Padang tiruan jejas persembahan pemain Felda United
MARAN, 25 Mei (Bernama) -- Pengendali skuad Felda United B. Satiananthan melahirkan rasa khuatir dengan prestasi yang ditunjukkan pemainnya yang dilihat sedikit terjejas apabila beraksi di atas padang rumput tiruan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini walaupun berjaya mencatat kemenangan tipis ke atas Sabah malam tadi.
Beliau berkata keadaan itu memberi kesan kepada keyakinan dan psikologi pemain untuk beraksi cemerlang rentetan mereka sukar mengawal bola di atas padang tiruan selain bimbang menghadapi kecederaan.
"Kita ada berlatih di padang rumput tiruan di Bangi tetapi setiap padang rumput tiruan itu tidak sama....saya dapati pasukan kami yang gemar bermain secara pantas sukar untuk mengawal bola apatah lagi dari segi lantunan bola.
"Lebih merisaukan pernah empat pemain kami mengalami kecederaan ketika bermain di padang jenis itu terutama ketika kita beraksi lapan perlawanan dalam tempoh 26 hari pada April lalu.
"Kalau boleh saya mohon pengurusan dapat mengubah padang tiruan ini kepada padang rumput pada masa depan untuk keselesaan...jika ia baik kenapa pasukan ternama seperti Manchester United dan Barcelona tidak bermain di padang rumput tiruan," katanya pada sidang media selepas perlawanan.....
0 comments:
Catat Ulasan