Bekas pemain Sabah, Rozaimi Abdul Rahman telah pulih dari kecederaan selepas mengalami kemalangan jalan raya pada 2 tahun yang lalu. Sekarang ini Rozaimi sedang beraksi bersama pasukan Johor DT ll dalam saingan Liga Perdana Malaysia 2018. Dalam beberapa perlawanan Liga Perdana bersama Johor DT ll menunjukkan persembahan Rozaimi yang memberangsangkan dan turut menjaringkan gol.
Rozaimi yang boleh beraksi di pelbagai posisi serangan dalam keadaan form yang baik bersama pasukan dan sedikit masa lagi akan mencapai tahap kecergasan 100%. Walaupun Rozaimi beraksi dengan pasukan idaman semua pemain, tetapi sebagai peminat bola sepak Sabah mengharapkan satu hari nanti Rozaimi dapat berbakti dengan Pasukan Rhinos. Bekas pemain Sabah ini mengalami kemalangan jalan raya yang telah menyebabkan maut kepada rakan Rozaimi. Apa pun diucapkan selamat maju jaya buat Rozaimi Abdul rahman.
0 comments:
Catat Ulasan