Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 22 Disember 2018

JELIUS KEKAL KETUA JURULATIH, HENRY SOIMPON PENGURUS PASUKAN BAHARU SABAH – PEMANGKU PRESIDEN PETER ANTHONY

JELIUS KEKAL KETUA JURULATIH, HENRY SOIMPON PENGURUS PASUKAN BAHARU SABAH – PEMANGKU PRESIDEN PETER ANTHONY

Pemangku Presiden Safa Datuk Peter Anthony (duduk empat dari kanan) pada perjumpaan bersama ahli gabungan dan pegawai Safa di ibupejabat Safa di Maksak, Kota Kinabalu. Gambar SNT/ Datu Ruslan Sulai
KOTA KINABALU: Jelius Ating kekal sebagai ketua jurulatih Sabah manakala bekas pemain skuad badak, Henry Soimpon dilantik sebagai pengurus pasukan baharu Sabah bagi menghadapi cabaran musim hadapan.
Pemangku Presiden Safa Datuk Peter Anthony turut mengumumkan perlantikan dua lagi bekas pemain Sabah iaitu Yap Wai Loon sebagai Setiausaha Agung Safa dan Andrew Majangkim sebagai Bendahari Agung.
Pengurus Pasukan Sabah baharu Henry Soimpon. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai
Menurutnya, pengisian jawatan tersebut penting sebagai mematuhi kehendak peraturan FAM bagi membolehkan Sabah didaftarkan untuk bermain dalam Liga Premier tahun hadapan.
Beliau membuat pengumuman tersebut semasa perjumpaan dengan wakil ahli gabungan Safa di bilik mesyuarat Dewan Maksak di sini petang tadi.
Peter bersalaman dengan ahli gabungan Safa di ibupejabat Safa di Maksak, Kota Kinabalu. Gambar SNT/ Datu Ruslan Sulai
Sebelum itu wakil ahli gabungan Safa telah bermesyuarat dimana mereka bersetuju agar Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dilantik sebagai pemangku presiden.
Senarai barisan 16 pemain yang telah dicadangkan oleh Jelius untuk dipertimbangkan mewakili Sabah musim hadapan sebelum ini turut diperakui.
Mereka adalah Rawilson Batuil, Randy Baruh @ Samson, Jenius Karib, Dendy Lowa, Mohd Azizan Nordin, Maxsius Musa, Ummareng Bachok, Justin Samaan, Ricco Nigel Milus, Sabri Sahar, Mohd Azwan Abdul Fattah, Rahman Shah Marajeh, Mazlan Yahya, Rozaimie Rohim, Robson Rendy Rinning dan Mohd Sakri Masri.
Peter berkata senarai pemain Sabah akan bertambah mungkin sehingga 30 pemain dalam masa terdekat ini.
Antara pemain Sabah yang menerima tunggakan gaji di ibupejabat Safa di Maksak, Kota Kinabalu. Gambar SNT/ Datu Ruslan Sulai
Sementara itu, keceriaan terpampang di wajah para pemain skuad badak apabila mendapat pembayaran tunggakan gaji mereka secara tunai pada petang tadi juga.-SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog