Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 4 Januari 2019

Hanya Heo Jaenyong pemain import trial yang bersama skuad Badak

Hanya Heo Jaenyong pemain import trial yang bersama skuad Badak



Khairallah Abdelkbir (Maghribi)


Fred (Brazil), Paulo Henrique (Brazil), Leonardo (Brazil)




Taesu Park (Korea)

Kredit photo: Sabah FA

Pada 2 Januari 2019 seramai 6 pemain import yang masih menjalani latihan dan trial bersama skuad Sabah adalah Heo Jaenyong (Korea), Fred (Brazil), Paulo Henrique (Brazil), Leonardo (Brazil), Taesu Park (Korea) dan Khairallah Abdelkbir (Maghribi).Hanya Heo Jaenyong (Korea) yang bermain di posisi tengah dijangka hampir pasti bermain bersama Sabah. Bahagian tengah merupakan masalah terbesar pasukan Jelius Ating di mana kekurangan pemain perancang berkualiti yang mampu menjaringkan gol dan pengumpan bola yang baik.

Walaubagaimana pun kelibat 5 pemain import trial ini tidak kelihatan dalam sesi latihan skuad Sabah malam tadi. Hanya tinggal Heo Jaenyong yang bersama pemain lain dalam sesi latihan. Mungkin pemain lain tidak dapat memikat staf kejurulatihan pasukan Sabah. Rodoljub yang dikatakan memiliki kontrak 6 bulan bersama Sabah, masih dalam sesi latihan harian Rhinos.

Keadaan ini menjadi tanda tanya kepada penyokong yang mahukan persiapan rapi skuad bagi menghadapi saingan liga yang akan bermula tidak lama lagi. Lebih-lebih lagi pengalaman  sebelum ini di mana kelewatan skuad Badak mencari pemain import berkualiti. Sebagai rekod belum ada lagi aksi persahabatan Pra Musim bagi pasukan Sabah. 
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog