Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 8 Julai 2019

Kepimpinan Peter di sebalik kejayaan Sang Badak

Kepimpinan DPA di sebalik kejayaan Sang Badak

DATUK Peter antara ribuan penyokong memberi sokongan kepada Tambadau Sabah menentang JDT II di Stadium Pasir Gudang Johor, Jumaat lalu. Tambadau menang perlawanan itu 1-0 sekaligus mengesahkan tempat ke Ligaa Super musim depan.

"Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk peter Anthony adalah di sebalik kejayaan pasukan Tambadau Sabah layak ke Liga Super," kata ketua jurulatih Jelius Ating.

Jelius berkata, sejak memangku tugas presiden SAFA penghujung tahun lalu, Peter telah berkerja-keras memastikan keperluan pasukan dan kebajikan pemain sentiasa terjaga.

"Ia membolehkan setiap anggota pasukan dapat fokus sepenuhnya kepada tugas masing-masing terutama dalam persiapan dan cabaran menghadapi perlawanan...tidak ada gangguan seperti memikirkan soal kebajikan," kata Jelius ketika dihubungi di Johor pada Ahad.

Jelius berkata, kerja keras Peter yang Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah termasuklah turun padang melihat pasukan berlatih setiap ada kesempatan dan turut datang dalam setiap perlawanan bagi memberi sokongan moral kepada pasukan.

"Kepimpinan Datuk (Peter) adalah motivasi dan dorongan untuk kami di bahagian teknikal iaitu pegawai, jurulatih dan pemain sentiasa berkerja keras terutama untuk cuba merealisasikan sasaran utama yang ditetapkan Datuk (Peter) iaitu membawa Sabah kembali ke Liga Super.


"Sasaran utama itu telah tercapai selepas kemenangan ke atas JDT II di Pasir Gudang Johor, Jumaat lalu. Tahniah kepada pemain tetapi semua pencinta bola sepak Sabah sewajarnya berterima kasih kepada Datuk (Peter) kerana kepimpinan beliaulah sebenarnya di sebalik kejayaan pertama itu," kata Jelius.

Jelius berkata, secara peribadi beliau juga berterima kasih kepada Peter kerana telah memberikan kepercayaan kepadanya melatih pasukan sehingga kini.

"Sasaran utama iaitu naik ke Liga Super sudah tercapai tetapi perjuangan belum selesai kerana masih ada tiga baki perlawanan dan kita sedang memburu gelaran juara Liga Premier pula," katanya.

Tambadau Sabah yang kini berada di puncak liga dengan 37 mata iaitu empat mata di atas JDT II yang juga pesaing tunggalnya untuk gelaran juara.

Apapun, Tambadau Sabah hanya perlukan tiga mata dari baki tiga perlawanannya untuk bergelar juara dengan 40 mata kerana JDT II yang hanya berbaki dua perlawanan hanya mampu mengumpul maksima 39 mata.

Selain menerusi tambahan tiga mata, gelaran juara juga akan Tambadau Sabah rangkul walaupun tiada sebarang tambahan mata jika JDT II tewas salah satu dari baki perlawanannya.

Tambadau Sabah akan meneruskan cabaran menentang UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam esok (Selasa).

"Walaupun tanpa tiga pemain dari kesebelasan utama sebelum ini termasuk dua import iaitu Park (Tae Su) dan (Ahmet) Atayev serta Randy (Baruh) yang menjalani penggantungan permainan, kami akan cuba yang terbaik dan rangkul gelaran juara itu dengan menewaskan UiTM," kata Jelius.


Park dan rakannya di pertahanan kanan, Randy digantung dua permainan kerana telah mengumpul kad kuning keenam semasa menentang JDT II manakala Atayev digantung satu permainan untuk tiga layangan kad kuning.

Sehubungan dengan itu, Jelius telah memanggil Mohd Azizan Nordin yang sebelum ini direhatkan kerana kecederaan, Ummareng Bacok dan Mazlan Yahya menyertai senarai 18 pemain menentang UiTM.

DATUK Peter (kiri) mengucapkan tahniah kepada Jelius selepas perlawanan menentang JDT II di Stadium Pasir Gudang.

Bagaimanapun, hanya Azizan dijangka akan bermula sebagai kesebelasan utama mengambil tempat Atayev di tengah manakala Mafry akan mengambil tugas Park di bahagian pertahanan utama dan Dendy isi tempat Randy di pertahanan kanan.

"Ketiadaan tiga pemain termasuk dua import itu tentunya dirasai tetapi saya fikir ia tidak sampai menjejaskan pasukan kerana tiga pemain yang akan mengambil tempat mereka juga selalu bermula sebagai kesebelasan sebelum ini.

"Selain tiga pemain itu, pemain lain `ok'. Kami akan berlatih di sini (Johor) hari ini (Ahad) dan akan meneruskan persiapan di Selangor esok (hari ini)," kata Jelius.

Sebagai rekod pertemuan antara Tambadau Sabah dan UiTM FC pada pusingan pertama di Stadium Likas berkesudahan seri 1-1.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog