Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 21 Mac 2018

Matlan Marjan dan sejarah kegemilangan Sabah



Matlan Marjan dan sejarah kegemilangan Sabah (lahir pada 18 Oktober, 1968) merupakan bekas penyerang dan ketua pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dari Sabah. Dia mula mendapat perhatian apabila menjaringkan dua gol ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia dan England pada 1991.


Anak jati Kg. Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah, Matlan merupakan salah seorang pemain bola sepak yang disegani dalam tahun 90-an. Beliau bukan sahaja disegani di negeri Sabah, malah beliau merupakan salah seorang pemain Malaysia yang cukup berpengalaman dan memiliki kemahiran yang cukup tinggi.

Baca juga: Perlawanan Antarabangsa Pasukan Harimau Malaya


Ketika menyarung jersi kebangsaan dalam perlawanan menentang Flamengo XI, Matlan mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama dari Sabah dipilih untuk mengetuai pasukan negara. Dalam satu perlawanan persahabatan menentang England di Stadium Merdeka pada 12 Jun 1991, pasukan Malaysia tewas 4-2 kepada pasukan gergasi dunia itu. Namun, pasukan negara tidak pulang dengan tangan kosong tatkala Matlan menjaringkan dua gol untuk pasukan negara. Dia juga menyamai rekod 35 tahun Toni Fritsch apabila berjaya menembusi gawang England sebanyak dua kali selaku pemain yang membuat penampilan sulung diperingkat antarabangsa.




Bukan sedikit jasa Matlan kepada negara. Malahan, beliau ketika itu kelincahan dan pencapaiannya dibandingkan dengan legenda Sabah yang lain seperti wira Olimpik negara, Hassan Sani dan ‘King’ James Wong.

Beliau berjaya membolosi penjaga gawang England, Chris Woods sebanyak dua kali pada tahun 1991. Antara pemain yang beraksi bersama Matlan ketika era Semi-Pro adalah: Khairul Azman Mohamed, Scott Ollerenshaw, Ong Kim Swee, Yap Wai Loon, Milomir Seslija, Gerard Mojiliu, Veselin Kovacevic, Jainin Tinin, G. Raveychandran, dan Junaidy Tuah.


Walaubagaimanapun, imej dan reputasi beliau dihancurkan oleh kesilapan beliau sendiri, apabila beliau bersama 4 orang rakan sepasukannya (pasukan Sabah) ditahan polis pada Jun 1995 atas tuduhan rasuah.[4] Pada waktu tersebut beliau baru berusia 26 tahun. Seterusnya beliau telah digantung seumur hidup dari mewakili pasukan negeri apatah lagi negara dan dibuang daerah ke Semporna, Sabah.[5] Sesungguhnya ini merupakan satu sejarah hitam dalam sejarah bola sepak negara dan patut dijadikan iktibar oleh semua pemain dan peminat bolasepak sejati.


Kini, lagenda bola sepak Sabah Matlan masih lagi berkecimpung dalam dunia bola sepak. Kejayaan demi kejayaan yang tercipta membuatkan Matlan Marjan masih lagi disegani sehingga ke hari ini. Nama beliau masih lagi menjadi bualan ramai. Biarpun beliau terlibat dengan skandal rasuah bola sepak suatu ketika dahulu, namun kegigihan dan keikhlasan beliau untuk terus menyumbangkan pengalaman serta tenaga dalam dunia bola sepak masih lagi terserlah, terutama di kalangan belia. Beliau harus menjadi contoh terpenting dalam bola sepak negara seperti juga Allahyarham Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun, Santokh Singh, dan Zainal Abidin Hassan.







Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog