Peminat bola sepak yakin Harimau pijak Gajah di Bangkok
Perlawanan separuh akhir pertama AFF Suzuki Cup 2018 berkesudahan seri 0-0 antara Malaysia dan Thailand. Walaupun Malaysia beraksi lebih 80 000 lebih penyokong yang hadir. Tuan rumah beraksi baik dan mendapatkan banyak peluang jaringan. Tetapi dikecewakan oleh penyudah yang lemah. Sesekali pasukan Thailand melakukan serangan balas yang mencemaskan.
2018 AFF Suzuki Cup | Wednesday, 5 December 2018
Semi-Final 2
THAILAND vs MALAYSIA
Rajamangala Stadium, Bangkok, 7.00 pm (8.00 pm Malaysia Time)
* Live on TV2 & Fox Sports
Baca Juga:
Stadium Putatan bernilai RM 8.8 juta bakal dibina
Rawilson pemain terbaik undian peminat musim 2018
Jordan Ollerenshaw bersemangat beraksi bersama Harimau Malaya
Siapa yang patut kekal pemain import Sabah?
Siapakah G. Torairaju?
G. Torairaju bakal mengendalikan skuad Badak musim 2019?
Dengan rekod baik pasukan Thailand di tempat sendiri, menang dalam kesemua perlawanan yang mana membelasah Timor Lester 7-0. Penyerang lincah Adisak menjaringkan 5 gol pada perlawanan tersebut. Keadaan ini membuatkan Harimau Malaya mempunyai tugas yang sukar di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Walau bagaimanapun, tinjauan komen dan pandangan peminat di media sosial masih yakin akan kemampuan Malaysia. Ramai yang yakin Malaysia mampu menewaskan Thailand di tempat sendiri. Hanya perlu memperkemaskan bahagian penyudah saja Malaysia mampu untuk layak ke final AFF Suzuki Cup 2018.
Pemain paling bernilai Liga Malaysia 2018, Safawi Rashid paling dikritik kerana mensia-siakan peluang pada perlawanan pertama dengan membuat rembatan ke langit. Beberapa peluang jaringan yang terhidang dari pemain ini hanya melewati palang gol Thailand. Kelemahan seperti ini harus di atasi segera oleh Harimau Malaya jika mahu menumbangkan juara Asia Tenggara Thailand.
0 comments:
Catat Ulasan