Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 25 Julai 2018

Barkley dijangka kembali menyengat di bawah sentuhan Sarri

Barkley dijangka kembali menyengat di bawah sentuhan Sarri



Tonggak tengah Chelsea, Ross Barkley, menjangkakan musim pertama yang menarik di bawah bimbingan Maurizio Sarri di Stamford Bridge.

Barkley menyerlah ketika Chelsea meraih kemenangan dalam sentuhan sulung Sarri apabila merakamkan kejayaan 1-0 ke atas Perth Glory, termasuk satu percubaan menggegar palang dan mencipta beberapa peluang.

Pemain antarabangsa England itu bergelut untuk bermain secara kerap serta masalah kecergasan sejak menyertai Blues dari Everton pada Januari lalu dengan nilai £15 juta (RM80j) yang menyaksikannya hanya tampil sebanyak empat kali.

Bagaimanapun, dia gembira bekerja di bawah Sarri yang dilantik bagi menggantikan Antonio Conte bulan ini.

"Melalui sesi latihan musim ini, saya dapat lihat ia akan menjadi sangat menarik," Barkley memberitahu laman sesawang Chelsea.

"Ia sangat menarik -- corak permainan yang diterapkannya adalah gemar menyerang dan juga sangat teratur.

"Dalam setiap perlawanan, saya berasa semakin baik dan bersedia untuk mengharungi musim ini."
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog