RM80 juta untuk tamatkan kontrak Pellegrini
Baca juga:Bertemu Sabah, Pahang perlu perkuat benteng- Afif
Isu tunggakan gaji pemain
Tsunami media sosial CR7
Ronaldinho berharga RM 180, 000
Sabah gah, Selangor makin parah
"Messi" Kedah dapat semangat dari OKS
Bagaimana Sabah@Rhinos layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018
LONDON: West Ham United perlu membayar Manuel Pellegrini sebanyak 15 juta pound (RM80 juta) sebagai pampasan jika kelab itu membuat keputusan untuk memecatnya susulan prestasi hambar dalam aksi awal Liga Perdana Inggeris musim ini.
Anak buah Pellegrini tewas dalam semua empat perlawanan awal mereka, sekali gus menghuni tangga tercorot liga dan peminat kelab itu mendesak pengurusan mengambil tindakan drastik.a
Namun, pendedahan terbaru menyaksikan kelab itu gagal memasukkan klausa penamatan dalam kontrak Pellegrini ketika mereka membawanya masuk daripada kelab China, Hebei China Fortune pada musim panas lalu.
Bekas pengendali Real Madrid dan Manchester City itu dilantik dan menandatangani kontrak selama empat tahun yang bernilai 5 juta pound (RM29 juta) semusim.
West Ham menjadikan jurulatih kelahiran Chile itu sebagai pengurus yang menerima gaji tertinggi dalam saingan liga dan turut memberi sokongan kepadanya bagi membawa masuk pemain baharu.
Pada musim panas lalu, kelab berkenaan membawa masuk Felipe Anderson yang bernilai 35 juta pound (RM186.7 juta), selain tonggak pertahanan tengah, Issa Diop dengan bayarang 22 juta pound (RM117 juta) dan Andriy Yarmolenko 17.5 juta pound (RM93.3 juta).
Mereka turut menawarkan Jack Wilshere kontrak lumayan yang bernilai 15 juta pound (RM80 juta) untuk tempoh tiga tahun selepas dia menyertai kelab itu secara percuma daripada Arsenal. – Agensi
0 comments:
Catat Ulasan