Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 24 Disember 2018

4-4-2 atau 4-3-3 formasi terbaik Sabah FA musim 2019


4-4-2 atau 4-3-3 formasi terbaik Sabah FA musim 2019


Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating menggunakan kebanyakan perlawanan dengan formasi 4-4-2. Meletakkan dua penyerang iaitu Hector Ramos dan Rodoljub. Formasi ini ada masanya menjadi apabila bertemu dengan pasukan lemah tetapi bergelut apabila menentang pasukan yang meletakkan ramai pemain di bahagian tengah.

Sebagai contoh formasi 4-4-2 yang digunakan oleh pasukan Sabah ketika separuh akhir Piala Malaysia 2018 menentang Pahang. Meletakkan gandingan Azizan Nordin dan Sabri Sahar di bahagian tengah yang diatasi sepenuhnya oleh pemain tengah Pahang yang meletak tiga pemain tengah. Hal ini mengakibatkan Sabah gagal merencana serangan dengan lebih baik. Pendekatan Jelius Ating ini telah mendapat kritikan dari penyokong bola sepak kerana gagal membaca plan perlawanan tersebut.

Tidak dinafikan pasukan Sabah tidak memiliki pemain tengah berkaliber dan kreatif. Pemain seperti Ricco masih lagi muda dan kurang pengalaman di pentas Liga yang lebih tinggi.

Sabri Sahar tidak dinafikan merupakan seorang pemain yang skillful tetapi dari aspek bertahan pemain ini agak kurang. Tetapi untuk meletakkannya dalam tiga serangkai pemain dibahagian tengah adalah sangat tepat.

Oleh yang demikian formasi 4-3-3 boleh digunakan apabila menentang lawan yang lebih mantap. Meletakkan tiga serangkai di bahagian tengah untuk mengawal tempoh permainan.

Sekarang ini Sabah masih mencari seorang pemain tengah import untuk mengimbangi masalah ini. Seorang pemain tengah yang punya karektor playmaker dan box to box.


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog