Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 18 Mei 2018

Kembang potensi pemain melalui e-stadium

Kembang potensi pemain melalui e-stadium




SYED SADDIQ: Kita perlu pandang ke hadapan. Kita sudah masuk ke fasa yang baru dan ia melibatkan e-sukan. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Pemain e-sukan atau ‘gamers’ di Malaysia wajar diberi perhatian melalui penyediaan fasiliti sewajarnya demi memajukan sukan itu sendiri, kata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata kerajaan komited untuk membantu anak-anak muda yang berpotensi tinggi dalam industri ini menerusi pembangunan “stadium” e-sukan atau e-stadium.

“E-stadium yang dimaksudkan bukan mengenai pembangunan infrastruktur tetapi lebih kepada fasiliti.

“Kita tidak boleh lupakan golongan (pemain e-sukan) ini kerana golongan ini agak besar, khususnya golongan anak muda 25 tahun ke bawah. Kita perlu membantu mereka.

“Contohnya dengan menyediakan latihan dan infrastruktur jika mereka mahu mewakili negara ke peringkat antarabangsa dan memastikan mereka mempunyai elaun yang cukup, supaya mereka dapat sara hidup dan membanggakan malaysia di peringkat dunia,” jelasnya dalam rancangan temu bual terbitan Astro AWANI "100 Hari Malaysia Baharu."



Jelas Syed Saddiq, pembinaan e-stadium juga termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Menurut Syed Saddiq, e-sukan merupakan sebahagian daripada evolusi sukan, dan sewajarnyalah stigma buruk mengenai pemain permainan video wajar diubah.

“Mungkin ada pihak akan kata kenapa mahu bantu mereka (pemain e-sukan) yang malas duduk atas kerusi tidak membuat apa-apa. Tetapi, sukan berevolusi.

“Kalau kita lihat pada kurun ke-18 atau ke-19, sukan yang ada sekarang mana ada wujud pada masa dahulu.

“Kita perlu pandang ke hadapan. Kita sudah masuk ke fasa yang baru dan ia melibatkan e-sukan,” tambah Syed Saddiq.

VIDEO: 'Gamers' mahu rangka tindakan pembangunan e-sukan diwujudkan

Sumber: astroawani.com
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog