Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 5 Januari 2019

Sarawak uji tiga lagi pemain Indonesia

Sarawak uji tiga lagi pemain Indonesia

 (Dari kiri) Hanafi, Rian, Hezron dan Felix mencuba nasib menyertai latihan bersama pasukan Sarawak semalam.
CUBA NASIB: (Dari kiri) Hanafi, Rian, Hezron dan Felix mencuba nasib menyertai latihan bersama pasukan Sarawak semalam.
KUCHING: Pasukan Sarawak menguji tiga lagi pemain dari negara jiran, Indonesia dalam misi mencari pemain-pemain bakal mengisi kuota pemain import.
Pemain terbabit ialah Hezron Benyamin Hamokwarong, 21, Muhammad Hanafi, 21, dan Felix Fortunata, 19, tiba semalam dan terus mengikuti sesi ujian bersama pasukan Sarawak di Padang D, Petra Jaya di sini.
Hezron kelahiran Jayapura manakala Muhammad Hanafi dan Felix dari Pontinanak, Indonesia.
Ketiga-tiga mereka bermain dalam kelab sama iaitu Persipon, Pontianak.
Seorang lagi pemain iaitu Rian Nugraha Yukandi, 20, juga dari Persipon telah mengikuti sesi ujian bersama skuad Ngap Sayot sejak 31 Disember lalu.
Menurut Ketua Jurulatih, Mohd Farhan Abdullah keempat-empat pemain itu akan dinilai kualitinya sebelum beliau membuat sebarang keputusan.
“Kita akan lihat dahulu prestasi dan keupayaan pemain-pemain import terbabit dalam masa dua atau tiga hari bagaimana kemampuan dan kualiti sebenar mereka miliki.
“Sudah tentu kita mencari pemain-pemain yang benar-benar layak dan boleh membantu pasukan Sarawak menghadapi saingan Liga Malaysia 2019 nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan Sarawak di sini semalam.
Dengan sepak mula Liga Premier 2019 hanya berbaki kurang sebulan untuk disingkap tirainya, masa semakin suntuk untuk Sarawak mempersiapkan pasukan yang mantap.
Setakat ini, Sarawak telah menyenaraikan seramai 29 pemain untuk membawa cabaran pasukan itu pada saingan musim ini.
Mereka ialah Abdul Rahim Abdul Razak (tengah), Adam Fahmi Iskandar (pertahanan), Ahmad Uzair Zaidil (penjaga gol), Asrin Kalam (penyerang), Awang Kamaruddin Awang Borhan (tengah), Benedict Martin (tengah), Bobby Gonzales (penyerang), Daglish Papin Test (tengah) dan Georgi Kinkladze Tom (tengah).
Jeffery Bato (penyerang), Mark Damian James (pertahanan), Mohd Alif Hassan (tengah), Mohd Badrul Hisham Mohd Hussein (pertahanan), Muhammad Firdaus Fauzi (pertahanan), Nur Azizi Ramlee (penyerang), Ronald Hikspoors (pertahanan), Shaiful Wazizi Mohamad (penjaga gol), Shukor Sulaiman (pertahanan), Zahrul Nizwan Joe Kifli (tengah) dan Amar Muaz Zamri (tengah).
Nur Shamie Iszuan Amin (penyerang), Muhammad Adam Shreen Tambi (penyerang), Andy Nicholas Nipen (penjaga gol), Mohamad Hafiz Abu Bakar (penyerang), Abdul Rahman Ismawi (pertahanan), Abang Azri Fikri Abang Saufee (tengah), Gibson Billy (penyerang), Mohd Nur Raziman Razali (penyerang) dan Stevenson Unggah (pertahanan).

Sumber: Utusan Borneo
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog