Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 9 Julai 2018

Fernando Hierro Tidak Teruskan Tugasan Membimbing Sepanyol


Fernando Hierro Tidak Teruskan Tugasan Membimbing Sepanyol


Setelah memenangi hanya satu daripada empat pertandingannya yang bertanggungjawab, bekas kapten pemain Real Madrid itu tidak akan meneruskan peranannya sebagai pengendali skuad Sepanyol.

FA Sepanyol (RFEF) mengumumkan bahawa Fernando Hierro tidak akan meneruskan jawatan ketua jurulatih Sepanyol berikutan terkandas di 16 pasukan terakhir di tangan Rusia di Piala Dunia 2018.

Hierro secara bidan terjun mengisi kerusi pengendali Sepanyol selepas pemecatan Julen Lopetegui beberapa hari sebelum pertandingan bermula, yang menyusul pengumuman bahawa beliau akan mengambil peranan dengan Real Madrid pada akhir kejohanan.

Sepanyol memulakan persaingan dengan seri 3-3 dan mengalahkan Iran 1-0. Mereka memenangi Kumpulan B selepas seri 2-2 dengan Maghribi, tetapi perjuangan mereka terkandas di peringkat 16 terbaik kepada tuan rumah Russia melalui sepakan penalti.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog