Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 29 Ogos 2018

Shahrel Fikri balik awal?



Shahrel Fikri balik awal?




KUALA LUMPUR: Virus kerinduan mula menghantui penyerang Nakhon Ratchasima, Shahrel Fikri Md Fauzi selepas hampir dua bulan berkelana di Liga Divisyen Satu Thailand, bermula Jun lalu.



Shahrel yang dipinjamkan PKNP FC kepada Nakhon selama lima bulan memuat naik entri di akaun Twitter miliknya berkongsi rasa sunyi apabila sentiasa keseorangan sepanjang menjalani aktiviti harian di negara jiran itu.



Perkongsiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dengan ada yang mula bimbang sindrom balik awal yang pernah berlaku kepada beberapa pemain tempatan seperti Nazmi Faiz Mansor di Liga Portugal dan Wan Zack Haikal serta Nazirul Naim Che Hashim yang beraksi di Liga Jepun.




Menurut pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, Shahrel sememangnya terpaksa menjalani kehidupan berseorangan di negara Gajah Putih itu tanpa ditemani sesiapapun.



"Dua minggu lalu kebetulan dia cuti dan balik ke Ipoh. Kami sempat berjumpa dengan dia turut berlatih bersama kami.



"Dia ada menceritakan kehidupannya di Bangkok, termasuk tinggal seorang diri di rumah sewa yang disediakan kelab. Biasalah kadang-kadang bila kita duduk sendirian, akan mula timbul rasa rindu kepada keluarga dan sebagainya.



"Namun saya ada menasihatkannya supaya jangan terlalu memikirkan mengenai perkara itu, sebaliknya kekal fokus demi cita-cita dan kejar impian untuk menjadi pemain terbaik.



"Saya kenal dia sudah lama. Dia takkan balik awal selagi tugas dan misinya belum selesai," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP, hari ini.



Menerusi entri Shahrel, dia menulis "Bukan senang nak hidup dekat negara orang sorang-sorang. Sorang-sorang tau sorang-sorang.



"Kawan pun tak ada, kawan cuma ada bila latihan itulah kawan sepasukan. Yang kawan sebelum latihan kawan lepas latihan kawan makan dan kawan jalan-jalan mana ada. Mana ada," luah bekas ketua pasukan PKNP itu.



Pada 9 Ogos lalu, Shahrel menjaringkan gol sulung untuk pasukannya pada aksi suku akhir Piala Liga Thailand ketika bertemu Ranong United, sekali gus membuka ruang untuknya terpilih menjalani latihan pusat skuad kebangsaan bermula Isnin ini sebagai persediaan menghadapi dua aksi persahabatan bertemu Taiwan dan Kemboja pada 7 dan 10 September depan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog