SKUAD PENUH BADAK DIUMUM ESOK
Peter (duduk tengah) bersama dengan para pemain bolasepak Sabah di ibupejabat Safa di Maksak dekat sini hari ini. Gambar SNT/ Chris Maskilone
KOTA KINABALU: Senarai barisan pemain, ketua jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak Sabah bagi Liga Premier musim hadapan akan diumumkan petang esok.
Baca Juga:
HAMID SOKONG DATUK PETER ANTHONY PRESIDEN SAFA
TUNGGAKAN GAJI LIMA BULAN PEMAIN SABAH BERJUMLAH RM6 JUTA DILANGSAIKAN SEBELUM KRISMAS
Juara bertahan Keningau mahu jaga reputasi juara Liga Bola Sepak KDMM
PEMAIN SABAH MEMBOIKOT MAHU SAFA LUNASKAN BAYARAN GAJI
Igor Cerina kembali perkuatkan skuad Badak
Peminat bola sepak yakin Harimau pijak Gajah di Bangkok
Stadium Putatan bernilai RM 8.8 juta bakal dibinaMenteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata esok juga semua pertanyaan termasuk status beliau sebagai peneraju baharu Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) bakal terjawab.
Bercakap kepada pemberita sebelum berjumpa dengan para pemain Sabah di ibupejabat Safa di Maksak hari ini, Peter berkata beliau difahamkan kesemua 26 pengerusi daerah gabungan Safa akan mengadakan mesyuarat khas esok.
Oleh itu, keputusan bergantung kepada mereka, kata Peter.
“Terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan dalam mesyuarat tersebut tetapi saya yakin akan mendapat persetujuan mereka,” katanya.
Peter telah dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau telah disarankan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku penaung Safa mengambil alih tampuk pimpinan persatuan.
“Pada mulanya saya merasa ini amat berat lebih lebih lagi terdapat mantan-mantan pemimpin dalam persatuan yang mungkin berlainan pendapat,” katanya.
Namun, beliau mengambil saranan Ketua Menteri untuk membuat pendekatan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan lama dalam Safa.
Peter turut menafikan tujuan kedatangan beliau dalam Safa adalah untuk mengambil alih dan menggugurkan penyandang jawatan-jawatan tertinggi.
“Kita cuma mengisi kekosongan,” katanya, sambil menambah apa yang penting sekali ialah mengurus pendaftaran para pemain Sabah.
Menurutnya, Sabah belum lagi menghantar senarai pemain kepada FAM walaupun tarikh akhir tinggal dua hari lagi iaitu 13 Disember ini.
“Yang paling penting kita harus mengisi jawatan pemangku presiden, setiausaha agung, bendahari agung, ketua jurulatih dan pengurus pasukan,” katanya.
Sekiranya gagal, kemungkinan besar Sabah tidak akan dapat beraksi dalam Liga Premier musim hadapan.
“Oleh itu kita berharap mendapat persetujuan dari kesemua pengerusi daerah gabungan Safa esok,” katanya.
Pada hari ini, Peter berkata beliau datang untuk berjumpa dengan para pemain dan berbincang dari segi perancangan masa hadapan mereka.
“Saya difahamkan ada antara mereka telah mendapat tawaran bermain untuk pasukan lain. Kalau boleh saya minta kita tutup lembaran lama.
“Ini adalah pengurusan baharu dan saya yakin kita tidak akan ikut apa yang telah terjadi dimasa lalu.
“Saya faham (keadaan para pemain), saya juga pemain bola dahulu. Kalau sudah tidak dibayar gaji bukan bola sudah ditendang tapi batu,” katanya.
Kebajikan para pemain harus dijaga supaya ianya tidak akan mempengaruhi corak persembahan mereka, katanya.
Menurut Peter, senarai pemain pun sudah ada berdasarkan cadangan mantan Ketua Jurulatih Sabah musim lalu, Jelius Ating.
“Sekiranya kita dapat persetujuan (daripada mesyuarat gabungan Safa) kita akan beraksi di Liga Premier musim hadapan,” katanya.
Selepas itu, Peter dilihat berjumpa dengan setiap pemain secara berasingan dan dipercayai untuk menerima bayaran tunggakan gaji masing-masing .-SabahNewsToday
0 comments:
Catat Ulasan