Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 12 Julai 2018

Kenduri gol di Pembukaan Kejohanan Bola Sepak Terbuka Sabah

Kenduri gol di Pembukaan Kejohanan Bola Sepak Terbuka Sabah 


KOTA KINABALU: Hadiah kemenangan sebanyak RM32,000 menyaksikan  banyak gol terhasil di Pembukaan Kejohanan Bola Sepak Terbuka Sabah

Perlawanan pertama menyaksikan pertembungan BB Queen yang membelasah Sporting Kinabalu, 6-1 dengan hatrik oleh Mujib sebelum Faizal, Well dan Hardy Udin menjaringkan satu gol untuk tiga mata dalam pertemuan Kumpulan A.

Satu lagi perlawanan Kumpulan A menyaksikan PISGO FT Beaufort menang 5-0 menentang MKT FT Tenom selepas gol oleh Mohd Faris Azlan, Mohd Raizan Abdullah, Mohd Sharif Alias, Mohd Khairul dan Herman Tino.

Sementara itu, dalam Kumpulan B, NFT Nabawan seri 2-2 dengan Racing Athletic KK manakala Marven Sports Inanam mengalahkan SB Villa Tenom 2-0 dalam perlawanan Kumpulan C.

Perlawanan terakhir, Milaad FC Matunggong terpaksa berkongsi satu mata selepas seri 2-2 ke atas TBR FC KK dalam pertembungan Kumpulan D di mana semua perlawanan dimainkan di padang bola sepak IPK Sabah.

Kejohanan ini menarik minat seramai 30 pasukan yang bertanding di mana mereka dibahagikan kepada lapan kumpulan untuk peringkat awal.

Dua pasukan teratas kumpulan masing-masing di hujung saingan peringkat kumpulan akan layak ke peringkat ke-16 peringkat kalah mati.

Untuk rekod, semua perlawanan akan dimainkan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) di kedua padang bola sepak IPK Sabah dan Penjara Pusat di Kepayan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog