Batuil, Pask Tae Su, Paunovic dan Luka Milunovic.

Pasukan kemudian disertai Ariusdius Jais selepas beliau digugurkan dari skuad bawah 23 tahun kebangsaan.

Jelius berkata, hampir semua pemainnya sedia beraksi apabila meneruskan cabaran Sabtu ini juga merupakan perkembangan positif pasukan.

Kecuali Park Tae Su yang tidak dapat disenaraikan kerana menjalani penggantungan satu permainan ekoran telah mengumpul tiga kad kuning, semua pemain lain termasuk Luiz Carlos Junior yang dalam senarai kecederaan sebelum ini sedia untuk beraksi.

"Saya tidak senaraikan Junior ke Keningau dan Semenanjung kerana mahu beliau pulih sepenuhnya daripada kecederaan otot paha.

"Nampaknya beliau sudah pulih walaupun belum cergas sepenuhnya. Semalam (malam Isnin) beliau (Junior) beraksi kira-kira 70 minit tanpa masalah ketika kami mengadakan latihan bersama skuad bawah 21 tahun (Sabah)," katanya.

Tambadau Sabah kini di kedudukan kedua carta Liga Premier dengan 11 mata selepas enam perlawanan dengan rekod tiga menang dua seri dan satu kalah. Sabah tanpa kalah lima perlawanan berturut-turut.

Di tangga teratas adalah pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dengan 13 mata manakala dua pasukan di bawah Sabah ialah UiTM FC dan Selangor United yang masing-masing telah mengumpul 10 mata.---STADIUMASTRO
Share:

'Ramai mau tiru JDT tapi gagal'

PEMILIK pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto Mohd Azren Jamaludin.

'Ramai mau tiru JDT tapi gagal'


Menyedihkan!


Itu pandangan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas melihat segelintir pasukan yang cuba untuk ‘meniru’ skuad Harimau Selatan itu namun gagal apabila mereka tidak mementingkan perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan.

“Semua orang nak jadi JDT dan semua nak buat apa yang JDT buat. Tetapi perkara pertama yang saya buat adalah tambah baik padang.


“Kenapa? Sebab di sinilah (padang) orang bermain bola sepak di atas padang. Tetapi sedih (apabila) orang lain tukar papan diod pancaran cahaya (LED), tukar bangku pemain simpanan dengan kerusi kereta macam kita, semua nak buat.

“Sepatutnya benda pertama orang tukar ialah padang. Apapun, ini semuanya adalah mindset dan kalau kita tak tukar mindset, kita takkan berjaya,” kata Tunku Ismail menerusi satu video di laman Johor Southern Tigers.

Sebagai rekod, kemasukan Tunku Ismail mencetuskan transformasi dalam pasukan itu yang menyaksikan mereka menjadi kuasa dominan dalam bola sepak tempatan apabila mendominasi saingan Liga Super buat lima musim berturut-turut.

Bukan setakat mencipta sejarah memenangi Piala AFC 2015, namun mereka turut muncul sebagai pasukan pertama dari Malaysia yang beraksi dalam saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) pada musim ini.

Dalam masa sama, meskipun JDT sudah memiliki pelbagai kemudahan berkelas dunia untuk kegunaan barisan pemainnya namun Tunku Ismail masih merasakan ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik.

“Satu benda yang paling membanggakan saya adalah bukan padang latihan dalaman ini.

“Dua benda yang saya bangga tetapi masih lagi perlu penambahbaikan ialah pusat pemulihan dan padang bola sepak. Kedua-dua ini adalah ‘baby’ saya,” kata Tunku Ismail.
Share:

TOP 10 PENJARING TERBANYAK SABAH FA



TOP 10 PENJARING TERBANYAK SABAH FA

Sabah telah melahirkan ramai penyerang yang berbakat. Antara pemain penyerang yang pernah mengharumkan nama pasukan Sabah ialah Matlan Marjan, James Wong, Hassan Sani, Mohd. Jaya Kassim, Suharmin Yusuf dan Harun Laban. Ada pemain yang sekarang ini beraksi bersama pasukan lain. Di sini dikongsikan bersama top 10 penjaring terbanyak Sabah FA.
Share:

Harimau Malaya boleh buat kejutan bertemu China

Harimau Malaya boleh buat kejutan bertemu China



KIM SWEE

Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee percaya anak-anak buahnya berpotensi untuk memberi kejutan ketika bertemu China pada perlawanan akhir Kumpulan J pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23, malam ini.

Katanya adalah tidak mustahil bagi Malaysia yang mengintai peluang layak secara automatik ke pusingan akhir di Bangkok tahun depan untuk mencipta kemenangan menerusi strategi permainan yang baik.

Menurutnya China yang dikendalikan bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea, Guus Hiddink menampilkan keazaman tinggi dalam dua perlawanan sebelum ini yang dibuktikan menerusi pesta gol mereka termasuk lapan yang diledakkan dalam pertemuan dengan Filipina kelmarin.

“Sudah tentu kita perlukan strategi yang ampuh, China sebuah pasukan yang hebat dan mereka mencatat 13 gol keseluruhan. Itu menunjukkan betapa bagusnya mereka. Perlawanan esok (malam ini) tidak mudah tetapi bukan mustahil.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, mereka pasukan yang hebat sementara kita cuma sederhana, namun kadangkala pasukan sederhana juga boleh mencipta kejutan. Apa yang penting kita turun menentang China dengan satu objektif, iaitu kita perlu menang untuk layak secara automatik,” katanya kepada pemberita selepas kemenangan 1-0 ke atas Laos malam kelmarin.

Kemenangan kedua selepas menundukkan Filipina 3-0 pada Jumaat lepas menyaksikan anak buah Kim Swee mengutip enam mata untuk berada di tempat kedua di belakang China dengan perbezaan sembilan gol.

Kemenangan ke atas China menjamin tempat Malaysia pada pusingan akhir AFC B-23 2020, namun jika ruang ini gagal dimanfaatkan, peluang Malaysia untuk mara adalah tipis.

Sementara itu, penjaga gol negara Muhammad Haziq Nadzli menggesa rakan sepasukannya untuk terus memberikan fokus 100 peratus serta mengekalkan disiplin ketika berdepan China.

“Mungkin di atas kertas nama China lebih besar berbanding Malaysia tetapi apa-apa keputusan hanya akan ditentukan esok. Kita sebagai satu pasukan perlu bagi kerjasama dan perlu lebih berdisiplin. Kita akan cuba berikan yang terbaik,” katanya. — Bernama
Share:

Isnin, 25 Mac 2019

'Kecil-kecil cili api', Faiz sedia terus sarung jersi Harimau Malaya

'Kecil-kecil cili api', Faiz 

Faiz (tengah) ketika aksi bersama Selangor menentang Felda baru-baru ini.

PEMAIN Selangor, Mohd Faiz Mohd Nasir bersedia untuk terus menyarung jersi skuad Harimau Malaya sekiranya dipanggil pada masa hadapan.

Bertubuh kecil dengan ketinggian 157 sentimeter (cm), Mohd Faiz berkata semangatnya untuk menyumbang bakti kepada pasukan negara tidak akan luntur meskipun ada yang mempertikaikan akan saiz fizikalnya itu.


IKLAN

“Kalau ikutkan saiz saya yang kecil ini ramai orang tidak percaya yang saya boleh bermain untuk Malaysia. Tetapi itu bukan halangan untuk saya.

“Jika selepas ini saya dipanggil semula (bersama skuad kebangsaan), saya akan bermain,” katanya kepada pemberita selepas aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Airmarine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.



Pada aksi itu, Mohd Faiz, 27, memperkenalkan dirinya kepada peminat bola sepak tanah air dengan menampilkan aksi berkualiti tinggi dalam keadaan hujan lebat untuk membantu Malaysia menewaskan Afghanistan 2-1.

Lebih manis, jaringan pada minit ke-43 yang menjadi gol pertamanya dalam penampilan sulung bersama skuad kebangsaan telah membangkitkan semangat pasukan untuk berjuang memburu kemenangan sehingga wisel penamat.

Sebagai rekod, Mohd Faiz tidak diturunkan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe ketika Malaysia tewas 0-1 kepada Singapura pada aksi separuh akhir, Rabu lepas.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jaringannya, Mohd Faiz dengan sifat rendah dirinya berterima kasih kepada rakan sepasukan dan barisan jurulatih di atas kepercayaan terhadap kemampuan dirinya.

“Memang ada sikit tekanan tetapi sebab dah dua minggu berlatih, jadi saya boleh kawal perasaan itu di dalam permainan. Gol pertama dalam aksi pertama itu mungkin ia adalah rezeki saya,” tambah anak jati Pasir Mas, Kelantan itu.-Bernama
Share:

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH DIBUKA BERMULA 26 MAC

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH DIBUKA BERMULA 26 MAC


Yusof (tengah) ketika sidang media pengumuman Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. – Gambar SNT/Alfred Petrus

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) akan dibuka bermula esok (26 Mac) dan mereka yang berkelayakan khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) boleh mengemukakan permohonan.

Biasiswa tersebut khas untuk individu tamat SPM, STPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma, Matrikulasi dan Asasi dan baru menerima keputusan peperiksaan akhir dan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata penawaran BKNS terbabit adalah berdasarkan kursus-kursus ditetapkan dan yang mendapat permintaan industri di dalam negeri, namun ia perlu mengikut syarat-syarat kelayakan melalui empat kategori.

“Kita ada empat kategori penawaran BKNS iaitu skim penawaran kepada seramai 148 pelajar cemerlang SPM yang memperoleh 10A seluruh negeri dan 61 pelajar STPM dengan Purat Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 sebagai keutamaan mengikut kecenderungan mereka.

“Kategori kedua adalah bagi pelajar SPM yang mendapat keputusan 7A ke atas dan STPM dengan PNGK 3.33 ke atas untuk melanjutkan pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama.

“Seterusnya, bagi kategori mengikut keperluan industri, mereka juga boleh memohon dengan pertimbangan mengikut kursus-kursus yang diperlukan industri masa kini,” katanya dalam sidang media sempena Pengumuman Permohonan BKNS 2019 di Wisma Bandaraya di sini hari ini.

Katanya bagi permohonan Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) Awam dan Swasta adalah meliputi kursus Aktuari Sains, Pertanian, Juru Ukur, Sains Tulen, Kejuruteraan, Seni Bina, Kesihatan dan Perusahaan Ternak, Teknologi Maklumat, Pengurusan Hartanah, Ukur Bahan dan Perakaunan.

Permohonan ke Ijazah Sarjana Muda IPTA/S merangkumi Aktuari Sains, Perakaunan, Akuakultur, Pergigian, Ekonomi, Perhutanan, Farmasi, Perikanan, Kejuruteraan, Pertanian, Kesihatan dan Perusahaan Ternak, Perubatan, Keusahawanan, Perubatan Veterinar, Komunikasi, Psikologi, Juru Ukur, Sains Alam Sekitar, Muzik Sains, Biologi Marin, Pelancongan dan Hospitaliti, Sains Bioteknologi, Pendidikan, Sains dan Teknologi Makanan, Pengajian Islam, Sains Komputer, Pengangkutan dan Logistik, Seni Bina (Architecture), Pengurusan Ladang, Teknologi Maklumat, Pengurusan Hartanah, Ukur Bahan, Pentadbiran Perniagaan dan Undang-Undang.

Tambah Dr Yusof lagi, BKNS juga membuka permohonan biasiswa terbabit untuk para pelajar golongan miskin tegar agar mereka mendapat peluang melanjutkan atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Kita akan tempatkan mereka di IPTA atau IPTS yang mana institut swasta ini mesti mempunyai jalinan persefahaman dengan industri.

“Mereka yang dilatih ini akan ditempatkan di industri dan keputusan pelajar di bawah miskin tegar ini tidak menjadi kepentingan kerana kerajaan berusaha menempatkan mereka agar membolehkan mereka mendapat pekerjaan sejurus menamatkan pengajian,” jelasnya.

