Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 9 April 2018

Live Match Sabah FA vs UITM FC Liga Perdana Malaysia 2018

Live Match Sabah FA vs UITM FC Liga Perdana Malaysia 2018

Live Match Sabah FA vs UITM FC Liga Perdana Malaysia 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 10 April 2018 pada jam 8.15pm di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Perlawanan ketujuh Liga Perdana Malaysia 2018 suda semestinya akan mempersembahkan aksi yang menarik lebih-lebih lagi kedua pasukan belum pernah kalah dalam saingan liga.

Live Match Sabah FA vs UITM FC Liga Perdana Malaysia 2018,:

Tempat: Stadium Likas, Kota Kinabalu
Tarikh: 10 April 2018 (Selasa)
Harga Tiket: RM 10 & RM 20

Mampukah skuad bimbingan Jelius Ating ini dapat mengekalkan rekod tanpa kalah? atau pun akan dikecewakan oleh pasukan berstatus kelab UITM FC. Walaupun dianggap hanya pasukan berstatus kelab, namun pasukan UITM FC ini mempunyai ramai pemain yang berkualiti, itu sebabnya pasukan ini berada di tangga ketiga dibelakang Sabah FA.

Baca Ramalan Kesebelasan Utama Sabah vs UITM FC

Rekod sebelum ini memberi kelebihan kepada pasukan UITM FC, di mana dalam 5 pertemuan 2 kemenangan kepada UITM, 2 seri dan hanya 1 kemenangan oleh pasukan Sabah FA. Dari statistik ini menunjukkan bahawa pasukan berstatus kelab ini tidak boleh dipandang rendah keupayaannya. Dengan form yang baik dari Sabah diharapkan agar membalas badi kekalahan ditangan UITM FC.

Bagi yang mahu menonton Live Match Sabah FA vs UITM FC Liga Perdana Malaysia 2018 bolehlah menonton di link di bawah yang admin telah sediakan...


Link Live Streaming:

Live Match Sabah FA vs UITM FC Liga Perdana Malaysia 2018 [Link 1]

Live Streaming Sabah FA vs UITM FC [Link 2]



Keputusan Penuh:


SABAH FA [ 3 ] vs UITM FC [ 1 ]

Maxius Musa
Dakry
Sabri Sahar
Heo

(Keputusan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan Sabah FA kerana bermain sangat baik malam ini. Teruskan momentum kemenangan supaya misi ke Liga Super musim depan tercapai. Kasi Radu ba...@fanrhinos

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog