Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 13 Disember 2018

JADUAL KEJOHANAN BOLA SEPAK 4 PENJURU JEMPUTAN ASEAN


JADUAL KEJOHANAN BOLA SEPAK 4 PENJURU JEMPUTAN ASEAN

15 disember 2018
Game 1
Jam 4 pm Stadium Likas
Tuak Fc (Indonesia) VS Thonburi Inter (Thailand)

Game 2
Jam 7 30 pm Stadium Likas
VFA (Brunei) VS Sabah (Malaysia)

16 Disember 2018

Game 3
Jam 4 pm Stadium Likas
Loser Game 1 VS  Loser Game  2

Game 4
Jam 7 30 pm Stadium Likas
Winner Game 1 VS Winner Game 2
Share:

Rabu, 12 Disember 2018

Nama Leopold tercicir dalam 16 pemain skuad Badak musim 2019



Nama Leopold tercicir dalam 16 pemain skuad Badak musim 2019


Petang tadi presiden Safa yang baru telah mengumumkan 16 pemain Sabah yang telah dilanjutkan kontrak untuk musim hadapan. Semua pemain utama seperti dijangka telah diberikan kontrak baru. Cuma nama pemain Leopold Alfonso Otong tidak ada dalam senarai.

Petang tadi juga Safa telah melunaskan janji untuk membayar tunggakan 5 bulan gaji pemain dan staf berjumlah RM 6 juta.


Share:

Jelius Ating kekal pengendali Sabah musim 2019

Jelius Ating kekal pengendali Sabah musim 2019

Baca Juga:
Peminat bola sepak Sabah tidak sabar menanti barisan pemain Sabah FA Musim 2019 

Tahniah diatas perlantikan kepimpinan baru Safa:

Hendry Soimpon - Team Manager Sabah
Jelius Ating - Head coach Sabah
Yap Wai Lun - Bendahari Safa
Andrew M - Setiausaha Agung Safa

Akhirnya teka-teki nasib jurulatih Jelius Ating terjawap petang ini apabila dinamakan jurulatih pasukan Sabah musim 2019. Jelius Ating telah dikekalkan sebagai ketua jurulatih Sabah yang mana telah membawa pasukan Sabah layak sehinggah pusingan separuh akhir Piala Malaysia musim 2018.

Selain mengekalkan ketua jurulatih, terdapat beberapa muka baru yang telah membarisi barisan kepimpinan baru Safa termasuk bekas pemain Hendry Soimpon (Pengurus pasukan), Yap Wai Lun (Bendahari) dan Andrew Manjinggim selaku (Setiausaha Safa).

Difahamkan juga bayaran gaji tertunggal 5 bulan para pemain Sabah juga telah pun dilunaskan. Ini adalah penyuntik semangat buat pasukan yang akan mengharungi Liga Malaysia musim 2019.

Bagi barisan pemain skuad Badak pula belum dapat dipastikan secara rasmi. Dikhabarkan akan ada perubahan barisan pemain lokal mahupun import.
Share:

Peminat bola sepak Sabah tidak sabar menanti barisan pemain Sabah FA Musim 2019

Peminat bola sepak Sabah tidak sabar menanti barisan pemain Sabah FA Musim 2019

Menurut kenyataan Presiden Safa yang baharu, Datuk Peter Anthony berkata statusnya sebagai penaraju Safa dan senarai barisan pemain, ketua jurulatih dan pengurus pasukan bolasepak Sabah bagi Liga Malaysia musim hadapan akan diumumkan petang hari ini.

Pengumuman ini akan dibuat selepas akan mengadakan perjumpaan bersama para pemain dan kesemua pengerusi gabungan Safa. 

Menurut beliau lagi Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyarankan kepadanya mengambil alih tampuk pimpinan persatuan.

Sebagai rekod Sabah belum lagi menghantar senarai pemain kepada FAM walaupun tarikh akhir penghantaran tinggal dua hari lagi iaitu 13 Disember 2018. Sekiranya gagal untuk menghantar nama kemungkinan besar Sabah tidak akan dapat beraksi dalam Liga Perdana musim hadapan.

Menegenai barisan pemain, ada pemain yang telah mendapat tawaran bermain untuk pasukan lain. Kebajikan pemain harus dijaga supaya ianya tidak akan mempengaruhi corak persembahan mereka, katanya.

Admin sehinggah sekarang masih lagi menunggu sebarang pengumuman barisan pemain dan kejurulatihan skuad Sabah musim hadapan.
Share:

Selasa, 11 Disember 2018

SKUAD PENUH BADAK DIUMUM ESOK

SKUAD PENUH BADAK DIUMUM ESOK


Peter (duduk tengah) bersama dengan para pemain bolasepak Sabah di ibupejabat Safa di Maksak dekat sini hari ini. Gambar SNT/ Chris Maskilone


KOTA KINABALU: Senarai barisan pemain, ketua jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak Sabah bagi Liga Premier musim hadapan akan diumumkan petang esok.

Baca Juga:
HAMID SOKONG DATUK PETER ANTHONY PRESIDEN SAFA 
TUNGGAKAN GAJI LIMA BULAN PEMAIN SABAH BERJUMLAH RM6 JUTA DILANGSAIKAN SEBELUM KRISMAS 
Juara bertahan Keningau mahu jaga reputasi juara Liga Bola Sepak KDMM 
PEMAIN SABAH MEMBOIKOT MAHU SAFA LUNASKAN BAYARAN GAJI 
Igor Cerina kembali perkuatkan skuad Badak 
Peminat bola sepak yakin Harimau pijak Gajah di Bangkok 
Stadium Putatan bernilai RM 8.8 juta bakal dibina 
Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata esok juga semua pertanyaan termasuk status beliau sebagai peneraju baharu Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) bakal terjawab.


Bercakap kepada pemberita sebelum berjumpa dengan para pemain Sabah di ibupejabat Safa di Maksak hari ini, Peter berkata beliau difahamkan kesemua 26 pengerusi daerah gabungan Safa akan mengadakan mesyuarat khas esok.


Oleh itu, keputusan bergantung kepada mereka, kata Peter.


“Terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan dalam mesyuarat tersebut tetapi saya yakin akan mendapat persetujuan mereka,” katanya.


Peter telah dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau telah disarankan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku penaung Safa mengambil alih tampuk pimpinan persatuan.


“Pada mulanya saya merasa ini amat berat lebih lebih lagi terdapat mantan-mantan pemimpin dalam persatuan yang mungkin berlainan pendapat,” katanya.


Namun, beliau mengambil saranan Ketua Menteri untuk membuat pendekatan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan lama dalam Safa.


Peter turut menafikan tujuan kedatangan beliau dalam Safa adalah untuk mengambil alih dan menggugurkan penyandang jawatan-jawatan tertinggi.


“Kita cuma mengisi kekosongan,” katanya, sambil menambah apa yang penting sekali ialah mengurus pendaftaran para pemain Sabah.


Menurutnya, Sabah belum lagi menghantar senarai pemain kepada FAM walaupun tarikh akhir tinggal dua hari lagi iaitu 13 Disember ini.


“Yang paling penting kita harus mengisi jawatan pemangku presiden, setiausaha agung, bendahari agung, ketua jurulatih dan pengurus pasukan,” katanya.


Sekiranya gagal, kemungkinan besar Sabah tidak akan dapat beraksi dalam Liga Premier musim hadapan.


“Oleh itu kita berharap mendapat persetujuan dari kesemua pengerusi daerah gabungan Safa esok,” katanya.


Pada hari ini, Peter berkata beliau datang untuk berjumpa dengan para pemain dan berbincang dari segi perancangan masa hadapan mereka.


“Saya difahamkan ada antara mereka telah mendapat tawaran bermain untuk pasukan lain. Kalau boleh saya minta kita tutup lembaran lama.


“Ini adalah pengurusan baharu dan saya yakin kita tidak akan ikut apa yang telah terjadi dimasa lalu.


“Saya faham (keadaan para pemain), saya juga pemain bola dahulu. Kalau sudah tidak dibayar gaji bukan bola sudah ditendang tapi batu,” katanya.


Kebajikan para pemain harus dijaga supaya ianya tidak akan mempengaruhi corak persembahan mereka, katanya.


Menurut Peter, senarai pemain pun sudah ada berdasarkan cadangan mantan Ketua Jurulatih Sabah musim lalu, Jelius Ating.


“Sekiranya kita dapat persetujuan (daripada mesyuarat gabungan Safa) kita akan beraksi di Liga Premier musim hadapan,” katanya.


Selepas itu, Peter dilihat berjumpa dengan setiap pemain secara berasingan dan dipercayai untuk menerima bayaran tunggakan gaji masing-masing .-SabahNewsToday
Share:

HAMID SOKONG DATUK PETER ANTHONY PRESIDEN SAFA

HAMID SOKONG DATUK PETER ANTHONY PRESIDEN SAFA



Hamid (duduk tengah) bersama dengan Datuk James Wong (duduk kiri), Rosdy Wasli (duduk kanan) dan beberapa ahli Safa dalam sidang akhbar hari ini. Gambar SNT/Zakaria Damit
Baca Juga:
TUNGGAKAN GAJI LIMA BULAN PEMAIN SABAH BERJUMLAH RM6 JUTA DILANGSAIKAN SEBELUM KRISMAS 
Juara bertahan Keningau mahu jaga reputasi juara Liga Bola Sepak KDMM 
PEMAIN SABAH MEMBOIKOT MAHU SAFA LUNASKAN BAYARAN GAJI 
Igor Cerina kembali perkuatkan skuad Badak 
Peminat bola sepak yakin Harimau pijak Gajah di Bangkok 
Stadium Putatan bernilai RM 8.8 juta bakal dibina 
Rawilson pemain terbaik undian peminat musim 2018 
Jordan Ollerenshaw bersemangat beraksi bersama Harimau Malaya  
Siapa yang patut kekal pemain import Sabah? 
Siapakah G. Torairaju? 
G. Torairaju bakal mengendalikan skuad Badak musim 2019? 

KOTA KINABALU: Datuk Peter Anthony adalah calon terbaik untuk menerajui dan seterusnya menyelamatkan Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) daripada keadaan genting yang dihadapi sekarang.


Bercakap atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden 1 Safa, Haji Hamid Apdal mengumpamakan perlantikan Peter sebagai “bekalan oksigen yang sampai kepada pesakit di ICU.”


“Beliau telahpun membuat pengumuman di Keningau semalam dan oleh kerana itu saya percaya beliau telah mendapat restu daripada Ketua Menteri,” katanya dalam satu sidang akhbar di kediamannya hari ini.


Semalam, semasa merasmikan pertandingan Liga KDM Malaysia, Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur menyatakan bahawa beliau diberi mandat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menerajui Safa.


Peter juga memberi jaminan bahawa tunggakan gaji lima bulan para pemain berjumlah RM6 juta akan dilangsaikan sebelum Hari Krismas.


“Dari segi perlembagaan persatuan ada peruntukan membolehkan seseorang itu dilantik sebagai Presiden Kehormat dan kita menyokong penuh agar beliau dilantik menjadi Presiden Kehormat,” kata Hamid.


Memandangkan Safa kini tidak mempunyai presiden selepas penyandang, Alijus Sipil meletakkan jawatan maka Peter sebagai presiden kehormat boleh menjalankan tugas presiden untuk memanggil mesyuarat, serta memastikan pentadbiran Safa dalam keadaan teratur, katanya.


“Memastikan Safa dalam keadaan teratur termasuk dari segi pembayaran gaji yang tertunggak kepada para pemain sebelum 13 Disember ini amat penting sekali,” katanya.


Sekiranya, Safa terus gagal menyelesaikan terutamanya kemelut kewangan mereka, besar kemungkinan skuad Badak tidak akan dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia musim hadapan.


Mengenai status beliau setelah menghantar surat perletakan jawatan beberapa hari selepas menang pemilihan dalam kongres Safa pada Ogos lalu, Hamid berkata perletakan jawatannya itu telah ditolak oleh jawatankuasa Safa.


“Sehingga kini saya juga tiada menerima apa-apa surat penerimaan perletakan jawatan daripada Safa.


“Oleh itu apabila perkara mengenai perlantikan Datuk Peter Anthony timbul maka saya terpanggil untuk menyatakan sokongan penuh saya bagi beliau menerajui Safa,” katanya.


Hamid berkata semua tindakan yang diambil sekarang haruslah menjurus kepada pemulihan Safa agar pasukan bola sepak negeri dapat menghadapi musim baharu dengan penuh keyakinan.-SabahNewsToday
Share:

PETER ANTHONY DILANTIK PRESIDEN SAFA BAHARU

PETER ANTHONY DILANTIK PRESIDEN SAFA BAHARU



Peter ditemui media di Keningau sebentar tadi. Gambar SNT/Ehsan KPI
Baca Juga:
HAMID SOKONG DATUK PETER ANTHONY PRESIDEN SAFA 
TUNGGAKAN GAJI LIMA BULAN PEMAIN SABAH BERJUMLAH RM6 JUTA DILANGSAIKAN SEBELUM KRISMAS 
Juara bertahan Keningau mahu jaga reputasi juara Liga Bola Sepak KDMM 
PEMAIN SABAH MEMBOIKOT MAHU SAFA LUNASKAN BAYARAN GAJI 
Igor Cerina kembali perkuatkan skuad Badak 
Peminat bola sepak yakin Harimau pijak Gajah di Bangkok 
Stadium Putatan bernilai RM 8.8 juta bakal dibina 
Rawilson pemain terbaik undian peminat musim 2018 
Jordan Ollerenshaw bersemangat beraksi bersama Harimau Malaya  
Siapa yang patut kekal pemain import Sabah? 
Siapakah G. Torairaju? 
G. Torairaju bakal mengendalikan skuad Badak musim 2019? 

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony akan dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) yang baharu.


Jawatan tersebut kosong selepas Alijus Sipil meletak jawatan baru-baru ini.


Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sudah memberi mandat kepadanya untuk menjadi peneraju Safa, kata Peter ketika diminta mengulas lanjut mengenai perlantikannya.


Peter yang ditemui selepas perasmian Liga KDM Malaysia di Stadium Keningau pada Sabtu malam berkata sebelum ini beliau merasakan tugas yang diberikan itu sesuatu yang berat.


“Memang sebelum ini selepas Alijus meletak jawatan, ada beberapa calon dinamakan termasuk saya dan sebelum ini saya tidak nafikan ia satu tanggungjawab besar, namun saya menerimanya demi bola sepak negeri Sabah.


“Kita akan bertindak secepat mungkin termasuk melihat perlembagaan yang terkandung dalam SAFA serta Pesuruhjaya Sukan negeri dan sekiranya ia berjalan lancar, kita akan membentuk jawatankuasa yang baharu dengan segera,” katanya.-SabahNewsToday
Share:

TUNGGAKAN GAJI LIMA BULAN PEMAIN SABAH BERJUMLAH RM6 JUTA DILANGSAIKAN SEBELUM KRISMAS

TUNGGAKAN GAJI LIMA BULAN PEMAIN SABAH BERJUMLAH RM6 JUTA DILANGSAIKAN SEBELUM KRISMAS


Baca Juga:
Juara bertahan Keningau mahu jaga reputasi juara Liga Bola Sepak KDMM 
PEMAIN SABAH MEMBOIKOT MAHU SAFA LUNASKAN BAYARAN GAJI 
Igor Cerina kembali perkuatkan skuad Badak 
Peminat bola sepak yakin Harimau pijak Gajah di Bangkok 
Stadium Putatan bernilai RM 8.8 juta bakal dibina 
Rawilson pemain terbaik undian peminat musim 2018 
Jordan Ollerenshaw bersemangat beraksi bersama Harimau Malaya  
Siapa yang patut kekal pemain import Sabah? 
Siapakah G. Torairaju? 
G. Torairaju bakal mengendalikan skuad Badak musim 2019? 

KENINGAU, 8 Dis (Bernama) — Gaji pemain skuad badak yang tertunggak lima bulan akan dibayar sebelum perayaan Krismas ini, kata Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Datuk Peter Anthony hari ini.


Katanya Safa akan melangsaikan kesemua tunggakan pelbagai kepada pemain yang dianggarkan berjumlah RM6 juta.


“Ia termasuk gaji pemain, cukai pendapatan, caruman ke Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).



Datuk Peter Anthony. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai


“Kita akan selesaikan perkara ini (hutang) demi untuk martabat negeri ini (Sabah),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Liga Bolasepak Kadazandusun dan Murut (KDM) Malaysia di sini.


Liga itu dianjurkan bersama Pertubuhan KDM Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah, yang disertai 32 pasukan dari seluruh negeri.


Peter, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, berkata beliau akan mengadakan satu mesyuarat dalam masa terdekat untuk tujuan mencari mekanisme penambahbaikan pengurusan persatuan itu.


Beliau juga berkata akan mencari kaedah terbaik untuk menganjak status pasukan Sabah dari Liga Premier ke Liga Super dalam Liga Bola Sepak Malaysia.


Selain itu, beliau juga akan memberi keutamaan kepada pemain tempatan untuk beraksi dalam permainan di peringkat negeri mahupun kebangsaan, serta akan memastikan wujud lebih ramai pemain pelapis di negeri ini.


— BERNAMA
Share:

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog