Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 12 April 2018

Sabri Sahar 'Promising Talent' dalam pasukan Sabah.

Sabri (paling kiri) ketika menyertai Super Soccer Star - gambar dari Kosmo Online.
Sabri Sahar 'Promising Talent' dalam pasukan Sabah, Sabri Sahar (25 tahun) adalah pemain boleh kita anggap sebagai 'promising talent' dalam pasukan Sabah. Sabri adalah hasil produk pencarian bakat Super Soccer Star oleh Adidas ketika baru berumur 16 tahun dan juga merupakan bekas pelatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Beliau adalah tonggak utama dalam pasukan Presiden Sabah sejak 2010 dan salah satu 'watak utama' dalam mencipta sejarah buat bolasepak Sabah apabila merangkul pingat emas acara bolasepak di kejohanan SUKMA tahun lalu. Bekas jurulatih kita, Gary Philips pernah menganggap Sabri sebagai 'hot prospect' untuk pasukan Sabah akan datang. Malah, Gary berani menyenaraikan Sabri yang ketika itu berumur 17 tahun dalam beberapa perlawanan bersama pasukan senior sebagai pendedahan.

Baca Biodata Lengkap Zainizam Marjan

Bersama Kedah
Kebolehan yang ada pada Sabri ternyata 'dihidu' oleh pasukan Kedah apabila mengambil pemain ini sebagai pemain pinjaman dalam kempen Piala Malaysia musim lalu. Ternyata aksi Sabri tidak mengecewakan di Kedah dan seringkali mendapat tempat dalam kesebelasan walaupun pemain ini bukanlah pemain 'regular' dalam skuad senior Sabah musim itu. Ramai peminat Kedah tertarik dengan bakat yang ada pada Sabri, malah menyarankan pihak pengurusan Kedah FA untuk mendapatkan khidmat Sabri.

Musim 2013, sedikit mengejutkan apabila Sabri Sahar tidak tersenarai dalam senarai 25 pemain utama dengan status profesional tetapi hanya atas status pemain 'tambahan' kerana nama beliau didaftarkan dalam skuad Piala Presiden. Ini bukan menjadi masalah kerana Sabri masih boleh bermain bila-bila masa dalam perlawanan Liga Perdana musim ini. 

Sabri Sahar 'Promising Talent' dalam pasukan Sabah.


Seperti yang dijangkakan, Sabri tersenarai  dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang KL SPA Putrajaya di Likas 7 Jan lalu. Sabri yang bergandingan dengan pemain baru, Muhd. Ibnu Kasim di bahagian tengah bagaimanapun hanya beraksi 45 minit apabila dikeluarkan sebelum separuh masa kedua bermula. Penulis sendiri ada menyaksikan perlawanan itu tidak pasti sebab Sabri dikeluarkan oleh jurulatih. Mungkin atas sebab Sabri gagal dalam tugasnya menggerakkan bahagian tengah ataupun atas sebab perubahan taktikal oleh jurulatih, itu kita tidak tahu. Apa yang kita lihat pada perlawanan itu, pasukan Sabah sebenarnya tidak bermain dengan begitu baik dan hanya diselamatkan oleh kecemerlangan pemain pertahanan, Shahrul Azhar Ture yang melakar dua jaringan.

Baca Biodata Lengkap Alto Linus

Tidak adil jika kita menilai prestasi Sabri sebagai 'kurang power' kerana itu baru 45 minit dan itu adalah perlawanan sebenar yang pertama. Tidak keterlaluan jika kita katakan ada pemain lain yang bermain bukan ditahap yang terbaik tetapi terus mendapat peluang dalam kesebelasan. Penulis tidak tahu mengapa Sabri terus 'direhatkan' selepas perlawanan pertama itu sehinggalah ke perlawanan ke-5 tempoh hari. Apa kesilapan beliau dalam 45 minit perlawanan itu sehinggakan beliau dipinggir??? Atau, pemain lain bermain lebih baik dari beliau??? Jika benar, mengapa kelemahan bahagian tengah sering menjadi bualan ramai peminat???

Gary Philips berani melakukan eksperimen dengan memberi peluang Sabri bermain dalam perlawanan besar (Liga Super) sebagai pendedahan untuk faedah jangka panjang. Ternyata eksperimen Gary berjaya kerana beliau tahu bagaimana melakukannya. Tapi, eksperimen yang cuba dilakukan oleh jurulatih Sabah ketika ini dengan melakukan 'rotation' bukan sahaja kepada kesebelasan pemain, malah posisi pemain seolah-olah mengundang 'masalah' buat pasukan. Alasan pemain letih atas sebab jadual yang padat serta perjalanan yang jauh bukanlah satu alasan yang 'bijak' walaupun ada kebenarannya. Pasukan Kedah membuktikan alasan itu sebagai 'tidak bijak' kerana mereka menempuhi perjalanan dari udara yang lebih jauh tetapi mereka boleh bermain baik dan menang. Please...jangan jadikan itu alasan kerana masalahnya terletak dalam pasukan kita itu sendiri.

Daripada kita berkata begini "Pasukan lain bermain lebih baik dari kita dan layak untuk menang." Tetapi ada baiknya kita akui kelemahan kita sendiri dengan berkata "Kami bermain tidak baik dan kami tidak layak untuk menang." Just admit it SAFA....

Sabah Tatap!!!!! Sabri Sahar 'Promising Talent' dalam pasukan Sabah.

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog