Kota Marudu: Pasukan Kimaragang FC berjaya melangkah ke
peringkat akhir setelah menundukkan pasukan Karabau Sukod FC diperingkat
separuh akhir pertama dalam kejohanan bola sepak piala Ybhg. Dato’ Dr.
Janathan Kandok (JP) dengan kerjasama SAFA Kota Marudu.
Pertemuan kedua-dua pasukan petang tadi sengit dan menarik lebih satu ribu orang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Penonton yang hadir hanya mampu duduk beralaskan rumput menyaksikan perlawanan petang tadi.
Hanya mampu berdiri untuk menyaksikan kejohanan tersebut.
Pada masa pertama permainan, pasukan Karabau Sukod FC mengawal
permainan tetapi dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh pemain sayap
kanan Kimaragang FC sebelum tamat masa pertama permainan.
Memasuki masa kedua permainan, Karabau Sukod sekali lagi berjaya
mengawal permainan tetapi pasukan Kimaragang berjaya memperoleh dua
jaringan melalui penyerang dan kapten pasukan.
Melalui tambahan masa lima minit masa permainan yang diberikan oleh
pengadil keempat, Karabau Sukod hampir mengejutkan Kimarangang FC
apabila berjaya mendapatkan dua gol dalam masa dua minit melalui sepak
percuma pada minit ke-93 dan penalti pada minit ke-95.
Namun, sebaik sahaja sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh
pemain Karabau Sukod pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat dan
kemenangan berpihak kepada Kimarangang FC setelah menewaskan Karabau
Sukod FC dengan jaringan 3-2.
Menanti Kimaragang FC diperingkat akhir nanti akan ditentukan sama
The Blues ataupun Real Goshen dalam saingan separuh akhir kedua yang
akan berlangsung esok (23.4.2018).
0 comments:
Catat Ulasan