Sementara itu, Yusof menegaskan BKNS tersebut juga terbuka kepada pelajar Diploma yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi keputusan PNGK 3.50, lulusan STAM pula haruslah Jaiyid Jiddan manakala lepasan Matrikulasi dan Asasi sekurang-kurangnya PNGK 3.50.

“Permohonan untuk memasuki kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi, perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.8 di peringkat STPM, Diploma atau Matrikulasi dan tawaran BKNS hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.

“Kelayakan permohonan Diploma, pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun manakala bagi permohonan ke Ijazah Sarjana Muda, pemohon haruslah tidak melebih umur 25 tahun. Permohonan tersebut boleh dibuat melalui atas talian di laman sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my dan permohonan dibuka sehingga 25 April ini,“ katanya.

Sementara itu, beliau menambah pemohon yang sedang menuntut di IPT perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.50 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda. – SabahNewsToday
Share:

JJCM johan Sepak Takraw Terbuka Tenom Piala JJ

JJCM johan Sepak Takraw Terbuka Tenom Piala JJ




JAMAWI menyampaikan hadiah kepada johan Sepak Takraw Terbuka Tenom Piala JJ 2019.

Pasukan JJCM menuai hasil lumayan apabila muncul sebagai juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Tenom Piala JJ 2019.
Pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala dan medal.

Naib johan pula disandang oleh pasukan Binanading United yang juga menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan medal.

Sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan RTC dan MD Putatan yang menerima hadiah wang tunai RM1,500 berserta medal.


Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Tenom anjuran Pejabat Perhubungan DUN Kemabong dengan kerjasama Astaka Daerah Tenom yang julung kali diadakan tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 26 pasukan dari seluruh negeri.

Pengerusi Pengelola Kejohanan Wak Sugianto Trimo berkata, kejohanan yang berlangsung selama dua hari dan berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Tenom itu dihadiri lebih seratus orang termasuk pemain dari semua daerah di negeri ini.

"Kejohanan kali ini mendapat sambutan yang amat baik apabila disertai pemain dari seluruh daerah di negeri ini yang turut disertai pemain kebangsaan seperti Noor Azman Abd Hamid Fitrah Abd Ghani dan Nasarudin Abdul Ghani, yang turut menonjolkan bakat dan kebolehan dalam permainan sepak takraw," katanya.

Terdahulu, ketika merasmikan kejohanan itu, Adun Kemabong Jamawi Jaafar berkata tujuan kejohanan itu adalah bagi menyemarakkan lagi sukan sepak takraw dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda selain mencungkil bakat baharu dalam sukan berkenaan.

Katanya berdasarkan sambutan positif pasukan sepak takraw di negeri ini terhadap kejohanan itu, pihaknya bercadang meneruskan penganjuran dengan menjadikannya sebagai kejohanan terbuka sebagai kalendar tahunan kegiatan sukan khususnya sukan sepak takraw di daerah ini.

Selain itu, beliau berharap pelbagai lagi jenis sukan dapat diadakan pada masa akan datang melibatkan lebih banyak penyertaan.

"Saya mahu menjadikan Tenom termasuk daerah kecil Kemabong sebagai pusat aktiviti sukan yang secara tidak langsung dapat mengangkat kedudukan sukan di negara kita," ujarnya.
Share:

Ahad, 24 Mac 2019

Gol 'Puluk' Safawi beri kemenangan tipis Malaysia

AKSI pemain Malaysia, Dominic Tan ketika perlawanan menentang pasukan Laos pada aksi pusingan pertama kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam. - Foto Sairien Nafis

Gol 'Puluk' Safawi beri kemenangan tipis Malaysia


Jaringan Safawi Rasid memastikan skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) terus memberi tekanan kepada China selepas jaringan tunggalnya membolehkan Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Laos pada aksi kedua Kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Namun, kemenangan itu tidak hadir dengan mudah memandangkan Laos memberikan tentangan sengit ke atas skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu apabila mereka memperagakan aksi lebih bertenaga selepas dibelasah 5-0 oleh China pada aksi pertama, kelmarin.
Lima pertukaran dilakukan dalam kesebelasan utama menentang Laos, namun kepantasan Laos menutup ruang membuatkan Malaysia bergelut untuk mendapatkan gol. Memasuki minit ketujuh, Nik Azli Nik Alias dijatuhkan di dalam kotak penalti namun malang berganda buat Malaysia apabila bukan sahaja tidak diberikan penalti namun pengadil, Masoud Tufayelieh melayangkan kad kuning kepada penyerang muda itu kerana dikatakan merebahkan badan dengan sengaja.

Lima minit berselang, Malaysia beroleh peluang terbaik hasil gerakan di bahagian sayap kanan menerusi hantaran Nik Azli kepada Akhyar Rashid yang berada di dalam kotak penalti namun percubaannya tersasar. Bagaimanapun, palang menyelamatkan pintu gol Malaysia apabila kesilapan pertahanan membuka peluang kepada Vannasone Douangmaity untuk melakukan percubaan yang sekadar menggegar palang pada minit ke-35.

Malaysia mensia-siakan peluang untuk menuju ke masa rehat dengan satu gol apabila tampanan Faisal Abdul Halim tersasar meskipun gawang gol terbuka luas selepas penjaga gol Laos, Xaysavath pantas meluru keluar untuk menafikan percubaan Faisal di penghujung babak pertama. Bersambung babak kedua, pertukaran berganda dilakukan pengendali Datuk Ong Kim Swee pada minit ke-54 apabila mengeluarkan Faisal dan Nik Azli bagi memasukkan Safawi serta Jafri Firdaus Chew untuk memperkemas jentera serangan.

Kemasukan Safawi sedikit mengubah rentak permainan Malaysia dan kemuncaknya apabila pemain itu meledak gol kemenangan menerusi sepakan percuma yang terkena palang tetapi masuk ke dalam gawang selepas terkena belakang penjaga go ketika perlawanan berbaki lapan minit. Selepas ini, Malaysia akan membuat perhitungan dengan China untuk merebut juara kumpulan J di venue sama, Selasa ini dengan juara kumpulan akan mendapat slot automatik ke Thailand, tahun depan.
Share:

Setuju sertai Real Madrid? Ini komen Hazard!

Setuju sertai Real Madrid? Ini komen Hazard!



EDEN Hazard menyangkal dakwaan bahawa dia sudah bersetuju menyertai Real Madrid pada musim panas akan datang.

Akhbar Sepanyol melaporkan Hazard bersetuju untuk mengikat kontrak bersama Los Blancos selama lima tahun, sekali gus menjadikannya sebagai pemain menerima gaji tertinggi bersama kelab itu.

Spekulasi mengenai masa depan Hazard di Stamford Bridge mula hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu tetapi kepulangan semula Zinedine Zidane menguatkan lagi dakwaan dia akan meninggalkan Chelsea.

Namun Hazard yang kini sedang menjalani tugas antarabangsa bersama Belgium menafikan khabar angin itu.


Ketika ditanya sama ada perjanjian sudah dimuktamadkan, Hazard berkata:"Tiada apa-apa dalam laporan itu. Saya hanya fokus pada aksi menentang Cyprus.


Zinedine Zidane kembali mengemudi Real Madrid pada bulan ini.

"Itu sahaja yang saya fikirkan ketika ini," katanya.

Chelsea berusaha keras untuk mengekalkan Hazard dengan sedia menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Hazard bagaimanapun sering kali memberi bayangan mengenai masa depannya bahawa dia menyimpan impian untuk mewakili Real Madrid sebelum menggantung but.

Jika gagal memujuk Hazard untuk menandatangani kontrak baharu, Chelsea mungkin terpaksa menetapkan harga 98.5 juta pound sterling untuk melepaskan pemain sensasi itu.

Kontrak Hazard akan beraksi pada 2020 dan jendela perpindahan pemain akan datang memberi peluang terakhir kepada Chelsea untuk menjualnya pada harga tertinggi melainkan jika pemain itu setuju untuk kekal di Stamford Bridge.

Namun Chelsea tidak dapat mencari pengganti Hazard jika pemain itu dijual kerana dikenakan sekatan perpindahan oleh Fifa bulan lalu. - Metro.co.uk
Share:

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog