Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 24 Disember 2018

Tuck tunggu 'panggilan' FAM


LEE Tuck. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Tuck tunggu 'panggilan' FAM



KUALA TERENGGANU: Pemain berdarah kacukan Malaysia- England, Lee Tuck menyatakan dia masih belum mengadakan pertemuan empat mata dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung statusnya sebagai rakyat negara ini.



Selain itu arkitek Terengganu FC (TFC) itu juga memaklumkan dia belum mendapat 'lampu hijau' daripada FAM sama ada bakal diserapkan sebagai pemain tempatan atau terus kekal selaku pemain asing dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.



"Saya rasa mereka (FAM) faham dengan keinginan saya untuk menjadi warganegara Malaysia. Walaupun terlalu awal untuk bercakap perkara itu, tapi terpulang kepada mereka (FAM), saya kini hanya tunggu dan lihat perkembangan apa yang akan berlaku," katanya.




Mengulas lanjut, pemain yang mula beraksi dalam kancah Liga M sejak musim lalu bersama skuad Negeri Sembilan sebelum dipancing TFC musim ini berharap ada sinar buatnya untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya sebagaimana pemain naturalisasi dari Gambia, Mohamadou Sumareh.



"Sudah tentu saya mengharapkan sinar baharu dalam karier bola sepak saya dan dalam masa sama harap keputusan sama daripada FAM seperti saya idamkan," kata.- stadiumastro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog