Datuk Peter hadir di sesi latihan Badak
Pemain Sabah diberi suntikan semangat semalam di Stadium Likas dengan kehadiran presiden SAFA yang baru Datuk Peter Anthony ke sesi latihan pasukan. Bersama Peter adalah pengurus SAFA yang baru, Henry Siompon dan Andrew Laban selaki penolong Setiusaha Agong SAFA yang baru.Kepimpinan baru SAFA ini ada tugas besar di mana mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Sabah. Iaitu melayakkan Sabah layak beraksi di Liga Super 2020.
Dikhabarkan juga terdapat beberapa staf kejurulatihan sedia ada telah menerima surat penamatan perkhidmatan.
Sebagai makluman pada masa ini pasukan Sabah dalam proses pencarian pemain import baru untuk menggantikan import Sabah yang ditamatkan kontrak. Sabah memerlukan pemain import di semua posisi pertahanan, tengah dan penyerang. Ada beberapa pemain import yang sedang menjalani proses pemilihan. Tetapi setakat ini dua pemain import dari Korea gagal memikat hati Jelius Ating.
Hanya tinggal 4 pemain import yang masih kekal berlatih bersama pasukan Sabah iaitu Patrick Kanyuka, (pertahanan), dari England, Lee Hyo Kyun (penyerang), Ko Kyungjoon (pertahanan) and Heo.
0 comments:
Catat Ulasan