Bukan hari yang baik bagi Felda United FC, Sarawak dan Sabah
Dalam saingan Liga Perdana 2018 semalam dalam match 8, ada banyak kejutan dan keputusan yang diluar jangkaan. Bagi pasukan top 3 teratas liga, Felda United FC hanya mampu seri 1-1 dengan Felcra FC. Pasukan dari Borneo Sarawak dan Sabah masing-masing tumbang, di mana Sarawak tewas kepada UITM FC 2-3 manakala Sabah tumabng kepada UKM FC juga 2-3. Bagi kedudukan liga pula, dengan kekalahan dua pasukan Borneo ini dijangka ada perubahan dalam kedudukan liga. Tetapi akan admin kongsikan kedudukan terkini Liga Perdana 2018 dalam post seterusnya.
Bukan hari yang baik bagi Felda United FC, Sarawak dan Sabah
Pasukan Sabah mengalami waktu yang suram di mana Sabah U21 juga telah tewas kepada Pahang U21 0-1 minggu sebelumnya dan diikuti kekalahan pasukan senior 2-3 kepada pasukan Universiti UKM FC. Gol pertama Sabah telah dijaringkan oleh Hectro Ramos Lebron pada minit ke-75. Pemain muda Justin Samaan dengan gol pertamanya dengan pasukan senior menjaringkan gol pada minit ke-82.
Ada banyak komen yang admin perhatikan dalam media sosial tentang beberapa perubahan formasi dan ketumpulan penyerang yang berkualiti menghalang Sabah mencapai kemenangan ketika bertemu UKM FC.
Walaupun penyerang import Hector Ramos Lebron menjaringkan gol untuk Sabah ketika bertemu UKM FC, ianya tidak membantu pasukan Sabah secara keseluruhannya. Rata-rata para peminat mengkritik penyerang import ini dengan mengatakan terlalu slow dengan pasukan Sabah. Banyak peluang telah direncanakan oleh barisan tengah dan flanker Sabah tetapi Ramos gagal memanafaatkan peluang tersebut. Barisan Safa harus memikirkan perkara ini apabila perpindahan pemain dibuka jika ingin ke Liga Super 2019. Kesilapan mudah di bahagian pertahanan juga memberi padah kepada pasukan Sabah yang mengakibatkan pihak lawan menghasilkan gol seperti bertemu UITM FC di Stadium Likas.
Selain dari itu, formasi 3-5-2 oleh jurulatih Jelius Ating juga dipersoalkan. Para pemain masih diperingkat menyesuakikan dengan formasi baru ini di lihat sangat bergelut. Para peminat mahukan formasi 4-4-2 yang telah diamalkan oleh Sabah ketika bertemu UITM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Formasi 4-4-2 dilihat lebih seimbang di semua posisi ketika menyerang dan bertahan. Gandingan Kasonde dan Rawilson sebagai CB sangat sesuai dan meletakkan Mafry Balang di bahagian RB dan Janius Karib di posisi LB. Dengan formasi ini admin merasakan lebih efektif kepada pasukan.
Tahniah kepada Justin Samaan yang menghasilkan gol pertama dengan pasukan senior. Diharapkan akan ada banyak peluang beraksi untuk pemain muda berbakat ini.
Sabah akan terus berada di semenanjung dan akan bertemu Pulau Pinang pada perlawanan ke-9 pada minggu seterusnya. Diharapkan akan ada kebangkitan buat @rhinos, kami akan terus menyokong pasukan SABAH FA.
0 comments:
Catat Ulasan