Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 5 Jun 2018

Ke Mana Menghilangnya Justin Samaan???

Ke Mana Menghilangnya Justin Samaan???


Pemain muda berbakat, Justin Samaan dianggap sebagai antara bakat terbaik yang telah diasuh oleh pasukan Sabah FA. Pemain berasal dari Nabawan ini mempunyai potensi besar untuk menyerlah dalam arena bola sepak Malaysia.

Baca: Saksikan Gol Cantik Justin Samaan

Selepas mengahasilkan gol cantik bertemu UKM FC, kalibat pemain ini dalam kesebelasan utama semakin dipinggirkan. Tidak dipastikan sama ada pemain ini mengalami kecedraan ataupun ada masalah off pitch. Ianya tidak jelas dari kaca mata peminat bola Rhinos yang jelas mahukan pemain ini diberikan cukup waktu beraksi.

Baca: Jelius Ating Teruk Dikritik @fanrhinos

Coach Jelius Ating lebih cenderung menurunkan Leopold Alfonso Otong sebagai SS bersama Pito di bahagian serangan sebagai super Sub. Agak menghairankan mengapa Alfonso ini sering diberikan peluang beraksi walaupun mempamerkan permainan ala kadar dan langsung tidak menyumbang apa2 kepada pasukan.

Ramai peminat lebih suka menyaksikan Justin Samaan di turunkan bergandingan Pito di bahagian serangan. Justin dilihat mempunyai skill, dan naluri menjaringkan gol yang baik dan mampu diasah menjadi pemain hebat. Tambahan pula Pemain ini masih muda dan perlukan aktu beraksi untuk meningkatkan tahap permainan. 

Kebelakangan ini, Jelius Ating menurunkan Rahmansah bergandingan Pito dibahagian serangan. Bagi pandangan admin, Justin Samaan lebih baik berbanding Rahmansah.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog