Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 7 Oktober 2018

Rozaimie Rohim di sangka anak jati Sabahan

Rozaimie Rohim di sangka anak jati Sabahan






"Saya sudah seperti orang Sabah," itu luahan penjaga gol, Rozaimie Rohim, satu-satunya pemain tempatan bukan berasal dari Sabah yang membarisi kesebelasan utama skuad kendalian Jelius Ating itu.

Selepas tiga musim, Rozaimie yang berasal dari Temerloh, Pahang terus kekal menabur bakti bersama Sabah walaupun perjuangan naik ke Liga Super, belum tercapai.

Gara-gara sudah lama di sana, maka ada yang menyangka Rozaimie merupakan anak jati negeri itu, namun dia tidak kisah kerana gembira sepanjang berkhidmat di Sabah.

Kini, melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia, Rozaimie berharap mampu menjadi sebahagian catatan sejarah gemilang Sabah yang mahu menjulang trofi Piala Malaysia buat kali pertama.

"Saya sudah menganggap pasukan Sabah seperti keluarga saya sendiri. Ini merupakan tahun ketiga saya bersama Sabah dan berharap untuk melakukan kejutan mara ke final Piala Malaysia," kata Rozaimie.

Sementara itu, penyerang Sabah, Maxsius Musa, menggesa rakan sepasukan agar bersikap lebih tenang menghadapi Perak di Ipoh.

Tekanan sudah pasti memihak tuan rumah dan pemain berasal dari Keningau itu yakin Sabah tidak memiliki alasan untuk berasa gugup memberi aksi berkualiti sepanjang 90 minit.

"Saya berbangga untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia kerana ia adalah pencapaian tertinggi dalam karier saya. Kami akan cuba memberikan tentangan ketika berdepan Perak," kata Maxsius.


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog