Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 3 Januari 2019

Pasukan Badak belum mendapat pemain import idaman

Khairallah Abdelkbir (Maghribi)

 Fred (Brazil), Paulo Henrique (Brazil), Leonardo (Brazil)


Taesu Park (Korea)

Kredit photo: Sabah FA

Pasukan Badak belum mendapat pemain import idaman


Pada 2 Januari 2019 seramai 6 pemain import yang masih menjalani latihan dan trial bersama skuad Sabah adalah Heo Jaenyong (Korea), Fred (Brazil), Paulo Henrique (Brazil), Leonardo (Brazil), Taesu Park (Korea) dan Khairallah Abdelkbir (Maghribi).Hanya Heo Jaenyong (Korea) yang bermain di posisi tengah dijangka hampir pasti bermain bersama Sabah. Bahagian tengah merupakan masalah terbesar pasukan Jelius Ating di mana kekurangan pemain perancang berkualiti yang mampu menjaringkan gol dan pengumpan bola yang baik.

Ketua jurulatih Sabah Jelius Ating masih lagi mencari pemain import yang berkualiti bagi membantu skuad Badak bersaing dala Liga Perdana musim 2019. Dikhabarkan pemain import dari Zambia Francis Kasonde yang bermain di posisi pertahanan telah dilepaskan oleh pasukan Sabah. Hanya pemain penyerang Rodoljub yang masih mempunyai kontrak 6 bulan bersama Sabah. Jika Sabah gagal mencari seorang penyerang yang baik, kemungkinan besar Hictor Ramos akan dipanggil semula.

Ramai penyokong bolasepak Sabah mengkritik pasukan dan Jelius Ating kerana gagal mengadakan aksi persahabatan Pra Musim untuk mengukur sejauh mana tahap kecergasan pemain dan pemain import yang sedang trail. Di kala pasukan lain sedang dan telah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan Pra Musim sebagai persiapan pasukan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia musim 2019.

Pengalaman musim lalu, last minit Sabah terpaksa memanggil semula pemain import kitar semula setelah gagal mendapatkan pemain import dalam bajet yang rendah. Sabah FA sekarang bukannya tiada duit, ramai pegawai SAFA yang kaya-kaya. Cuma keikhlasan mereka mahukan perubahan dan kemajuan sebenar bola sepak atau hanya melepaskan batuk di tangga.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog