Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 7 Disember 2018

Juara bertahan Keningau mahu jaga reputasi juara Liga Bola Sepak KDMM

Juara bertahan Keningau mahu jaga reputasi juara Liga Bola Sepak KDMM





Skuad KDM Keningau yang beraksi dalam Liga KDMM musim ini. – Gambar SNT / Ehsan Liga KDMM

KOTA KINABALU: Pasukan KDM Keningau bertekad pertahankan kejuaraan Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM) 2018-2019.

Keningau yang juga juara edisi sulung Liga KDMM 2014-2015 mahu memperlihatkan tekadnya itu seawal perlawanan Piala Sumbangsih menentang KDM Papar (juara Piala FA 2014-2015) di Stadium Keningau pada Sabtu ini.
Baca Juga:
PEMAIN SABAH MEMBOIKOT MAHU SAFA LUNASKAN BAYARAN GAJI 
Igor Cerina kembali perkuatkan skuad Badak 
Peminat bola sepak yakin Harimau pijak Gajah di Bangkok 
Stadium Putatan bernilai RM 8.8 juta bakal dibina 
Rawilson pemain terbaik undian peminat musim 2018 
Jordan Ollerenshaw bersemangat beraksi bersama Harimau Malaya  
Siapa yang patut kekal pemain import Sabah? 
Siapakah G. Torairaju? 
G. Torairaju bakal mengendalikan skuad Badak musim 2019? 
Pengurus pasukan, Jackson Taguah berkata selain mengekalkan hampir 80 peratus pemain yang menjulang kejuaraan pada edisi pertama lalu, pasukan itu juga membawa masuk beberapa pemain bagi memperkuatkan pasukan.

“Kita membawa masuk bekas penyerang Sabah dan Melaka United, Rexjeson Pitirus dan bekas pemain Piala Presiden Sabah, Dixy Mildy Juanis,” katanya.

Keningau turut mengekalkan Ketua Jurulatihnya iaitu Sueli@Well Apin yang juga penolong jurulatih Piala Belia Sabah musim 2018 dan dibantu Uszaime Abdullah dan Dante S. Tipay.

Menenai khabar angin bahawa Keningau bakal diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain senior Sabah yang baru menamatkan kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA), Jackson enggan mendedahkan nama pemain itu.

Beliau berkata Keningau sudah bersedia sepenuhnya dan akan berjuang habis-habisan menghadapi cabaran Papar pada perlawanan Piala Sumbangsih.

Ujarnya pasukan itu menjalani latihan intensif sejak minggu lalu di samping mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan di daerah Pedalaman

“Saya yakin pemain kami sudah bersedia menghadapi Papar dan beraksi di halaman sendiru memberikan kami kelebihan.

“Kami mengalu-alukan peminat bola sepak pedalaman terutama di Keningau agar datang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan,” katanya. – SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog