Dollah tagih bisa Cruz
Baca juga:Southgate tolak kuda tua
Bertemu Sabah, Pahang perlu perkuat benteng- Afif
Isu tunggakan gaji pemain
Tsunami media sosial CR7
Ronaldinho berharga RM 180, 000
Sabah gah, Selangor makin parah
"Messi" Kedah dapat semangat dari OKS
Bagaimana Sabah@Rhinos layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018
KUANTAN: Sentuhan berbisa Patrick Cruz ditagih pengendali Pahang, Dollah Salleh pada perlawanan terakhir Kumpulan D saingan Piala Malaysia bertemu Sabah, 16 September ini.
"Biarpun Cruz kembali dalam kesebelasan utama ketika tewas 3-1kepada Selangor, saya tidak boleh memberi tekanan kerana dia baru pulih daripada kecederaan hamtring dan belum cergas sepenuhnya,” kata Dollah.
"Namun, tempoh rehat dua minggu ini saya mengharapkan Cruz dapat memberi yang terbaik seperti yang dipersembahkan dalam saingan Liga Super.
"Sentuhan dia amat ditagih kerana hanya lima gol daripada lima perlawanan dihasilkan dalam saingan Piala Malaysia."
Dollah berkata, lima gol itu memberi isyarat yang skuad Tok Gajah menghadapi masalah di bahagian serangan dan ia perlu ditangani jika mahu mencapai misi ke pentas final.
"Saya harap pemain kekal fokus dan tidak hanya memberi tumpuan dalam usaha memburu jaringan, sebaliknya kekal fokus mempertahankan gawang daripada dibolosi.
"Kekalahan kepada Red Giants perlu dijadikan pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan sama pada perlawanan terakhir bertemu Sabah nanti.
"Biarpun sudah mengesahkan tempat ke suku akhir, semua pemain perlu mempamer persembahan terbaik mereka sebagai persediaan menghadapi aksi suku akhir yang lebih mencabar," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan