Sejarah Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Merupakan Sebuah Kelab Bola Sepak Profesional yang mewakili negeri Sabah dalam kejohanan bola sepak di Malaysia.sebelum itu, pasukan ini dikenali dengan "The North Borneo Football club (NBFC)" sebelum di tukar kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) pada tahun 1977. Stadium utama pasukan ini ialah Stadium Likas yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Beberapa pemain kebangsaan Malaysia telah dilahirkan dari pasukan ini seperti Matlan Marjan dan penyerang kembar Malaysia era 80-an Hassan Sani dan James Wong serta penjaga Gol Peter Rajah.
Sejarah
Sabah merupakan salah satu pasukan yang begitu dikenali di Malaysia. Zaman kegemilangan Sabah bermula pada penghujung tahun 1970-an. Pada masa inilah beberapa pemain berkualiti telah dilahirkan. Pemain seperti Hassan Sani dan James Wong merupakan antara tonggak utama yang telah membantu Sabah menjadi naib juara liga dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol.[1] Tidak cukup dengan itu, status Sabah semakin melonjak apabila gergasi Inggeris Manchester United berkunjung ke bumi Sabah pada tahun 80-an untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut menyaksikan Manchester United menewaskan pilihan Sabah dengan jaringan 0-2.
Apabila liga separuh profesional diperkenalkan pada awal 1989, Sabah menjadi antara pasukan yang sering mencabar pasukan elit seperti Selangor dalam kancah bola sepak Malaysia. Pemain seperti Matlan Marjan yang menjadi ketua pasukan kebangsaan pada ketika itu, membantu Sabah memenangi pertandingan profesional pertama mereka iaitu Piala FA Malaysia pada tahun 1995 setelah menewaskan Pahang 3-1. Meskipun skandal rasuah bola sepak berlaku pada 1994 dan 1995 yang melibatkan beberapa tonggak utama Sabah seperti penyerang berbisa kebangsaan Matlan Marjan, namun bola sepak Sabah masih kekal pada prestasinya. Sabah berjaya memenangi Piala FA Malaysia pada 1995 dan Liga Perdana (kini Liga Super Malaysia) pada 1996. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia 1996.
Pada era 2000, prestasi Sabah mula merosot. Mereka hanya sekadar menduduki tangga ke 11 liga dan kemudiannya tersingkir ke Liga Perdana 2. Sabah cuba bangkit pada musim berikutnnya dan berjaya menjadi naib juara liga. Sabah kembali ke pentas utama bola sepak Malaysia dan mereka berjaya menduduki tempat ketiga liga. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia 2002 buat kali kedua.
Musim berikutnya, Sabah berjaya menduduki tempat keempat liga dan mereka sekali lagi kecewa apabila tewas buat kali ketiga di perlawanan akhir Piala Malaysia.
Apabila Liga Super Malaysia 2004 diperkenalkan, prestasi Sabah mula dilihat menurun. Sabah terpaksa berhempas-pulas untuk menyelamatkan diri dari penyingkiran ke Liga Perdana pada musim pertama Liga Super. Pada musim berikutnnya Sabah terpaksa akur apabila tersingkir ke Liga Perdana meskipun mempunyai penyerang berbisa Julio Rodriguez yang menjaringkan 18 gol.
Selepas tersingkir ke Liga Perdana, Sabah gagal untuk kembali ke Liga Super meskipun memasuki pusingan kalah mati untuk ke Liga Super. Meskipun bermula baik pada awal musim 2007/08, Sabah hanya sekadar menduduki tangga keempat.
Ketibaan jurulatih baru Gary Phillips memulakan kebangkitan prestasi Sabah FA. Dalam masa 7 bulan sahaja khidmat beliau yang bermula pada Disember 2009, Sabah berjaya menduduki tangga ke 2 Liga Perdana sekaligus mengakhiri 6 tahun penantian Sabah FA untuk beraksi di Liga Super.
Namun segalanya nampak sukar bagi sabah untuk beraksi dalam liga super. mereka bergelut untuk bersaing dengan pasukan-pasukan elit di liga super apabila sentiasa berada di zon penyingkiran. Gary Phillips direhatkan dan digantikan dengan Jurulatih berpengalaman yang juga merangkap Jurulatih Piala Presiden sabah ketika itu iaitu Justin ganai. Akhirnya Justin berjaya membimbing sabah untuk kekal pada saingan liga super 2012 dan berjaya membawa sabah ke peringkat suku akhir piala Malaysia sebelum tewas kepada pasukan T-Team 4-2 secara Aggregat.
Stadium
Stadium Likas merupakan stadium utama Sabah untuk perlawanan Liga, Piala FA, dan Piala Malaysia. Stadium ini terletak di daerah Likas dan mengambil masa hanya 10 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu. Stadium ini juga mempunyai kapasiti 35,000 tempat duduk. Sebelum terbinanya Stadium Likas, sabah beraksi sebagai tuan rumah di Stadium Penampang. Stadium ini mempunyai kapasiti dalam 10,000 orang dan mengambil masa 20 minit perjalanan dari pusat bandar kota kinabalu. Namun, stadium ini tidak mempunyai lampu limpah dan pasukan sabah terpaksa bermain pada waktu petang. Pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2007, Sabah menggunakan Kompleks Sukan Tawau yang berkapasiti 15,000 tempat duduk. Sabah terus menggunakan Kompleks Sukan Tawau untuk pusingan awal Liga Perdana Malaysia 2007-08. Selepas itu, Sabah kembali menggunakan Stadium Likas.
Kelab Penyokong
Tawau City Hoodlum (TCH)North Borneo Ultras (NBU)
SabahRhinos.com since 1997
Kelab Penyokong Sabah Rhino
Sabah Football Fans Club
Ultras Sandakan
0 comments:
Catat Ulasan