Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 2 April 2018

Pemain Terbaik Sabah Sepanjang Zaman

Pemain Terbaik Sabah Sepanjang Zaman. Hari ini Admin mahu kongsikan tentang kehebatan pemain pemain bola sepak sabah yang umum diketahui oleh rakyat Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum sejarah bola sepak Malaysia membuktikan pemain dari Malaysia Timur ataupun Borneo tidak kurang hebatnya dalam pentas domestik mahupun peringkat antarabangsa.

Mari kita berkenalan dengan Pemain Terbaik Sabah Sepanjang Zaman



10. MOHD REITHAUDDIN EMRAN





Mohd. Rethauddin Awang Emran (lahir 05 ogos di Lahad Datu) bintang bola sepak Sabah yang bermain dalam posisi pertahanan. Beliau membuat debut profesional pertama pada tahun 2000 dibawah kendalian Ken Shellito.

Debut yang paling diingati apabila final Piala Malaysia 2002 menentang Selangor ketika itu Sabah tanpa Julius Ating memerlukan pemain yang
ampuh di bahagian pertahanan .Muncul seorang bintang muda ketika itu yang berjaya mengekang Azman Adnan dan Amri Yahya dengan begitu tenang sekali mengawal bahagian center back. Namun sabah muncul sebagai naib juara. Beliau ketika ini sudahpun bersara.



09. RONNY HARUN






Ronny memulakan kerjaya bola sepaknya bersama sabah. Ronny merupakan antara tonggak yang membantu Sabah menjadi naib juara Piala Malaysia 2002 dan 2003. Ketika zaman remaja beliau kerap kali mewakili skuad bawah 23 negara untuk saingan sukan sea dan Sukan Asia.

Pada musim 2007/08, Ronny berhijrah ke kedah di Utara Semenanjung Malaysia. Meskipun bersama pasukan yang dianggap gergasi di Malaysia, kelibat Ronny di atas padang agak kurang berbanding ketika dia bersama sabah. Ini mungkin disebabkan persaingan yang kuat daripada pemain pertahanan lain. Semasa di Kedah, dia telah membantu pasukan itu mengecap kejayaan tiga piala semusim pada tahun 2008: Piala Malaysia, piala fa dan Liga Super.

Ronny telah bermain untuk Terengganu Fa sejak tahun 2010.
Musim tahun 2017 ini Ronny bermain untuk pasukan Sarawak Fa dan menjadi ketua pasukan sarawak dan masih releven bersama skuad harimau malaya. Sekarang ini Ronny pada awal musim 2018 dikaitkan akan kembali ke pasukan lamanya Sabah Fa tetapi malangnya telah diikat oleh Kelab PJ Ranges.

08. SUHARMIN YUSOF





Suharmin Yusof merupakan bintang bola sepak Sabah yang berasal dari Tawau. Dikala Sabah berduka diatas penggantungan Matlan Marjan oleh FAM ketika itu, muncul seorang pemain yang meneruskan legasi penyerang untuk pasukan Sabah. Suharmin Yusof merupakan penyerang kebangsaan di era zaman Ronaldo dan Zidane. Debut paling diingati ketika separuh Piala Dunhill 1997 pertemuan antara Malaysia menentang Bosnia Herzegovina dimana Suharmin muncul dimasa kedua dan banyak mencipta peluang dan menghidupkan serangan pasukan Malaysia yang begitu tumpul pada separuh masa pertama. Beliau turut membantu Sabah menjuarai Liga Perdana 1996 dan naib juara Piala Malaysia dan Fa pada tahun 1997 dan 1998. Beliau juga mempunyai caps yang banyak untuk pasukan Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia yang diadakan di Perancis 1998.

07. JULIUS ATING





Ketika pasukan Sabah terumbang ambing dalam saingan MSL 2017, nama Julius Ating kembali meniti dibibir peminat bola sepak tempatan apabila tiba-tiba dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Sabah mengganti jurulatih dari luar negara ketika itu. The Iron Man adalah sinonim jolokan kepada Julius kerana terkenal dengan kekentalan dan kekebalan mengemudi bahagian pertahanan pasukan Sabah.

Mempunyai tahap disiplin yang tinggi didalam dan diluar padang julius wajar dijadikan contoh oleh pemain muda sabah. Beliau turut membantu sabah menjuarai Liga Perdana 1996 dan naib juara Piala Malaysia dan Fa pada tahun 1997 dan 1998 disamping kerap dipanggil untuk menjalani sisi latihan Skuad Kebangsaan dibawa kendalian Hj Abdul Rahman Ibrahim.

06. ZAINIZAM MARJAN





Zainizam Marjan (lahir pada 11 Mei, 1980) merupakan pemain bola sepak yang boleh beraksi sebagai pemain tengah atau penyerang bersama pasukan sabah di liga perdana ketika itu. Beliau juga merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia. Umum mengetahui beliau adalah adik kepada bekas penyerang Malaysia dan Sabah pada era 90-an matlan marjan.Zainizam mula mewakili Sabah pada tahun 2000. Mutu permainannya mula meningkat naik pada musim 2002 apabila dia berjaya menjaringkan 11 gol dalam 24 perlawanan untuk Sabah muncul sebagai pemenang tempat ketiga Liga Perdana I. Dia juga membantu Sabah muncul naib juara piala malaysia dengan menjaringkan 6 gol untuk ke perlawanan akhir.Debut paling diingati ketika separuh akhir sukan sea vietnam tahun 2003 dimana malaysia berhadapan dengan pasukan tuan rumah yang penyokongnya begitu fanatik sekali,zainizam berjaya menjaringkan gol untuk pasukan negara,namun malaysia gagal ke final dan sekadar memenagi pingat gangsa.

05.PETER RAJAH






Mendiang peter rajah tetap dikenang sebagai penjaga gol terbaik sabah di era 80an.beliau bersama-sama james wong dan hassan sani terpahat dalam sejarah peristiwa kelayakan olimpik moscow 1980.Terkenal dengan kecekapan menepis bola menyukarkan pihak lawan untuk menembusi gawang Pasukan sabah.Beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 14 november 2014 disandakan pada usia 63 tahun.Jasa mendiang akan tetap dikenang penyokong bola sepak sabah.


04.ROZAIMI ABDUL RAHMAN


Mendapat jolokan neymar malaysia rozaimi abdul rahman tidak asing dikalangan peminat bolasepak tempatan.Rozaimi AbdulRahman dilahirkan pada 11 Jun 1992 di bongawan, sabah, dan merupakan bintang muda Bola sepak kebangsaan yang bermain untuk JDT 2 di dalam MSL 2017.Rozaimi membawa keceriaan kepada negeri sabah apabila buat pertama kalinya sabah memenangi pingat emas sukma menewaskan perak 3-0 pada tahun 2012.Sebelum itu pada bulan Julai 2011, Rozaimi menerima panggilan pertama untuk mewakili negara dari Datuk Ong kim swee bagi perlawanan persahabatan menentang chelsea. Beliau menerima panggilan keduanya bagi perlawanan kelayakan Olimpik menentang syria. Pada 28 April 2012, beliau membuat penampilan sulung penuh untuk perlawanan antarabangsa dalam perlawanan persahabatan menentang sri lanka. Rozaimi telah diserap ke dalam skuad Harimau muda untuk kelayakan piala asia b-22 2013.Rozaimi mencipta sensasi apabila beliau menjaringkan banyak gol dalam pusingan kelayakan diantaranya empat gol dalam kemenangan 7-0 ke atas Filipina pada 25 Jun 2012.Beliau juga menjaringkan dua gol ketika menewaskan chinese taipe. Pada 30 Jun 2012 pertemuan antara Malaysia dan Vietnam, rozaimi menampilkan aksi yang cukup menakjubkan apabila mencipta hatrick menewaskan vietnam. Malaysia memenangi perlawanan itu dengan jaringan 3-0.Rozaimi juga membawa malaysia menjuarai pesta bola merdeka edisi 2013 dan merangkul anugerah penjaring terbanyak kejohanan.rozaimi pernah disenaraikan sebagai 10 pemain terbaik asia oleh ESPN.

03.DATUK JAMES WONG



James Wong (lahir pada tahun 1952) merupakan lagenda bola sepak Malaysia dan sabah dalam kancah Liga Malaysia pada era 70an sehingga pertengahan 80an. Dia dikenali sebagai Ah Fook oleh rakan-rakannya dan King James oleh peminat. Allahyarham moktar dahari pula memberi gelaran 'balak' kepadanya. Debut paling diingati apabila james berjaya menjaringkan gol kemenangan Malaysia hasil lorongan dan larian kencang hassan sani dari sebekah kanan untuk mengatasi Korea Selatan, seterusnya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.James wong juga pernah membantu malaysia memenangi pingat emas sukan sea pada tahun 1977 dan 1979 serta pingat gangsa sukan asia pada tahun 1974.


02. DATUK HASSAN SANI


Hassan "Lipas Kudung" Sani (lahir pada 12 mac 1958) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah bermain bersama sabah fa dan kuala lumpur fa dalam kancah Liga Malaysia sekitar penghujung tahun 1970-an sehinggalah penhujung 1980-an.Kemuncak karier Datuk Hassan sani bersama pasukan kebangsaan Malaysia ialah ketika kelayakan sukan olimpik 1980 apabila membantu skuad kebangsaan layak beraksi di Sukan Olimpik. Detik manis ini tercipta apabila bola hantaran khalid ali tiba kepada Hassan. Hassan yang digelarlipas kudung membuat larian pantas dan terus membuat hantaran kepada james wong untuk menghasilkan gol kemenangan Malaysia ke Korea Selatan dengan jaringan 2-1. Gol itu menjadi gol terbaik Malaysia sehingga kini dan menjadi ikon iklan "Semangat Bola" oleh Maxis sempena menaikkan semangat bola di kalangan penduduk Malaysia untuk kejohanan Piala Dunia.

Hassan kemudiannya mengundurkan diri dari pentas antarabangsa pada tahun 1986.Pada tahun 1979, Hassan membantu Sabah untuk menjadi naib juara Liga Malaysia 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Malaysia ketika itu dengan 49 gol.
Hassan kemudian beralih kepada bola sepak pantai pada 1996 dan mewakili Malaysia pada Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Pantai 1999.
01.MATLAN MARJAN




Kejayaan merembat 2 gol ketika menentang pasukan england 1991 akan kekal terpahat dalam sejarah jenerasi emas bola sepak sabah, apabila anak jati kg timbang dayang kota belud direkodkan sebagai anak malaysia pertama memecah pintu gawang england.Matlan marjan akan disebut sebagai lagenda bolasepak sabah sepanjang zaman kerana menjaringkan hatrik 3 gol menewaskan pasukan pahang ketika final piala fa dan membawa sabah pertama kali menjuarai piala fa pada tahun 1995.Ketika menyarung jersi kebangsaan dalam perlawanan menentang Flamengo XI, Matlan mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama dari Sabah dipilih untuk mengetuai pasukan negara.Stadium likas akan sentiasa penuh dengan kehadiran penyokong semata mata ingin melihat kelincahan maradona malaysia ini bersama rakan rakan yang lain.Kini, Matlan masih lagi berkecimpung dalam dunia bola sepak. Kejayaan demi kejayaan yang tercipta membuatkan Matlan Marjan masih lagi disegani sehingga ke hari ini.



Sehingga kini pasukan sabah seakan akan hilang arah dan kerap kali menghampiri ke slot liga fam yang dianggap liga kasta paling rendah untuk sebuah pasukan fa negeri.Diharap 10 bintang bolasepak dipaparkan dapat dijadikan insipirasi kepada jenerasi anak muda yang akan menyarung jersi sang badak dan harimau malaya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog