Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 13 Mac 2018

Kedudukan Terkini Liga Perdana Malaysia selepas Perlawanan ke 5


Kedudukan Terkini Liga Perdana Malaysia selepas Perlawanan ke 5


Semalam berlangsungnya satu perlawanan Liga Perdana di antara MISC-MIFA Sabah. Kedudukàn liga terkini selepas perlawanan ke 5 menyaksikan Sabah masih berada di tempat kedua dibelakang Felda United FC dengan 9 mata. Sabah mengatasi UITM FC ditempat kedua kerana perbezaan bolos. Manakala ditempat ketiga adalah pasukan UITM FC.


Perlawanan ini berlangsung dalam keadaan padang yang basah kerana hujan turun dengan lebat sebelum bermulanya perlawanan. 

Sepak mula terpaksa bermula lewat hampir 30 minit. Pegawai perlawanan akhirnya membenarkan perlawanan diteruskan walaupun keadaan padang yang ditakungi air.

Walapun beraksi dalam keadaan padang yang basah, namun tidak menghalang kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang baik .

Perlawanan berkesudahan MISC-MIFA 1-1 Sabah. Gol Sabah dijaringkan oleh pemain import Hector Ramos hasil hantaran baik Gil Hoon. Tahniah Sabah mendapat satu mata berharga dari perlawanan yang sukar. Next game harap Sabah terus bersemangat.



Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog