Baca juga:
Ronaldinho berharga RM 180, 000
'Messi Kedah' dapat pesanan OKS
KUALA LUMPUR; Hasrat penyerang skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Akhyar Rashid untuk beraksi bersama kelab di Jepun dan Thailand disambut baik oleh pengendali B-23, Datuk Ong Kim Swee dan percaya anak buahnya itu mampu menyinar di luar negara.
Jelas Kim Swee, 'Messi Kedah' berusia 19 tahun itu sememangnya memiliki pakej lengkap untuk beraksi di liga-liga utama Asia ketika ini dengan dia mampu beraksi di pelbagai posisi sekali gus memberi kelebihan buat dirinya.
Bagaimanapun, beliau tetap memberi peringatan kepada Akhyar supaya memilih dengan sebaik-baiknya kelab yang ingin disertainya serta memastikan dia mempunyai tempat dalam kesebalasan utama pasukan.
"Pertama kita kena tahu kelab dari Jepun merupakan kelab daripada mana adakah J1, J2 atau J3. Begitu juga dengan liga Thailand, adakah tawaran itu nanti datangnya dari liga utama atau divisyen dua.
"Namun perkara kedua paling mustahak untuk mengetahui apakah perancangan kelab terbabit buat Akhyar adalah dia akan berada dalam kesebelasan utama atau di bangku simpanan.
"Untuk umur Akhyar 19 tahun dia perlukan banyak perlawanan-perlawanan kompetatif, tak guna kita pergi dengan wang ringgit yang banayak tetapi tidak mempunyai tempat dalam pasukan.
"Jadi dia perlu berfikir secara mendalam dan jika ada ejen pastikan ejen berbincang dengan pihak kelab apa tujuan mereka untuk memilih kelab itu," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP, hari ini.
Semalam, menerusi satu kenyataan media oleh Marquee Managment Sdn Bhd, mengesahkan mereka kini sedang mengenal pasti beberapa kelab yang mungkin berminat untuk mendapatkan khidmat Akhyar yang beraksi di posisi penyerang dan sayap.
Jelas Ketua Pegawai Operasinya, Wan Mohd Anwari Wan Amran, Akhyar melantik pihaknya sebagai ejen sah untuk mengembangkan lagi kariernya di pentas lebih tinggi selepas beraksi cemerlang bersama skuad negara di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang yang berakhir minggu lalu.
"Dia perlukan masa walaupun dia ke Liga Jepun kerana kita tak boleh nak harapkan Akhyar terus jadi 'Superstar'.
"Dia perlukan masa dan jika mendapat bimbingan yang betul daripada kelab profesional, saya yakin Akhyar akan pergi lebih jauh daripada itu," kata Kim Swee.
0 comments:
Catat Ulasan