Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 29 Ogos 2018

Sabah buat Selangor 'tutup kedai'

Sabah buat Selangor 'tutup kedai'




SELANGOR 1 SABAH 2


Sabah membuatkan juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor, berputih mata apabila menyekat sebarang peluang mereka dalam kempen tersebut musim ini.

Selangor tumbang 1-2 ketika melayani kunjungan Sabah di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kedudukan permainan hanya berubah pada minit ke-52 menerusi ledakan Hector Ramos sebelum Rodoljub Paunovic mengukuhkan kedudukan pelawat.

Meskipun cuba bangkit, jaringan Rufino Segovia pada masa kecederaan hanyalah berupa sagu hati buat skuad bimbingan Nazliazmi Nasir itu yang belum merakamkan sebarang kemenangan dalam empat perlawanan Kumpulan D.

Sementara itu, PKNS FC menjadikan saingan Kumpulan B kembali terbuka menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United.

The Fighters kekal menerajui kumpulan, namun berkongsi tujuh mata dengan PKNS sambil Melaka United mengekori di tangga ketiga dengan enam mata.

Keputusan lain:

FELDA UNITED 0 PKNS FC 1

*Gambar hiasan
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog